:: 2 in 1 baby walker ::

Last week saya beli baby walker untuk Nia. Dah lama nak beli walker yang ni, sebab 2 in 1. boleh jadi walker & training walker. Merata pusing Bangi & Kajang cari, x jumpa gak. Last sekali decide beli sendiri kat kilangnya kat puchong (Pernah pergi sebelum ni, masa depa wat warehouse sales)Harganya sangatlah murah daripada harga kat baby centre.Beza dalam rm5+.Pada kawan-kawan yang nak beli baby furniture, pergilah ke gudang MyDear, harganya memang murah.

Tapi malangnya, Nia x berminat dok dalam walker.Paling lama dia boleh dok dalam walker pun 30 minit.Huh, sangatlah tidak berbaloi membeli! Ada jiran cakap, kalau baby dah pandai merangkak, memang x minat nak dok dalam walker.Nia sekarang dah nak berdiri & duduk. Tahniah untuk si comel & montel, walaupun tergolong dalam golongan Muatan Berat, tapi tak jemu berusaha. Walaupun beberapa kali jatuh, terhantuk & tergolek..Oh ya, tapi walker ni berguna bila nak suap Nia makan. sebab saya tak belikan high chair Nia lagi.

Walker
Training Walker

Terpaksa suka


Lebih gambar?Klik disini

:: wedding montel & jass ::

Tahniah Dr Montel & Dr Jass, semoga kekal hingga akhir hayat..Cepat- cepat upload gambo , x sabar ni nak tengok.


Welcome to the club Montel.
Resepsi sebelah pengantin lelaki
Dari Marlina Untuk Jas
Dari Jas Untuk Marlina

:: Tidur ::

saje je nak post..

Dulu tidur macam ni..






Sekarang..



:: Demam Campak ::

Patutla 2-3 hari ni Nia meragam je . 24/7 nak dengan Mama..rupa-rupanya nak kena demam campak..sian tomei Mama ni..Bila demam x mau senyum langsung..asyik tdo je. Lemah sangat badan..tapi bila dah sihat, aktif bukan main..

Saya letih.. x boleh nak senyum

Perut buncit yang ada ruam merah..nampak ke?

Yang ni baru lepas nangis + ngamuk ..huh, anak manja

Walaupun demam, kurang menyusu, tetapi berat badan tetap naik dari 7.6 kg ke 8.1 kg..

Lepas 5 hari - saya dah sihat..

:: Hari Yang Sangat Memenatkan ::

Lepas balik dari klinik, pergi minum, sebab tekak kering sangat..dalam pukul 1 lebih, Mama balik, so hantar Nia rumah Mama..pastu hantar adik ipar balik umah mertua, angkut semua barang Nia dari rumah mertua ke rumah Mama..pastu balik opis..buat surat benti kerja (story later ek!) and anta kat Bos besar..chit-chat dengan dia skit..sampai pukul 5..Cik Mat telefon, suruh tunggu kat kereta cepat.. sebab malamnya dia nak pergi Sabah..so on the way balik, cerita kat Cik Mat pasal kat klinik tadi & Cik mat tanya saya dah lunch ke?lunch?lupa plak..so Cik Mat kata, jom g makan..nanti mlm blh rehat..so g pekena nasi goreng sotong + telur mata...dalam kereta borak2 dengan Cik Mat, dia sengih2 kambing..mcam x brape concentrate je..dia kata ngantuk (layan bola malam ahad..tapi Chelsea kalah gak!)

sampai rumah, mandikan Nia (Mama demam plak, g Indonesia, bawa balik demam!)..pastu mandikan Nia, packing untuk Cik Mat & mandi..pastu picit kepala Cik Mat (x cukup tido katanya,,huh!nyusahkan betul bola ni!).. mula- mula Cik Mat suh kejutkan kol 8, pastu up lagi 8.05, pastu up lagi 8.10 kesudahnya saya kata "ni nak g ke x ni?dah kol 8.15 sayang..train kol 8.50. sempat ke?"..huh, baru terkocoh-kocoh siap..pastu macam biasa la ..pecut..alih-alih, x sempat catch up train..terpaksa la anta sampi klia..ok la, lama masa dengan Cik Mat..

gerak dari klia 9.20, saya drive dengan terkedek2nya sebab ngantuk + x nampak sangat (rabun malam)..pastu boleh plak salah amik simpang, kesudahnya ikut la jalan jauh..bila masuk area Bangi tu, teringat baby wipes & mandian Nia dah abih, so budget nak singgah kat Manjaku jap..nasib x tutup lagi ..ye la masa tu pukul 10 malam..beli barang2, pastu balik..sampi rumah 10.30 malam..

malam tadi, x tdo dalam bilik..tdo kat living hall..atas lantai..bentang toto je..takut Nia jatuh katil..anak dara saya tu tdo lasak..penuh bantal keliling..dlam 11 lebih, baru tido...pastu boleh plak anak dara tu jaga pukul 3.40 pagi..adoi..letih woo...tepuk2, x mau jugak tdo..jadi capai hp amik gambo & video send kat Cik Mat..biar babah tengok perangai anak sayang dia ni.

kol 4.15, x nk gak tdo, angkat Nia masuk buai..terus lena sampai kol 7.30 pagi..kesimpulan nya..SANGAT PENAT

video

:: klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi ::

Semalam ialah hari yang memenatkan bagi saya. Mama (mak saya) pergi bercuti ke Indonesia, so terpaksala hantar Nia ke rumah mertua. Semalam dari rumah kami, hantar Nia ke rumah mertua di Kajang. Pastu masuk opis jap, punch kad. pukul 9.30, balik kerumah, amik Nia ditemani oleh adik ipar, pergi pulak klinik kesihatan.

Nia dah nak masuk 6 bulan, last month masa check up 5 bulan, Nia kena cucuk..pastu nurse tu kata next month (check up 6 bulan), kena cucuk lagi..saya memang x alert la suntikan apa..teruk kn?rela kan je anak saya tu dicucuk..klinik kesihatan Bangi ni pakai sistem appointment..ayat biasa setiap kali datang check "so datang balik pada tarikh bla...blaa..bla...Puan nak datang pukul brape?"..selalunya saya akan amik pukul 10 pagi. sebab saya nak bawa anak saya ke klinik dengan keadaan yang wangi...so bila saya kata nak datang pukul 10, nurse akan cakap "ok,pukul 10.kalau x boleh datang pada tarikh ni @ lambat datang, kena wat appointment baru"

so semalam saya datang, ikut tarikh & masa check up yang ditetapkan..macam biasa,timbang berat badan, amik ukuran dada, kepala..Nia dah lasak.semua benda nak dicapai..pokok bunga dia tarik,pastu tarik handbag akak yang dok sebelah saya..pastu nk g tarik baju akak yang dok sebelah lagi satu (sebab baju akak tu ada kilat2 & warna merah menyala..menarik kot)..pastu masa timbang berat, hentak2 kaki sampai kena sound dengan nurse ("jangan dik, nanti rosak")..macam2 perangai..

no giliran kami 6110, saya pun tunggu,tunggu, tunggu & terus menunggu dengan sabar..walaupun masa tu dh nak dekat 2 jam tunggu, tapi bila tengok orang yang datang selepas saya masuk dulu, saya jadi angin sedikit..tapi dengan sabar & polite saya tanya nurse tu:

saya :"no 6110 lama lagi ke?"
nurse :"puan x datang ikut appointment kan?so kami letak puan last sekali, kami dulukan
yang
ikut appointment"(how come you!angin sudah naik..dah nak dekat 2 jam setgh
tunggu!!)
saya :"saya x ikut appointment?hari ni brape haribulan? 1 haribulan kan?"
nurse :"a'ah, tapi appointment puan 5/12"
saya : saya amik kad & tunjuk pada nurse tu "5/12 ni umur anak saya last month..5 bulan
daripada 12 bulan, 1/12 tarikh appointment saya ..x kan anak saya umur
sebulan?sendiri tulis pun lupa?macam mana buat kerja?dah 2 jam setgh saya tunggu"
nurse :oh lupa nak bgtau nurse dalam bilik tu ada 2 org ..2-2 diam..pastu cakap "ok puan, lepas
ni puan terus masuk"

ok dah masuk, borak2 skit..nurse kata Nia x payah cucuk..sebab semua dos dia dh amik..since saya x alert dengan jenis2 suntikan ni, nurse pun explain la..pastu Nia kena datang check up 2 bulan lagi (23/2)..again , nurse tanya nak datang pukul brape

saya : "kalau saya datang pukul 10 then u all x alert appointment saya macam mana
pulak?sebab klu saya terlambat datang kena wat appointment lain kn?so klu u all plak
yang buat salah, macam mana?" (marah masih bersisa)
nurse :"klu pukul 10 memang ramai Puan, Puan datang la pagi skit, pukul 8 ke.."
saya: "macam tu baik x payah tanya saya nak datang pukul brape..tulis je situ siap2 pukul
8..&
klu pukul 8, confirm ke u all teliti betul2 date kat kad tu?"
nurse : "ok Puan , kami mengaku kami salah sebab teliti betul2"

kan abih cerita mcm tu..ni nak cakap sorry pun susah. macam mana la orang awam x complain pasal service kerajaan ni..budi bahasa x ada..ni bukan pengalaman pertama saya, dulu masa check up maternity saya penah kena jugak, di klinik yang sama dengan tapi nurse yang berbeza..masa tu depa x bawa masuk kad saya dalam bilik, so saya x dipanggil2 wlaupun berjam tunggu..bila saya tanya nurse kat kaunter, saya plak yang kena tengking

dulu..

saya : "saya nak tanya, kenapa no saya x dipanggil2 lagi ek?"
nurse "no puan brape?"
saya pun tunjuk kan kertas angka giliran tu..

nurse (dengan suara yang agak tinggi & sedikit mengeluh, sambil pegang buku merah saya):
"apsal puan x bgtau awal?ni dah banyak nombor baru nak cakap!lain kali puan alert skit?"

saya (malu la beb!semua orang pandang) : "eh awak yang x anta buku saya kat dalam, saya yang salah?awak buat keje macam mana?nak keje ke x nak?awak nak saya report kat HQ ke?"

nurse (dengan nada slow skit): "ok puan saya anta sekarang.Puan duduk dulu"
saya : "awak hantar dan terus panggil no saya, saya dah berjam tunggu..saya x nk tunggu
lagi
"
nurse :"ok puan"

again..no sorry!

Akojaya Warehouse Sale

Semalam pergi Akojaya sale dengan Mama, Kak su & nana, cik Erna + Nia Durrany..saya jadi driver je..x de apa yang beli + saya bukan la penggemar pinggan mangkuk..so masa depa tgh membeli-belah, saya jaga Nia & Nana..tapi tangkap gambar anak saya je (hehehe)...

Tahniah untuk Siti Shazilawati & Hubby + Azfar helmi & Fiza..Sori x dpt pergi..Ada perkara yang x dapat dielakkan (Nia moody tahap gaban)..Semoga kalian bahagia hingga hujung nyawa!

Soooo Bulat


Try to get out from Mama's hug





:: Bising ::

NI OFFICE LA..BUKAN NYA PASAR AYAM..TOLONG LA BERETIKA SKIT..TAK BOLEH KE CAKAP SLOW2?NI CAKAP DENGAN ORG SEBELAH PUN NAK JERIT..KORANG X PE LA!KEJE WAT SURAT, GAYUT, GOSIP, MAIN GAME!

TOLONG LA PAHAM KEADAAN ORANG YANG DATANG OFFICE UNTUK BERKERJA!!SAKIT KEPALA TAU DENGAR SUARA KORANG!

:: Pukul 2 pagi ::

adoi anak manja..x tau la nape mlm td susah sangat nak tdo..tidur skit punya ganas..gerak sana-sini macam gasing ..pastu sudah nya meniarap plak..tinjau kawasan..mlm ni jgn buat perangai lagi ek..



Sebelum tu, waktu petang mama tangkap gambar Nia. terserlah kegendutan perut Nia.

Klik untuk lebih photo

:: Jala ::



Ni la yang jadi, bila mata dah ngantuk..tapi hati nak main.abih buai basah kena jilat


Ni gambar masa tido petang, Nia mengamuk x nk tdo dalam buai..sebab kepanasan..(babah kata tangan Nia macam tangan pepaya)

:: Photo Mama?? ::

Saya suka mengambil gambar si comel saya ni. Lepas tengok video Saiful Nang pasal photo mama kat awani, rasa macam nak try je. Tapi ada kekangan camera..saya x de camera canggih..hanya ada kamera handphone je. Ni pun guna kamera handphone je..








Yang ni bukan saya yang amik & Nia sangat lah tidak comel. Sebelah tu Keisya Umairah (sedapkan nama?)..anak makngah Nana..Depa ni sebaya cuma beza seminggu je (Umairah lahir seminggu awal dari Nia)..Gambar ni ditangkap oleh Mama Nana masa Nia jalan-jalan dengan Onni..

Klik disini untuk lebih photo

:: Sesi Fotografi ::

Onni asyik suh mama tangkap gambar Nia ala-ala studio..Tapi Mama kata nanti la..asyik lupa je.tengah memikir kan camne nak wat prop menarik kat umah tu. Ni kira rehearsal la dengan 2 photographer x bertauliah (Mama & Paksu)
Ala, sukanya si tomei ni..






:: Obesiti ::

Ramai kata Durrany saya obes. Obes ke?



Nia dalam lingkungan yang colour putih tu.
4 bulan = 7 kg


Lingkungan berwarna:
Putih : Normal
Kuning : Kurang Zat
Merah (diatas putih) : Obes

So obes ke?belum lagi..mungkin menghampiri..hehehe

:: Nia & Bola ::

x tau la apa yang menariknya, sampai Nia tertarik dengan bola. Melalui observation kami (saya + Cik Mat) sejak 2-3 bulan lepas, Nia ni minat dengan bola..(perlawanan bola kat tv). Klu tengok kartun, gaya biasa je, santai & lebih rileks. Tapi klu tengok bola, kaki & tangan naik2, kaki tu macam berkayuh je sentiasa.

Pagi tadi (Pukul 4 pagi), Cik mat bangun tengok Chelsea main. lawan dengan siapa? jangan tanya saya, sebab saya x minat bola. Kenapa? Klu saya bgtau reason nya, semua peminat bola akan hentam saya. Tapi saya kenal beberapa orang pemain bola sepak , tapi yang hensem2 je la. Yang sangat x hensem pun saya kenal sebab mereka SANGAT x hensem macam Drogba @ Rooney.

Berbalik pada cerita Nia & bola, pagi tadi, saya bangun nk g ke toilet. Masa tu tgk Nia kat sebelah tengah sedap tidur. Balik dari toilet, mata Nia dah terbuka & Nia melemparkn senyuman yang sangatlah cumel. Macam biasa respon pertama saya, terkam & gomol dia dulu. Lepas tu saya ckap kat Nia "Mama nak tdo, Nia tdo ek". pastu saya baring sebelah dia & Nia toleh sambil tersenyum lagi. Pada saat itu saya tau maksud senyuman itu. Maksudnya, "Saya x mau tdo Mama". Jadi saya telah mengambil langkah yang bijak, dengan menghantar Nia ke depan TV, bersama-sama meneman kan Babahnya tengok bola.Pastu saya sambung tidur (Hehehe..)

dah abih game, mereka masuk untuk sambung plak tidur. masa tu saya ter bangun pastu tanya kat cik Mat, "Camne b?Dia nangis x?" . Cik Mat kata "x pun. suka kot.beriya je tengok.angkat2 kaki & tangan. macam biasa".Huh..pastu Nia buat perangai plak x nak tdo. Jadi terpaksa la masukkan Nia dalam buai sambil dibuai oleh Babah tercinta. babah plak sambung tgk bola ntah sampai kol brape ntah. bila Nia dah lena dalam buai baru angkat & sambung tdo diatas katil.







Saya guna kamera handphone yang hanya 3.2 MP dan tak ditukarkan ke night mode.Huh

:: Pagi Ini ::

Sejak blk petang smlm, Mama xtgk pun mata Nia. Nia tdo dr petang smpi pagi. Huh, x suka betul. Pagi tadi br blh main sama, tu pun kejap je. Babah lagi la kesian, dari malam tadi dia tunggu tau nk main dengan. Babah gomol-gomol pun Nia tak jaga.

:: Keretaku Dicium::


Badak air mana la yang cium ni..bangun pagi, tengok2 dah ada..siut betul!

Nia Durrany



Setelah beberapa percubaan, baru dapat yang equal. Kalau x, semua lebih kat Babah.

:: SMILey ::



mak su kata Nia senyum macam icon smiley

:: Open Unit ::

Hari ni ada open unit. Saya masak apa?Masak bihun gireng singapore yang terlebih lada hitam. Mula - mula semua ingat makanan nya skit, tapi bila dah dicampur-campur..jadi BANYAK SANGAT. Penat jugak la makan. Ramai gak yang tapau.


Bila dah kenyang, x boleh buat kerja. so ber 'Ym ' la, bersama rakan ku yang tercinta.



Lupa nk cite, mlm ni kami (saya + Nia) tidur tanpa cik Mat tercinta. (Outstation : Tampin)

Klik Disini Untuk Lebih Photo

Followers


up