:: Nia & Bola ::

x tau la apa yang menariknya, sampai Nia tertarik dengan bola. Melalui observation kami (saya + Cik Mat) sejak 2-3 bulan lepas, Nia ni minat dengan bola..(perlawanan bola kat tv). Klu tengok kartun, gaya biasa je, santai & lebih rileks. Tapi klu tengok bola, kaki & tangan naik2, kaki tu macam berkayuh je sentiasa.

Pagi tadi (Pukul 4 pagi), Cik mat bangun tengok Chelsea main. lawan dengan siapa? jangan tanya saya, sebab saya x minat bola. Kenapa? Klu saya bgtau reason nya, semua peminat bola akan hentam saya. Tapi saya kenal beberapa orang pemain bola sepak , tapi yang hensem2 je la. Yang sangat x hensem pun saya kenal sebab mereka SANGAT x hensem macam Drogba @ Rooney.

Berbalik pada cerita Nia & bola, pagi tadi, saya bangun nk g ke toilet. Masa tu tgk Nia kat sebelah tengah sedap tidur. Balik dari toilet, mata Nia dah terbuka & Nia melemparkn senyuman yang sangatlah cumel. Macam biasa respon pertama saya, terkam & gomol dia dulu. Lepas tu saya ckap kat Nia "Mama nak tdo, Nia tdo ek". pastu saya baring sebelah dia & Nia toleh sambil tersenyum lagi. Pada saat itu saya tau maksud senyuman itu. Maksudnya, "Saya x mau tdo Mama". Jadi saya telah mengambil langkah yang bijak, dengan menghantar Nia ke depan TV, bersama-sama meneman kan Babahnya tengok bola.Pastu saya sambung tidur (Hehehe..)

dah abih game, mereka masuk untuk sambung plak tidur. masa tu saya ter bangun pastu tanya kat cik Mat, "Camne b?Dia nangis x?" . Cik Mat kata "x pun. suka kot.beriya je tengok.angkat2 kaki & tangan. macam biasa".Huh..pastu Nia buat perangai plak x nak tdo. Jadi terpaksa la masukkan Nia dalam buai sambil dibuai oleh Babah tercinta. babah plak sambung tgk bola ntah sampai kol brape ntah. bila Nia dah lena dalam buai baru angkat & sambung tdo diatas katil.







Saya guna kamera handphone yang hanya 3.2 MP dan tak ditukarkan ke night mode.Huh

0 comments:

Followers


up