:: Tulang Rusuk ::

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).

Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita
untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka
menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu
mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara
spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata
bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang
air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya,
bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri
tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan
bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,
sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan
sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia
merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di
mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya
oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.

Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk
kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar
bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang
telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita
cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu
datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan
kita, semua sudah terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata
kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira
merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

:: the very best ::

I'm trying my best from myself to everybody, in everything..InsyaAllah

:: Menghitung Hari ::

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis --- 4 hari lagi..yahoo!

:: @ Penang ::

Ni cuti-cuti Malaysia bulan lepas, waktu tengah dalam berpantang tapi hujung-hujung dah..ikut cikSuami g Penang, dia ada audit..dok hotel je sebab hujan..x de apa yang menarik..layan je la gambo ni ek


:: Pahang ::

cikSuami ada kursus kat Pahang, so teringin sangat nak bawa la isteri & anak-anak tersayang bercuti-cuti Malaysia...tapi masa tu musim tengkujuh plak..kesudahnya duduk saje kat hotel..2 malam pertama kami stay kat MS Garden..aktivitinya saya & anak-anak, turun bawah makan , pastu jalan-jalan 'tengok' pool..ye tengok je ek!..pastu mandi kat tub dengan Nia..tu je..oh ye, kat sini Nia telah men'stamp'kan tangan nya kat iron yang tengah panas masa MamaBabah sibuk siap-siap nak g dinner dengan bos..muka selamba je cakap "ma, anas ma.."= Mama, panas mama..kelam - kabut saya g amik ubat gigi tepek kat tangan dia sambil membebel kat dia..dia wat dek je..sakit belum sampai la tu..bila ubat gigi dah kering, baru nangis kesakitan..budak baik memang begitu..

last day tu, cikSuami bawa g tdo kat Hyatt @ Teluk Cempedak..hujan jugak sepanjang kat situ...tapi sebab tak tahu la bila lagi akan sampai lagi, time renyai-renyai bawa Nia mandi pool & g pantai jap..pastu sambung plak mandi tub dalam bilik..sehari lepas kami balik, Kuantan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sebab air kat Sungai Pahang dah melebihi tahap bahaya..huh, nasib dah sampai Bangi

@ MS Garden ..tengah tunggu bilik dikemas

Tepung Gomak
tangan yang dicop kat iron

mandi manda disini la..

teruja nya tengok swimming pool..tapi setakat tengok je la

saya sayang adik saya!

@ Hyatt Teluk Cempedak

kakak baik, adik suka..

caught in the act

otw back to bangi

:: december routine ::

Pagi : Siapkan diri untuk ke opis, n3n3n kan Hani, pump untuk Hani, siap kan anak-anak (tukar
pampers, isi botol air masak Nia
)..Kalau ada kain yang basuh malam tadi, cikSuami take turn
jemur kain..rushing antar anak-anak (Nia dok kat utara, Hani dok kat selatan..penat woo)..ye,
rushing!cikSuami punch card dulu, pastu baru anta saya g opis..

Tengahari : keje + pump + makan + solat + keje + pump

Petang : cikSuami amik kat opis, gerak amik Hani diBangi..kemudian baru amik Nia
dikajang...pastu balik rumah diBangi (dah nak maghrib)..bak kata bbsitter Hani..anak-anak
besar kat jalan je ..x pe, bulan ni je ek!


Malam : masak + basuh kain + iron baju untuk esok + n3n3b kan Hani + tidur


soalan biasa..

"nape x suruh along jaga Nia?"
Jawapan : ye, memang kakak saya sekarang tak bekerja tapi tengah cari keje..nanti kalau dia
nak g interview @ nak kuar, susah plak dia..

"x pun, nape tak tinggalkan Nia kat umah nenek dia? ujung minggu baru amik.."
Jawapan : Selama dia hidup ni, baru 2 kali saya tak cium dia masa dia tidur..means, baru 2 kali
kami tak tidur bersama..jadi, tidur berasingan?belum lagi kot buat masa ni..x sanggup

"x pun nape x letak Nia & Hani kat babysitter yang sama?"
Jawapan : Nia sudah kenal orang..jadi agak selective skit..tapi budak-budak, biasa la kan kalau
1st time dengan orang yang x biasa sure nangis kan..tapi lama-lama OK la..tapi
cikSuami kata x payah la..siankan Nia, nanti Nia rasa macam kami x sayang dia
plak..ada plak gitu!huh..


kesimpulannya, bulan ni hidup kami agak kelam-kabut skit..jadi benda-benda yang tak penting, memang tak pkir dulu..harap-harap bulan depan OK la skit..

Tak sabar tunggu Mama balik, rindu sangat..

:: Spectra 3 ::


Setelah pelbagai usaha telah dibuat, termasuklah mogok lapar selama 2 hari..akhirnya cikSuami meluluskan permohonan membeli Spectra 3 & botol-botolnya sekali...Alhamdulillah, semoga Durrany mendapat faedah daripada investment yang besar ni..Amin

:: Durrany ::

Ceritanya begini..mula-mula, semua dalam keadaan terkawal..Mama nak tangkap gambar 2-2 Durrany..Kakak pun mula tunjuk kan aksi nya..

sampai nampak underware


adik plak tidur lena je...

Lepas tu, kakak nak main dengan adik kot..so dia bercadang nak mengejutkan adik dengan mencungkil mata adik..so mama terpaksa memarahi kakak dan camera off sekejap


bila dah kena marah sure sedih kan?bila sedih kena nangis..untuk menunjukkan yang benar-benar sedih, kena la beraksi skit kan? kalau x , x nampak real..mama suruh nangis sambil tekup muka kat tilam, sebab bising..kalau tekup semua muka, x bernafas plak..jadik jeling-jeling la kat mama lagipun mama tengah on camera..

adik plak terkejut sebab tetiba mata kena cungkil..so menangis la..

:: 1st @ work part II::

Pasal anak-anak dan suami..tengahari balik beli makanan untuk tersayang yang kecil & besar..BF Hani & mandikan Hani (cikSuami memang takut mandikan bb, dulu ada sekali dia mandikan Nia sebab terpaksa..caranya sebekas air sabun & sebaldi air bersih..celup Nia sekali dalam air sabun , pastu celup kat dalam baldi yang air bersih 3 kali..pastu dah siap!) pujian harus diberikan kat Hani sebab menjadi anak yang paling baik semalam...Mama g keje, Hani tdo sampai la tengahari waktu mama balik baru jaga balik..pastu before Mama g keje balik dah tidur balik sampai la petang Mama balik keje..


Waktu pagi.


amik mood nak tdo kat atas peha Babah @ lunch hour

Bila sampai je rumah, tengok Nia.. mak ai seksi nya..baju nampak pusat, skirt pun macam underware..ciKSuami pakaikan baju Hani kat Nia..adoi la sayang ku..buruk benar rupa anak pakai gitu..pastu cikSuami report, Nia rajin bila duduk dengan Babah..rajin baca..Nia pun tunjuk la few words yang dia belajar..so cute bila dia cakap..

Babah : "kakak, ni apa kak?cuba kakak cakap Mama nak dengar"
Nia : "e-e-pen " = elephant
Babah : "ni?cakap..rabbit"
Nia :"e-bit"
Babah :"Dengar nya Mama..ni paling best..ni apa kak?"
Sambil menjerit Nia: "taw" = cow

sangat la tomei bunyinya..pagi ni suh Nia cakap dulu before g work..


Nia with Hani's cloth

:: Miss my MAMA ::

Petang semalam saya call dia, but she didn't pick up the phone..then malam tadi dia call, bagitau esok dia akan bergerak ke Arafah..dia minta doakan semoga dia selamat...then she cry...pagi tadi dia call lagi, tanya pasal Nia...few minutes after that saya call dia balik bagi Nia cakap dengan mama..

and now, i'm crying..miss her so much

:: 1st @ work ::

masih tengah warming up..mind asyik dok pkir anak2 & cikSuami..camne la dia handle..tengahari tadi balik rumah..BF cikHani & beli makanan untuk 2 lagi yang tersayang..cikSuami memang betul-betul menjaga anak-anak kami..jaga anak je ek, meaning selain daripada tu x buat..termasuk la mandi pagi..muahaha...anyway thank you so much sayang!

arini try breastpump electric opismate & hasilnya sangat la memberangsangkan...dah hantar application nak beli kat cikSuami..buat masa ni status nya KIV..tapi menjurus pada x dapat je..huh

:: tomcat ::

dah dekat 2 bulan tak tekan icon tu ..tetiba plak tertekan masa tengah 'berfesbuking' arini..

"startup- shortcut"

huh..next weekla baru tekan!

:: so sweet ::

Pagi semalam masa tengah gosok baju cikSuami..

Nia : "ma, wat pe?"
Mama : "iron baju babah sayang.."
Nia : "yen ju...babah"
Mama : "ha..pandai kakak"

few seconds after that..

Nia : "Ayang mama.." (sambil memeluk kaki mama)

ala2, tomei nya..

Sebelah malamnya plak, lepas cikSuami baru balik dari main futsal, saya report kat dia yang saya tak boleh nak berfesbuk sebab Nia kacau..cikSuami claim diri dia Biro Aduan..so tindakan segera diambil..

Babah : "Nia g baring sana..jangan kacau Mama "
Nia sambil memalingkan muka : "nanak"
Babah : "ha? tak nak..eh umur belum sampai 2 tahun tak boleh cakap tak nak tau kalau babah
suruh..paham x?g baring kat sana!" (cam gitu ke cikSuami?)
Babah ngomel skit : "cakap pandai"
Nia berjalan ke tempat yang disuruh sambil mulut bercakap.."kap dai.."

Nia..Nia

:: " Seindah Butterfly " Giveaway Kategori B ::

Nia Durrany Binti Noor Muhammad
1 Tahun 5 Bulan

satu lagi percubaan dari saya..hehehe

...SYARAT2 SAH PENYERTAAN...
• Jadik FOLLOWER blog ni dan blog sponsor
• Masukkan kami lam BLOGLIST kowang


• Letak BANNER yg Puan Mai dah tulun buat diatas kat entry dan sidebar blog kowang dan link ke entry ni
• Buat entry lam blog kowang dgn hanya menggunakan tajuk "Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B
• Upload hanya SEKETUL gambar comey dan cute miut anak kowang xkirelah dlm keadaan ape skali pun tapi 12sx xmau yer Pastu cerite la sket2 pasal ank kowang alang2 tu kan...
• Jangan luper letak name & umur so comey yer
• Anak kowang perlulah berusia diantara 1 HARI - 12 TAHUN (biase org buat 1hari - 4 tahun kan.. tp sy sian kt bebudak cute miut yg dh beso tu..... xpe, masukkan yeh )
• Kalau ade 10 org anak, bermakne 10 gambar boley di upload tp setiap gambar mesti ade gambar peserta saje.. mok atau pok nye walaupun cute miut xdibenarkan inteprem, ok!!
• Makesure si cute miut tu anak kowang dan anak kucing xkan dilayan
• PERINGATAN!! TLG JGN PHOTOSHOPkan GAMBAR ANAK KOWANG, OK
• Kowang jugak merelakan gambar si comey kowang diabadikan dlm blog ini nnt
• Kowang jugak dipersilakan untuk menerjah blog sponsor dan di entry anda nnt bgtau 3 design baju / ape2 je yg ader lam blog sponsor yg kowang minat. Mane tau powan cuda terharu lalu diberinye ketiga2 itu kepada pemenang
• Tinggalkan link entry kowang lam comment box entry ni.
• Sy akan tinggalkan jejak di entry anda, I'Allah..
• Tarikh luput : 06 / 12 / 2009
Hadiah disponsor oleh :
CUDA
http://tokeybaju.blogspot.com


&
hadiah misteri dari Abu Dhabi

unta kah??

:: Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10 ::

Nia Durrany Binti Noor Muhammad
1 Tahun 5 Bulan

masih ingin mencuba nasib selain untuk memeriahkan pertandingan..

ni syarat-syarat contest..

• Sila letakkan link ke blog ini. Pastikan nama yang keluar di bloglist kalian adalah Siti Sifir's Supernova Share-Out Space. (Pijah!! Cerewet nya ngko nih!!!)
• Sila letakkan linkkan blog anda ke blog penaja Fitrah Cinta dan jadi follower Fitrah Cinta. Sila jengah ke sana dan tinggalkan komen tentang blog k.Sari di entry contest blog masing2.
• Anak anda itu hendaklah perempuan, berumur bawah 3 tahun. Gambarnya hanyalah sekeping sahaja supaya senang untuk dinilai. Jangan risau, kami bukan nak cari calon menantu
• Letakkan banner di sidebar...(kalau ramai masuk maka merata2 lah wajah Arwa ku kan kelihatan...ngeh he he..ops itu pun kalau ramai ek...) Sila abaikan banner yang ala kadar itu..kerana tuan buat contest ini sangatlah tak rajinnya nak mengedit gambar :P
• Tolong beri tajuk Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10 di entry anda.
• Tarikh tutup 30 November 2009 jam 12 pm (tengahari)
• Sebagai menambah perasa, sila rajin singgah dan beri komen. Mungkin ini caranya untuk merasuah saya... :P walaubagaimanapun biarlah gambar bertocang anak anda menyengat ye...( tocang budak ada sengat kah??)
• Tinggalkan link anda dikotak komen di bawah.
• Pemenang akan diketahui petang hari yang sama jika saya tak ada kesulitan lain insya ALLAH...dan jika ada peserta, kalau takde nak umum apa??
• Hadiahnya adalah :
Hadiah pertama :

• Baju gown Sarakids dan baucer di bawah (dah cuti sekolah kan..bolehlah kalian merendek...)
Voucher free n easy 3 hari 2 malam ke HONG KONG


Hadiah kedua :
• Baju gown Sarakids & Baucer di bawah

:: BMI ::

berat : 56.5 kg
tinggi : 157 cm

BMI : 22.9 ---> IDEAL

ahaks!

:: bosan ::

dah bosan dok umah..nk p jalan2

:: Better than before ::

1st week mama x ada, kena handle 2 Durrany..agak kelam-kabut idup..sekejap-kejap msg cikSuami..merungut,mengadu & dll..Nia pun asyik kena marah je...hari-hari cikSuami pesan sebelum g keje, "jangan tension2"..i have to admit, saya tak pandai sangat handle Nia COMPARE to cikSuami...bila Nia wat perangai, mesti tepon cikSuami & dia pun bagi la solution nya..teruknya saya..ari selasa lepas, Nia demam..perangainya, MasyaAllah..memang menguji kesabaran ditambah dengan Hani yang tak mau lekang langsung..kejap nak bertepuk, kejap nak n3n3n..kesudahnya, saya suruh cikSuami anta Nia g rumah mak mertua..x larat..masa tu nak menitis air mata..then cikSuami kata, dia akan half day..tapi x pun sebab banyak keje..tapi setiap jam dia call tanya progress kami..dia balik je keje, saya dah terlena tepi buai, sebelah tangan dalam buai, sebelah tepuk Hani..ditambah teruk lagi...dari pagi tak mandi pagi..macam mana la orang yang anak ramai tu handle anak-anak depa..saya ni, 2 orang pun dah kelam-kabut..tapi bak kata cikSuami, "x pe, perlahan-lahan"..tapi takut la perlahan sangat..saya selalu rasa failed, tapi cikSuami kata "x de la, z dah bagus dah "..terima kasih Tuhan kerana kurniakan suami yang sangatla supportive



but today, jam 10 pagi everything dah settle..saya & anak-anak dah mandi..kain dah basuh & sidai....dah siap masak tgh hari & dah makan dah pun...boleh lepak-lepak depan tv sambil main dengan Nia..Hani plak tidur dengan nyenyak & sekarang boleh blogging sebab anak-anak tengah tidur..so i consider myself, better than before..better than last week actually...tadi cikSuami tepon, tanya OK @ x....dia kata bagus la, semua OK..hehehe

Anakku Ceria Give away Contest

Satu lagi contets yang dijoin..saja-saja cuba nasib

Anakku Ceria Give away Contest

Berikut cara nak join:
1.Be a follower of http://mystory-noriza.blogspot.com/
2. Be a follower of http://jommainkutu.blogspot.com/
3. Put entry contest in your blog (sticky mode entry ya!) dengan gelagat anak anda yang paling ceria.
4. Copy the contest banner into the blog entry with the contest link in your entry http://mystory-noriza.blogspot.com/
5. Place the Contest banner in your sidebar with link back to the contest entry (no link back will be disqualified)
8. Leave a comment on this post (Anakku Ceria Give away Contest) for me to pick up the winner.

---------------------------------------

Ni gambar si comel saya


ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

ni lagu satu last minute contest yang nak dijoin..try & harap bukan error la..hadiah yang ditawarkan pun menarik..nak harap sendiri kuar duit utk photography, x tau la bila..


Hadiah yang ditawarkan adalah:

Pemenang Utama x 1 org:


Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~


******************


Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

ni cara2 penyertaan:

• Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
•Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
•Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
•Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
•Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
•Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
•AMARAN: no link back will be disqualified
•Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.

Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:


•Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
•Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
•Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
•Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
•Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
•Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
•Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
•SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
•SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
•Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
-------------------------------------------------------

ni gambar penyertaan saya..harap-harapnya ada la luck ek!


Nama : Nia Durrany Binti Noor Muhammad

Umur : 1 tahun 4 bulan (06/06/2008)

:: Mekah ::

Isnin lepas, Mama saya dapat panggilan daripada Tabung Haji mengatakan dia terpilih untuk ke Mekah tahun ni..suka sangat dia sampai menangis..started from that day, dia pun sibuk la siap kan barang-barang sebab Tabung Haji suruh ready je dulu, tarikh penerbangan depa x kasik lagi..hari-hari ada je orang tepon & datang wish tahniah & bagi tips-tips ketika di sana nanti..

& semalam, dah dapat tarikh

Berlepas pergi
31 oct 2009
7.15 mlm

Berangkat blk
25 dis 2009
4.05 ptg

Yen tanya saya, x sedih ke ?sedih dalam hati..belum tunjuk kat luar lagi..akan tiba jugak waktunya..

:: Progress Durrany ::

Sekarang Nia Durrany dah 1 tahun 4 bulan.

percubaan untuk keluar dari buai

Apa progress nya?

- Sihat, kengkadang selsema batuk, & sangat aktif
- Sangat pandai & suka bercakap, walaupun pelat …setiap hari ada je vocab baru…nasib baik
pelatnya tu still boleh paham..cth : nak susu..”nak tutu”..ok la kan?
- Kehidupan kami makin senang bila dia dah pandai request..bila merengek-rengek, kami tanya
nak apa?dia akan bgtau dia nk apa, nak makan ke, nak air masak ke..nak susu ke..so x payah
guessing lg cam dulu…tapi x suka betul bila nk cakap..”nak uar”= nak keluar..kaki ronggeng
betul la minah ni
- Lagu favourite: aliff oiam…bila orang nyanyi “please..please..”dia sambung ..”amu atal” =kamu
nakal (sepatutnya, “kamu jangan nakal”)..lagi satu, lagu “nur aceh” = nur kasih
- Bila dah pandai cakap, banyak la permintaan..sekarang kalau makan dengan babah kat dapur,
mesti suh babah angkat kerusi untuk dia..pastu kalau babah tepuk bila nak tidur, “babah, pok
ni”..ada plak tempat-tempat tertentu..
- Kalau amik telefon mama, selalu nak tangkap gambar mama..tapi kamera tu dipusingkan ke
muka dia…sambil cakap “yum mama” = senyum mama..camne tu?
- Masih suka minum air masak berliter-liter satu hari…dan mendatangkan masalah bila masuk
bab pampers..satu hari je, purata penggunaan pampers : 4 keping pampers “PetPet” & 1
keping “MamyPoko” = rm3..tu pun kalau x berak..kena kerap tukar, kalau lambat skit..bocor!
sebab kencing banyak..
- Makan?pantang Nampak orang dalam rumah ni makan, mesti minta..@ dalam kata
lain..makan je semua makanan..tak pilih langsung..termasuk la yang pedas, petai & durian..
- Kelmarin g check up kat klinik, berat Nia 10.5kg, kalau ikut graf still normal ..& kami request
ubat cacing sebab anak member lain semua dapat…
- Makin kerap minum susu, dulu 1 hari 2-3 kali je.
- Takut dengan lori yang berbunyi, contoh lori jual gas & lori surat khabar lama..sebab kalau dia
nakal, kami cakap “lori, amik Nia”..@ dalam bahasa Nia “wiwi amik tatak

Progress on Hani Durrany



Sudah 1 bulan..

- 90% breastfeed + 10 % susu formula (terutama lepas mandi)
- Kurang skit nangis masa mandi..kurang skit je, lebih banyak nangis..sampai Nia selalu ejek “dik
kut ye” =adik takut air
- Posisi tidur ada pelbagai, tapi lebih kerap tidur meniarap..
- Suka sangat buat bunyi: iyeaahhh, ngeh, ngek & dll..kesimpulan Hani memang banyak bunyi
compare to Nia ..mungkin kah ini kerana masa pregnant kan awak dulu mama...x pe la,
mungkin kebetulan..
- Bila nangis, lontaran vocal Hani sangat tepat & tinggi..pitching pun terletak ..@ dalam erti kata
lain..nangis kuat gila, macam kena dera..
- Berat sudah naik 1 kg (3.1kg ke 4.1kg)
- Secara purata 90% aktivit Hani ialah tidur
- Sudah angkat kepala, pusing kekiri & kanan..boleh berubah posisi tidur, dari keadaan menegak
ke melintang..
- Kalau nak tidur, sama ada Hani tewas di'n3n3n' Mama @ kena tepuk bontot (tender tepuk
menepuk ni cikSuami yang menang)
- Selalu berak & kencing, jadi pampers Hani ialah pampers yang paling murah ..xkira la brand
apa, janji yang paling murah kat dalam Babycentre tu..currently, Hani pakai brand Baby Like
economy..Alhamdulillah ok & x de rashes..
- Kembung perut?Alhamdulillah setakat belum pernah lagi

Semoga 2-2 Durrany MamaBabah terus sihat sempurna, bijak & menjadi anak yang solehah..kami sayang sangat awak berdua..

p/s: nak tulis progress Mama jugak..berat sebelum pregnant, 55 kg..setelah sebulan melahirkan Hani..56.5kg..suka!hehehe.. tapi still kena bantuan drpd pakar untuk menghilang part-part yang menggelebeh..keep slim or slim world?huh!

:: Puting & Buai ::


Dah lama x update..x masa & mood untuk menaip sebenarnya..Ni nak cite pasal keletah 2 Durrany saya ni..Minggu 1st dapat adik, Nia wat x heran je dengan saya & Hani sebab cikSuami cuti seminggu..Masuk 2nd week, cikSuami start keje..masa tu la dia tunjukkan belang..bila time nak tidur tu, macam-macam la perangai..nak mama buat tu la, ni la..memang menguji kesabaran betul!nak pegang adik pun tak kasik…pening jugak mula-mula..lama-lama, skit-skit kami ajar dia yang Hani ni adik, kena sayang adik..hari-hari suruh dia cium adik (lepas tu make sure kami kena cium dia balik), panggil nama adik..letak adik atas riba dia..sekarang ni, kategori OK la..bila saya nak make-upkan Hani, dia dok sebelah…pujuk adik dia yang melalak (memang dah jadi keturunan kot, 2-2 anak kami lepas mandi akan melalak kelaparan)..Nia ni sebenarnya sayang adik dia, tapi cara dia mungkin kasar ..

Berbalik kepada tajuk entry, Nia kalau nak tidur, mesti ada pakai puting..kengkadang tu, bila x tidur pun nak pakai puting, pastu letak sepah-sepah..so saya decide untuk stop bagi puting..saya potong puting Nia (ikut cara KakIda opismate)..1st time Nia suck, dia kuarkan balik..dia dok belek-belek puting tu..agak nya nk make sure yang tu puting dia @ x..pastu suck lagi..pastu dia campak…adik saya tanya kenapa?sedap puting ni..dia jawab sambil geleng..”nanak”…esoknya, bila dia minta puting, saya bagi lagi puting tu..dia bagi reaction yang sama gak..masuk hari ke-3, x minta puting langsung..& kalau Nampak puting tu pun, buat dek je..huh, senang keje Mama

Pasal buai plak, Nia ni memang tidur buai kalau waktu siang..tapi memandang kan Hani ni pun bakal mengikut jejak langkah kakak dia (bila dah 3-bulan), so kena ajar Nia tidur bawah dari sekarang..dia ok je, tapi nak tidurkan tula yang seksa skit..bilik kena sunyi yang boleh menyebabkan orang yang nak menidurkan dia tu pun tertidur sekali(kekadang dia x tidur pun, orang yang menidurkan tu yang tertidur)

CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

saja- saje nak memeriahkan contest anjuran orked
CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

ni syarat-syarat penyertaan :



- Jadi follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda

- umur sicomel mestilah tidak lebih 2 tahun

- letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini

- dalam entri itu, upload satu (1) gambar sicomel yang berada didalam walker

- sila nyatakan nama si comel dan umurnya

- bila dah siap, tinggalkan link entri anda dientri ini.


-------------------------------------------------



Ini gambar untuk penyertaan saya :


nama: Nia Durrany Binti Noor Muhammad

umur : 1 tahun 4 bulan (06/06/08)


Pendapat saya tentang..


Kebaikan Walker:

1. membantu sicomel meningkat skill motor nya terutama untuk berjalan

2. memudahkan saya bagi makan si comel



keburukan walker:

1. perlukan ruang yang besar untuk menyimpan (sebab walker Nia besar)


:: Panas ::







Rumah jiran terbakar..so letrik x de kejap..& kami kepanasan..

:: pic Raya ::




:: Hani Durrany Binti Noor Muhammad ::

Kronologi kelahiran Hani Durrany....

24/09/09 (Malam)

Isteri: "b, kalau nak bersalin kat Annur tu, at least sekali kena check up situ..kita x pernah
g..camne?"
Suami :"ok, esok kita g"
Isteri:"esok pagi-pagi ek! z nak breakfast lontong"
Suami:"ok"

25/09/09
(9.00 Pagi)

Breakfast di Pasar Bangi..hajat hati nak makan lontong, tapi yang tinggal nasi lemak & ayam goreng je..belasah je la..lepas makan, hantar Nia rumah mama..Sampai Annur, staff nurse suruh g check up kat klinik pakar O&G..tunggu dari pukul 11 pagi , pukul 1 tgh hari baru no dipanggil...

Dalam bilik doktor..

Doktor: "Mummy sihat?ada masalah?" Sambil belek-belek buku merah
Saya : "x ada"
Doktor: "ok, since ni 1st time datang, doktor kena scan jugak la ek..baring mummy"


Semasa scan

Doktor: "ok, semua ok..air ketuban ok..oh, girl.."
Saya : "Berat dia brape doktor?"
Doktor : "2.99 kg"


Lepas Scan

Doktor:"everything ok..so sakit nanti baru datang ek!"
Saya: "ok"
CikSuami:"Tapi doktor, dia kata dia ada kuar air"
Saya:"air kuar bila batuk macam tula..skit je doktor..bukan ketuban kan?x de apa2 kan?"
Doktor:"oh, tu biasa..bukan ketuban..kalau ketuban , dia akan kuar sekali banyak"
CikSuami:"eh, cek la.." (Dengan muka yang beriya)
Saya :"x yah la..x ada apa tu"
Doktor pandang cikSuami :"okla, naik atas doktor cek"

huh!seluk...x suka!!

Doktor:"ok mummy, angkat kaki macam nak bersalin ek.."

few second..

doktor:"oh MyGod sayang, u dah about 5 cm..x sakit ke?u dah kena masuk labour room ni.."
Saya : "Ha?x sakit pun"
doktor:"u dah lunch?"
Saya:"belum"
Doktor:"ok, u pergi lunch dulu..eh, x yah la..suruh husband yang pergi..takut on the way tu
ketuban pecah"

Kalau suruh cikSuami yang belikan, rugi la beb..kang dia beli makanan yang x sedap...so we decide, g makan sekali..tu pun cikSuami bising masa kat kedai makan..suruh makan cepat-cepat..takut ketuban pecah katanya..huh!

(2.00 Petang)

Masuk bilik wad, tapi nurse suh lepak dulu dalam tu sebab labour room penuh..Solat zuhur & tengok cerita Hindustan..

(4.00 petang)

Nurse datang ajak g labour room..jalan kaki dengan cikSuami ke labour room yang berada ditingkat 1.. dok lepak-lepak dalam labour room sambil borak-borak dengan cikSuami..contraction?belum datang lagi..

(5.00 petang)

Doktor datang pecahkan ketuban & masuk air..masa ni bukaan baru 6 cm..masa ni doktor tanya nak epidural ke?saya cakap x nak..nak injection ke?x nak juga...

(5.30 petang)

contraction sudah datang..sakit, tapi tahap "tahanable"..tapi kol 6 tu memang x blh tahan..masa tu br terhegeh-hegeh minta epidural..doktor x kasik, sebab bukaan dah 8 cm..dia kata rugi je..so tahan je la..x tau pukul brape start teran..tapi yang pastinya masa bukaan 9cm..Ya Allah susahnya nak teran kali ni..sebab kepala baby senget..tenaga plak semakin berkurang..doktor suh cikSuami bagi minum air.. minum la skit je..2-3 teguk je...masa kepala dah separuh keluar, x blh teruskan teran lagi..x larat sangat..doktor suh rest sekejap, tunggu contraction ...(tu yang lonjong skit kepala cikHani)..tepat 7.14pm Hani Durrany (Permataku Yang Tenang) selamat dilahirkan ke dunia ini, seberat 3.1kg..muka saling tak tumpah macam muka kakak dia & babah dia..

Semoga Durrany Mama & Babah jadik anak yang solehah, baik, beriman & berguna...Mama & Babah sayanggggggggggggggg sangat Durrany..



Nia Durrany

Hani Durrany

Nia Durrany

Hani Durrany

:: Syawal untuk mak buyung ::

Akhir syawal datang jugak..dan ketika entry ini ditulis saya sedang 3 hari berpantang..hehehe..
Syawal kali ni best walaupun raya 1st disambut dibelah cikSuami dulu..actually saya x kisah pun raya mana-mana dulu, janji raya..lagipun kampung dia, kampung saya jugak..

2 hari before raya:

saya dan cikSuami g warta nak carik baju maternity..cikSuami yang beriya sangat nak beli..kalau ikutkan saya, memang x beli la..membazir je..ntah brape hari je kot pakai..tapi dia ckp EDD saya lagi 3 weeks, so lama lagi..tapi semua baju maternity yang dok ada kat warta tu besar..kalau pakai, macam jubah konvo..adoi la..kesudahnya saya beli baju kurung pesak gantung size XL..balik umah suruh Mama betulkan, potong & kecikkan yang mana patut..pasni memang kena tetas semua la..sebab perut sudah kempis..yahoo!


1 day before raya:

kemas2 rumah dulu..petang tu bertolak ke Kuala Pilah (kampung mother in law)..cadang-cadang nak berbuka kat umah Achik(makcik CikSuami).kuar rumah pukul 5.30 ptg, singgah Bangi jap..jammed teruk kat Bukit Putus sehingga menyebabkan CikSuami terpaksa berbuka dalam kereta dengan kuih raya je..perjalanan yang menyakitkan pinggang..kami sampai kat rumah Achik pukul 7.45 malam..Malam tu, satu penyiksaan la untuk CikSuami nak tidur cikNia..Nia ni leceh skit kalau tdo dengan lampu terbuka..pukul 1 lebih jugak la baru dia tidur, lagipun sepupu-sepapat ramai..syok la dia main2..


1 Syawal:

pukul 5 .30 pagi saya dah bangun..bukan apa, dah terbiasa bangun untuk sahur...kalau x, jangan harap la kot..x lama lepas tu Nia plak bangun, pastu cikSuami..tapi masa tu in law pun ramai dah bangun..biasa la kalau kat kampung..toiletnya satu..orangnya ramai..so kena la berebut-rebut..tapi tu la yang seronok ..keutamaan diberi untuk orang yang nak g solat sunat hari raya..tapi untuk cikSuami, sebelum g solat dia kena siapkan cikNia dulu..alih-alih nak dijadikan cerita, saya ialah orang yang terakhir mandi..

Lepas cikSuami balik dari surau, beraya dengan dia dulu..macam biasa la..emosi terlebih waktu tu..pastu baru bermaaf-maafan dengan yang lain..yang paling syok sekali, tengok keletah anak dara saya mengutip duit raya..nak-nak bila dia tau sebut "wit"== duit..sangat pandai!.kali ni bro in law sibuk plak nak tangkap satu family besar..agaknya nak test kamera baru kot..sebab selama kawin ni, x pernah nampak lagi bawa kamera..agak meriah & seronok jugak la..kamera kami?dok ada dalam beg..cikSuami segan nak keluarkan..katanya malu, sebab kamera orang lain lagi canggih..ceh!so sekarang, saya sedang menunggu sis in law email gambar dari kamera dia..

pagi ke petang tu kami x beraya kemana pun, Nia asyik buat hal je..sebab x cukup tidur..yela nak tidur je, ada je yang mengganggu & terganggu..dah ramai-ramai, memang gitu la..Ramai yang bertanya bila EDD saya, saya cakap 3 weeks lagi..tapi macam biasala, semua nak dok jadik tok nujum..cakap saya akan deliver awal..x kisah la..janji dapat makan makanan raya..petang tu, kami balik ke Kajang..tapi sebelum tu sempat singgah beraya umah mak dat (ex-matrik kmns) kat Kuala Serdang..

2nd syawal:

bergerak ke Sungai Udang (Melaka),pukul 10 pagi..singgah KFC kat r&r Seremban, sebab perut dah lapar gila..sampai umah cikYati(makcik cikSuami ) dalam kol 12 lebih..dok lepak situ sampai kol 3ptg, pastu baru bergerak ke rumah MakTeh..sejam kat rumah MakTeh, balik semula ke Kajang..

3rd Syawal:

bergerak dari rumah ke Sabak Bernam (kampung saya)..on the way tu, singgah umah TokSu di Sungai Buloh..kami bermalam di rumah Mak Lang.Petang tu pergi beraya ke rumah nenek sedara & cousin dekat area situ gak..Malam tu CikNia buat hal plak..melalak stok x ingat punya..x tau la nape...letih gila!

4th Syawal:

Awal pagi dah siap-siap nak g rumah MakLong di Sungai Besar, tapi sebelum tu singgah ke Kedai Ekonomi dulu sebab mama nak beli tuala..lepak2 umah MakLong, sampai Asar..lepas tu baru gerak balik Bangi..Masa kat kampung ramai yang meramalkan saya akan bersalin awal..mulut ni pun masin betul, saya cakap "jangan risau, jumaat ni saya keluarkan"



5th Syawal:

Pagi-pagi kami sekeluarga datang lepak kat umah Mama, tetiba masa tengah online, cikMon tegur..nak ajak g tour raya..tapi sebab cikNia tengah tidur, so kena la tunggu dia bangun..lepas asar kami gerak ke rumah cikNisa, lepas tu rumah cikMon, last sekali baru rumah saya..maghrib jugak la baru depa balik..tapi sebelum balik tu, sempat la gurau-gurau dengan depa..."esok aku bersalin, tapi kat annur la sebab nak tengok cerita NurKasih"



begitula berakhirnya syawal mak buyung, sebab keesokkan hari nya, mak buyung sudah bersalin..tapi at least dapat la melantak stok x ingat punya!

Followers


up