:: Jala ::



Ni la yang jadi, bila mata dah ngantuk..tapi hati nak main.abih buai basah kena jilat


Ni gambar masa tido petang, Nia mengamuk x nk tdo dalam buai..sebab kepanasan..(babah kata tangan Nia macam tangan pepaya)

:: Photo Mama?? ::

Saya suka mengambil gambar si comel saya ni. Lepas tengok video Saiful Nang pasal photo mama kat awani, rasa macam nak try je. Tapi ada kekangan camera..saya x de camera canggih..hanya ada kamera handphone je. Ni pun guna kamera handphone je..








Yang ni bukan saya yang amik & Nia sangat lah tidak comel. Sebelah tu Keisya Umairah (sedapkan nama?)..anak makngah Nana..Depa ni sebaya cuma beza seminggu je (Umairah lahir seminggu awal dari Nia)..Gambar ni ditangkap oleh Mama Nana masa Nia jalan-jalan dengan Onni..

Klik disini untuk lebih photo

:: Sesi Fotografi ::

Onni asyik suh mama tangkap gambar Nia ala-ala studio..Tapi Mama kata nanti la..asyik lupa je.tengah memikir kan camne nak wat prop menarik kat umah tu. Ni kira rehearsal la dengan 2 photographer x bertauliah (Mama & Paksu)
Ala, sukanya si tomei ni..






:: Obesiti ::

Ramai kata Durrany saya obes. Obes ke?



Nia dalam lingkungan yang colour putih tu.
4 bulan = 7 kg


Lingkungan berwarna:
Putih : Normal
Kuning : Kurang Zat
Merah (diatas putih) : Obes

So obes ke?belum lagi..mungkin menghampiri..hehehe

:: Nia & Bola ::

x tau la apa yang menariknya, sampai Nia tertarik dengan bola. Melalui observation kami (saya + Cik Mat) sejak 2-3 bulan lepas, Nia ni minat dengan bola..(perlawanan bola kat tv). Klu tengok kartun, gaya biasa je, santai & lebih rileks. Tapi klu tengok bola, kaki & tangan naik2, kaki tu macam berkayuh je sentiasa.

Pagi tadi (Pukul 4 pagi), Cik mat bangun tengok Chelsea main. lawan dengan siapa? jangan tanya saya, sebab saya x minat bola. Kenapa? Klu saya bgtau reason nya, semua peminat bola akan hentam saya. Tapi saya kenal beberapa orang pemain bola sepak , tapi yang hensem2 je la. Yang sangat x hensem pun saya kenal sebab mereka SANGAT x hensem macam Drogba @ Rooney.

Berbalik pada cerita Nia & bola, pagi tadi, saya bangun nk g ke toilet. Masa tu tgk Nia kat sebelah tengah sedap tidur. Balik dari toilet, mata Nia dah terbuka & Nia melemparkn senyuman yang sangatlah cumel. Macam biasa respon pertama saya, terkam & gomol dia dulu. Lepas tu saya ckap kat Nia "Mama nak tdo, Nia tdo ek". pastu saya baring sebelah dia & Nia toleh sambil tersenyum lagi. Pada saat itu saya tau maksud senyuman itu. Maksudnya, "Saya x mau tdo Mama". Jadi saya telah mengambil langkah yang bijak, dengan menghantar Nia ke depan TV, bersama-sama meneman kan Babahnya tengok bola.Pastu saya sambung tidur (Hehehe..)

dah abih game, mereka masuk untuk sambung plak tidur. masa tu saya ter bangun pastu tanya kat cik Mat, "Camne b?Dia nangis x?" . Cik Mat kata "x pun. suka kot.beriya je tengok.angkat2 kaki & tangan. macam biasa".Huh..pastu Nia buat perangai plak x nak tdo. Jadi terpaksa la masukkan Nia dalam buai sambil dibuai oleh Babah tercinta. babah plak sambung tgk bola ntah sampai kol brape ntah. bila Nia dah lena dalam buai baru angkat & sambung tdo diatas katil.







Saya guna kamera handphone yang hanya 3.2 MP dan tak ditukarkan ke night mode.Huh

:: Pagi Ini ::

Sejak blk petang smlm, Mama xtgk pun mata Nia. Nia tdo dr petang smpi pagi. Huh, x suka betul. Pagi tadi br blh main sama, tu pun kejap je. Babah lagi la kesian, dari malam tadi dia tunggu tau nk main dengan. Babah gomol-gomol pun Nia tak jaga.

:: Keretaku Dicium::


Badak air mana la yang cium ni..bangun pagi, tengok2 dah ada..siut betul!

Nia Durrany



Setelah beberapa percubaan, baru dapat yang equal. Kalau x, semua lebih kat Babah.

:: SMILey ::



mak su kata Nia senyum macam icon smiley

:: Open Unit ::

Hari ni ada open unit. Saya masak apa?Masak bihun gireng singapore yang terlebih lada hitam. Mula - mula semua ingat makanan nya skit, tapi bila dah dicampur-campur..jadi BANYAK SANGAT. Penat jugak la makan. Ramai gak yang tapau.


Bila dah kenyang, x boleh buat kerja. so ber 'Ym ' la, bersama rakan ku yang tercinta.



Lupa nk cite, mlm ni kami (saya + Nia) tidur tanpa cik Mat tercinta. (Outstation : Tampin)

Klik Disini Untuk Lebih Photo

:: Offi**r ::

Sepanjang pengalaman saya bekerja, memang begini la senario nya. x kira la B** tu kontrak @ tetap. Kuli macam saya ni, harus ikut semua peraturan, tapi adakah mereka menunjuk attitude yang bagus. Saya rasa x patut B** & org bawahan bekerja dalam 1 bilik, hanya dipisah kan oleh partition yang setebal 1 inci. Hampir setiap hari saya tengok mereka bergayut dengan menggunakan telefon kerajaan, without any purpose. Isu nya jarang sangat lari jauh dari mengumpat orang @ keadaan anak dirumah @ shopping baju kebaya @ isu hutang dll. Dah boleh hafal. Tapi bila giliran kami (orang bawahan) ni nak guna tepon mungkin utk 5-10 minit dalam seminggu, mak oi..bulat mata..klu lalu kat meja kuli-kuli, besarkan bijik mata..mungkin takut kami (org bawahan) chatting, berfrenster @ blogging...sedangkan apa yang ada kat desktop mereka?sama sahaja..Apa yang kami bual kn, semua nk dengar..semua nk menyampuk..smpi kekadang saya tertanya.."x tau malu ke?"..jangan berlagak jadi B** if u know nothing...

menjawat jawatan IT, harus tau buat kerja IT. Terutama jika anda adalah pegawai. Bukan hanya tau buat surat @ kira content @ upload content.

:: Meeting ::

Saya tak suka bermeeting bila saya tidak terlibat langsung. Kenapa perlu buang masa sedangkan masa itu emas. Masa saya bekerja di B*M dulu, x perlu buang masa join meeting klu x berkaitan. Disini baru 2 kali saya masuk meeting yang saya consider x berkaitan langsung. Betul- betul buang masa!

1st Entry

saya sudah ada blog! dan mungkin saya akan selalu menulis selepas ini..bilanya?ye, waktu tgh kesangapan idea utk mencoding..

Followers


up