:: gigi ::

Nia dah tumbuh gigi. 1 batang..tapi babah kata 2 batang..tapi mama tak nampak pun..

cerita Nia dan pertumbuhan giginya. air liur asyik meleleh je..tapi sekejap je la..pastu malam plak kembung perut..adoi, Nia tak pernah kembung perut sejak lahir..kalut jugak kami. malam 1st tu, dia menjerit stok tak ingat punyala..dah buat macam-macam, tak jugak diam..last sekali dalam mamai-mamai tu teringat minyak yu yi (betul ke eja tu?). check perut dia, pastu sapu skit, pujuk skit-skit, baru diam..

esoknya, kami terus g Manjaku (ala, sukanya g sini) beli gripe water..sebab mertua pernah bagitau, kalau baby yang nak tumbuh gigi, dia akan rasa tak selesa..kalau bagi minum gripe water tu baru ok..malam tu sebelum tdo, bagi nia minum gripe water..mak ai banyaknya kena kasi.. 10ml..memang sangat bercintala nak bagi...anak-anak sekarang pandai la, kalau ubat automatic x nak..sapa ntah yang ajar.

2nd night, bg awal skit..tapi agaknya kesan gripe tu dah abih kot..macam biasala, Nia pun menjeritla..cepat-cepat sapu minyak yu yi & bagi gripe water..

lagi apa ek perkembangan Nia?selain daripada dah tumbuh gigi & saiz fizikal yang mmg kembang sokmo, Nia juga dah berjaya developed beberapa skill..skill memanjat sofa & meragut barang-barang dari meja. selain daripada itu jugak, Nia juga sudah menunjuk kan tahap kegeraman yang tinggi dengan anggota badan babah..kalau dulu, suka pusat je..sekarang dah up lagi ke nipple, hidung & telinga..x tau la kenapa..

dia juga semakin cenderung menunjukkan yang dia sayang Babah lebih daripada Mama..kalau mama kata "Nia, babah nak g jalan..babai babah"..reaksi Nia, automatic akan pandang kat pintu..kalau kata "Nia, mama nak g jalan, babai Mama"..reaksi buat dek je..klu mama yang ckp "no...no..no.." , Nia buat x tau ..klu Babah yang cakap , Nia akan sengih-sengih sambil merangkak-rangkak kat Babah..x pe, Mama x kisah

:: apa ni? ::

SummaryVO,ManagerBD

adoi...

:: mainan ::

since nia dah pandai duduk, jadi boleh la carik mainan yang best di main dengan posisi duduk. jadi permohonan untuk membeli mainan Nia akan mama panjangkan ke Babah ek sayang. lagipun colour cikMouse pun dah semakin kelabu. Berdoalah, supaya permohonan ini akan diapprove kan.

:: big family ::

Tadi masa turun bayar parking, nampak 1 chinese family. Mula-mula nampak siBapak tengah mengejar anak-anaknya (3 orang anak). Kecik-kecik lagi anak dia. Dalam lingkungan 6 thn ke bawah..suddenly, nampak lagi sorang..huh!terdetik kat hati "mak ai ramainya anak dia, kecik-kecik plak tu!".. saya meneruskan perjalanan ke mesin bayar parking. siBapak berbual dengan siIbu yang sedang mengendong sorang lagi anak..total anak= 5 orang..ramainya..bagi saya consider ramai la tu, sebab adik-beradik saya pun 3 orang je. tapi saya salute la body siIbu, langsing beb..

pastu saya toleh kebelakang dan nampak siBapak tgh susun anak dalam kereta..berdisplin sungguh anak-anaknya, nak masuk kereta pun beratur. kereta mereka ialah kereta Myvi. 5 orang anak + parent = 7 orang penumpang dalam kereta Myvi. anak-anak tu plak sure la x dok diam dalam kereta.

tetiba terfikir, camne kalau saya jadi macam tu?anak ramai , kecik-kecik plak..larat ke nak handle. sebenarnya kami (saya + cikMat) bercadang nak menambahkan ahli keluarga kami. kalau boleh saya, (kalau boleh la..) nak tutup kilang bila umur mencecah 30 tahun. saya nak at least 4 orang anak..kena produce lagi 3 orang anak (at least) before 30 thn..sekarang dah 26 thn..ada lagi 4 tahun..nampaknya hampir setiap tahun dalam 4 thn yang akan datang ni kena pregnant..pregnant?wah, bestnya pregnant..

plan saya camni, mengandung dan melahirkan 3 lagi orang anak..lepas tu stop, mungkin pastu amik family planning. pastu daftar kan diri ke slim world..yela, ada bhgn yang perlu dikecikkan & diotter balik..lepas tu besar kan anak je..kalau anak - anak semua dok hostel & rasa sunyi, produce lagi satu (yang ni idea cikMat)..wah, wah..kalau la semua semudah itu..

tapi kalau anak susun paku camtu, larat ke kami nak jaga..kalau saya ni surirumah sepenuh masa, x pe kot. saya bgtau cikMat, kalau anak ramai camtu, saya nak dok rumah. dia kata ok! tapi saya letak syarat. saya nak kemudahan internet & komputer (yang ni x pe, dah ada), nak kereta (senang saya nak g anta anak sekolah, beli barang-barang dapur & jalan-jalan)..tapi yang ni cikMat kata, anak pergi sekolah naik bas, beli barang dapur & jalan-jalan kena g dengan dia..huh!pastu nak monthly salary standard degree (ni pun kena ikut market semasa) + elaun + mengikut pengalaman kerja saya. dan kalau cikMat dapat bonus, saya pun nak bonus!

alasan: sebab jadi surirumah ni penat..kena berkerja dari celik mata, sampai la tutup mata..tu pun belum tentu lagi..klu oncall (ceh, macam doktor plak!), cthnya, bila anak nak susu, kena bangun buat susu..so i think, i deserve it.

dan atas sebab-sebab itu la cikMat kata "sayang keje je la, abang x mampu nak kasik mcm tu..x pe la, kita amik bibik je la macam tu "..

tapi berbalik pada hasrat kami tu, ada beberapa perkara yang perlu diconsider kan..since cikMat pun sedang menunggu tempat yang bakal dia di'post'kan, semuanya kena KIV dulu. tapi 1 keputusan telah dibuat, yang ni pasti..tahun ni kami akan berusaha dengan lebih gigih untuk memberikan adik untuk Nia..usaha ini akan bermula start bln april ni, supaya tahun depan Nia jadik kakak,..tapi andai kata kejayaan itu datang lebih awal dari jangkaan pun x pe..because we are ready for our next baby..

:: Cik Mouse ::

Dari kiri : CikCat, Nia dan CikMouse.

dalam banyak-banyak mainan (banyak ke? 5 je..), Nia memang sangat suka dengan CikMouse. kemana-mana mesti bawa CikMouse, sama ada bawa guna tangan @ mulut. Cat and mouse ni, datang in 1 package. cara main, tekan butang on/off kat perut CikCat, pastu cat akan gerak ke depan. cat ni ada sensor, kalau dia ter'touch' any object, dia akan reverse, CikMouse tu kira add-on je..cara Nia main CikCat, dia akan 'bunuh' CikCat..x kira dengan cara apa pun..dengan gigit telinga CikCat @ tahan dia daripada bergerak dengan pegang kuat-kuat ekor dia

@ block CikCat daripada bergerak..

lepas 'bunuh', dia akan amik CikMouse. dan bau CikMouse, dah macam bau 'real' Mouse sebab asyik masuk mulut Nia je..Oh, Nia ada satu lagi mainan baru..yang original punya, x dijual dimana-mana kedai berhampiran anda..Pusat Babah..wakaka, Nia suka korek pusat babah.

pinjam serkup mama

:: Alhamdulillah ::

Terima kasih Ya Allah , diatas segala kurniaan rezeki, kesihatan, kebahagiaan dan kasih sayang yang Engkau berikan kepada kami sekeluarga. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani..

Untuk Suamiku tersayang, Noor Muhammad
Tahniah diatas berita gembira itu. Semoga hidup kita sekeluarga sentiasa berada dibawah
naungan keberkatanNya. Terima kasih diatas segala kasih sayang, kesabaran yang
kau berikan untukku dan Nia Durrany. I love so much and really mean it.

Untuk Anakku, Nia Durrany
Semoga anak mama jadi anak yang solehah, sihat selalu & Mama Babah sayang Nia sampai
bila-bila..sangat sayang..

:: Nia & Mama ::

tengok-tengok gambar Nia, rupa-rupanya beberapa keping je pic saya & Nia..selebihnya, Nia & Babahnya..so saya mintak cikMat tangkap kan gambar kami masa beronggeng last 2 weeks kat jusco..




:: sayang isteri tinggal-tinggalkan -- part 2::

hari ni cikMat sayang ke Sibu, tgh hari esok baru balik..
awal pagi Rabu ke Jempol (Negeri Sembilan), hari khamis baru balik..

Dia tanya kenapa saya tak suka kalau dia pergi outstation?
jawapannya..

1. boring sebab x de teman nak sakat, gaduh
2. penat sebab selalu kena packing (tumpang di rumah bondaku tercinta)
3. Nia...sape nak jaga dia waktu malam? yang part ni paling mencabar..

jadi...tolong balik dengan kadar segera ek sayang..



'Pengsan' lepas hantar babah g opis

:: pukul 3 pagi ::

sudah 2 hari, Nia bangun 'bekerja' pukul 3 pagi..mama & babah x sedar pun, tau-tau dah terpacak depan kabinet tv..nia sangat rajin , mama & babah sangat mengantuk!

:: Boycott Israel ::

dapat senarai barangan yang harus di'boycott' kat sini : http://anitatahir.blogspot.com/2009/01/boycott-israel-supporter-products_11.html#links

berikut senarai barang yang saya guna/ pakai/ baca/ tonton/ etc

1. AOL Time Warner - (Time WarnerTime Life magazine, CNN, ICQ)
- x guna, x baca, x tengok sangat..


2. Carrefour
-jarang pergi, tp still kena cari alternative lain


4. Coca Cola
- x kisah kalau x minum, saya tak gemar sangat air bergas


5. Danone
- yang ni dinamakan pengorbanan..bye-bye chipsmore


6. Disney
- ni termasuk baju baby ke?ok Nia, pakai brand OK Baby ek..


7. Johnson & Johnson
- make-up Nia Durrany kena tukar jenama lain


8. Kimberly Clark (Kleenex, Kotex, Huggies, Andrex )
- Kena beli pampers jenama lain..jenama apa ek?yang pasti bukan mamypoko kerana tersangatlah mahal...


9. Tesco
- setiap minggu mesti pergi, skrg tidak lagi..mungkin ke giant..giant boleh?kalau x, Billion ..kalau tak boleh jugak..kedai harga jimat Desanika..hahhaa


10.Sara Lee (Ambi Pur)
- kena cari alternative lain..x pe2, ,melambak option lain


11. Nokia
- yang ni saya x guna..cikMat sayang: dia guna..tukar hp baru b!


12 News Corporation TV: National Geographical
-tak kisah ..jarang pun tgk National Geographical


13 Nestle(Nescafé, Maggi, KitKat, Nestum)
- ni agak susah skit, tapi akan diusahakan..demi Palestin..pasni kena Nia kena makan bubur nasi yang mama masak..jangan tak makan..

14 McDonald's
- oh Prosperities burger & mcChicken..

:: Kenduri Kawin ::

Senarai kenduri kawin yang ingin dihadiri sepanjang tahun ini..Harap- harap dapat la attend semua..InsyaAllah

Mac

Alia - 8/3 (Johor)
Thah - 14/3 (Terengganu)
Kak Yaty - 14-3 (Klang)
(kena g jumpa kak yaty few days b4)

April

Pekjah - 25/3
Abg Ejoi - (melaka)26/4



Mei

AbgTam-cousin (selangor + pahang) : date x konpem lagi
Siah - (melaka) : 30/5


Jun

cik Bulat - 7/6 (Johor)

Friend & relatives, kalau sape2 yang bercadang nak melangsungkan tahun ni & ingin menjemput kami, bagitau la ek..senang utk kami arrange cuti..

:: sayang isteri tinggal-tinggalkan ::

ahad lepas, cikMat pergi ke langkawi (outstation). petang semalam baru balik, pagi tadi on the way ke tempat kerja..

perbualan sepasang suami isteri didalam kereta

suami : "kalau arini z nak kuar ofis lewat pun tak pe..6 lebih ke, kol 6 ke..."
isteri: "eh, kenapa? bukan malam ni abang nak g kedah ke?blk awal skit la.."
suami : "yela, abang kena naik erl pukul 7.20 pm"
isteri : "lor, maksudnya abang tak balik rumah dulu ke?"
suami : "mana sempat syg, kita sampai rumah hari-hari pun pukul 6.30..kalau balik, nak keluar
dari rumah pukul brape?"

dan isteri, ditinggalkan lagi..

:: 2nd baby? ::

No..no..no..saya x pregnant..bulan ni 'bulan' datang agak lambat skit. cuak jugak, ingatkan Nia nak dapat adik..sebab secara jujurnya saya & suami memang x amik any family planning. planning sendiri sahaja. bila sehari lewat, ok lagi, 2 hari lewat ok lagi, 3 hari lewat, cikMat dah senyum2, suka bukan main dia. konpem lekat katanya..saya?suka?x suka?honestly, belum bersedia..kesian kat Nia..tapi kalau Allah dah bagi rezeki, saya terima je..

Mengandung memang best. best kalau kita sihat, kandungan ok (x nakal sangat dalam perut). lagipun masa mengandung, hubby akan layan macam menatang minyak yang penuh. sangat penuh..hehehe..Dulu, masa ngandungkan Nia, semuanya boleh dikatakan ok..cuma masa masa Nia 3 bulan dalam perut ada bleeding skit, sebab uri kat bawah .saya boleh rasa Nia gerak since 5 bulan. Nia akan gerak dengan aktifnya bila time makan. Jadi tak payah tengok jam untuk check waktu breakfast, lunch & dinner. Nia akan aktif waktu tengah malam bila babah dia g outstation (memang anak manja babah).


Masa 6 bulan, kami pergi buat 3d scan, Nia malu-malu nak tunjukkan muka. Tapi hidung kemek tu dah memang terserlah. Kemek tapi cumel. Masa 8 bulan, g booking hospital putrajaya. Saya kena refer pakar plak sebab ada masalah baby kecik. masa tu doktor kata baby tak sampai 2.5 kg. setiap minggu kena g hospital, buat ctg. Doktor kata klau boleh by 38 weeks kena deliver jugak.






04.06.08

pukul 11 pagi rasa contraction skit. Tepon cikMat. Dia kata, on the way amik saya, dia kata dia dah pkir jalan yang paling kurang trafic light, paling kurang lopak, paling kurang kereta & paling cepat sampai. Dia bawa ikut highway, menghala ke Seremban, sedangkan tempat yang nak dituju Putrajaya. Silap jalan, patah blk, ikut jalan biasa. on the way g hospital tu, 5 minit sekali tanya " sakit ke sayang?"..huh!

sampai kat hospital, kena tunggu sampai pukul 3 untuk check. tunggu punya la lama. doktor yang check tu doktor pelatih. tengok gaya dia jalan pun, macam orang puasa setahun. lambat je. masa ni bukaan dah 1 cm, tapi tak apa pun. kena tahan wad, sebab penahanan: pihak hospital nak monitor, sebab baby kecik. kecik susah, besar pun susah. duduk la wad malam tu, dengan bosannya.


05.06.08

awal pagi, doktor pakar datang check. Masa ni bukaan dah 2cm, still x de contraction. doktor bagi balik. tapi saya minta induce, sebab malas nak masuk hospital 2-3 kali. doktor kata ok, then masuk ubat ikut tutt. saya dinasihat kan, banyakkan bergerak untuk memudahkan bersalin. so saya berjalan-jalan la dalam wad tu dari pagi sampai ke tengah malam...ye tengah malam.

6 jam lepas masuk ubat, check bukaan, 3 cm. so doktor suruh tunggu lagi 6 jam. pukul 8 malam, doktor check lagi, still 3 cm. Since masa tu dah malam, doktor kata esok baru masuk lagi 1 ubat. Tapi dia kata pukul 12 malam dia nak check lagi. kali ni dia kata dah 4 cm. dah kena masuk labour room. nurse suruh call cikMat & dia kena tunggu kat labour room. contraction x datang lagi masa tu. so boleh makan mcnugget yang cikMat belikan petang tu. turun labour room, bersama beg baby + air selusuh.


06.06.08

Nasib x baik kot, by the time saya turun ke labour room, semua bilik penuh. so kena tunggu atas katil yang diletakkan disebelah baby warmer. masa tu dengar macam-macam jenis jeritan. jeritan nak teran la, jeritan sakit conraction la. adoi, masa tu dah cuak dah. nampak jugak nurse dok sembang-sembang, doktor baca magazine sambil letak kaki atas meja. Masa tu rasa sedih sangat, sebab rasa macam sorang je. betul sedih, menangis beriya. sampai nurse tanya, "puan sakit ke?". saya geleng je. sebenarnya masa tu nak cikMat.

pukul 2 pagi

dalam kol 2 pagi tu, rasa macam terkencing atas katil. masa tu risau, takut darah ke, air ke yang keluar. pastu saya saya bagitau nurse "nurse, saya terkencing". nurse tu kata, "x pe". saya kata "tapi kencing banyak". nurse check, "oh bukan kencing puan, air ketuban pecah".

5 minit lepas tu, dapat bilik. nurse bagi baju suh tukar. saya kata "nak tukar kat mana?". dia jawab "sini la ". depan depa (2 org nurse). mak ai, malu beb..malu sangat2..pastu tetiba rasa sakit. ye, dia dah datang, contraction dah sampai.

cikMat masuk. masa tu contraction 5 minit sekali. sakit sangat. saya & cikMat tak henti berzikir, zikir Nabi Yunus As.


pukul 4 pagi

nurse datang check, bukaan dah 7 cm. "lagi 3 cm puan. 3cm maksudnya lagi 3 jam".mak ai, lama lagi.saya dah nangis-nangis sakit. dia suruh sedut gas. "sedut bila sakit sahaja". tapi saya bantai sedut all the time, tak sakit pun sedut. akibatnya, saya lalok, sampai tak boleh buka mata. cikMat dah cuak, dia ingat saya dah tak de dah. saya muntah 2 kali masa tu. sedut gas banyak sangat.

pukul 5 pagi

bukaan 10cm. masa untuk teran. tapi tak daya nak teran. sebab lalok sangat, rasa macam nak tidur je. yang sambut 2 orang nurse, 3 kali percubaan teran gagal, sebab x larat. baby in and out. nurse marah, sebab situasi tu akan bahayakan baby. saya start nangis, cikMat terus tiupkan kata-kata semangat. nurse suruh try teran lagi sekali, kalau tak berjaya jugak, depa akan gunting skit & guna forsep. tapi masa tu hubby kena dok luar. dengar hubby kena dok luar, saya kumpulkan kekuatan, 1..2....3..Nia keluar melihat dunia tepat 5.23 pagi.

nurse suruh teka sex baby. masa tu mata dah tak boleh buka,camne nak teka. cikMat yang bagitau, "girl zie". saya teringat doktor kata Nia kecik, dengan mata terpejam, saya suruh nurse timbang Nia. 2.67 kg..Alhamdulillah..

masa Nia dibersihkan, cikMat g solat subuh, saya kena jahit (terkoyak sendiri). sejam lepas tu, nurse bagi Nia kat kami. masa tu dia nangis. cikMat qamat & azan kan, terus dia diam. bf Nia. happy sangat-sangat..

hari ni, dia dah hampir 7 bulan. makin hari, makin manja, makin aktif & of course makin montel. Mama Babah selalu berdoa agar Nia Durrany akan jadi anak yang solehah, taat suruhan Allah & sihat selalu sayang. sayangggggg banyak Nia. Nia nak adik? nanti mama pertimbangkan k!

:: bb car seat ::

sebelum Nia lahir lagi, memang x plan pun nak belikan bb car seat..sebab rasanya x perlu pun..so far x pernah pun g mana-mana dengan bawa Nia, sorang-sorang..semuanya berteman..lagi pun melihat perangai Nia yang selalu x memberikan respon yang positif pada kebanyakan furniture yang mama babah dia belikan..di belikan bouncer, for display only..buai plak, bercinta nak ajar tdo dalam buai...(sekarang ada style baru, meniarap dalam buai)..walker?x laku..

tapi baru-baru Ina (kawan satu taman), minta tolong anta kan dia kat branch perodua..nak amik kereta baru dia (member demam beb, dapat kereta baru)..saya dah terpkir,camne nak g anta dia + bawa Nia lagi..cik mat keje plak..so terpikir plak pasal bb cat seat..untuk tidak membazir lagi, saya pinjam car seat kak su (jiran)..kena test dulu, Nia ok x dok dalam car seat ni..klu x ok, x yah beli..

alih-alih, respon +ve plak..jadi, satu lagi pelaburan kena buat time-time gawat ni..adoi..nanti2 la ek sayang, pinjam dulu mak su punya ek!

:: bila bangun awal ::

bila bangun awal..sangat-sangat awal, lagi awal dari bilal yang akan mengazankan azan subuh..disini la tempatnya..kalau dibiarkan diatas tilam, Nia akan lebih sibuk bekerja..



:: New place ::

dah nak dekat sebulan keje ditempat baru..so far ok lah..skop keje x de beza, environment, biasa2 je..masih dalam proses menyesuaikan diri..

:: 2009 ::

huh, lama x hapdet blog ni..nape ek?x de masa kot. ..hujung thn lepas (last week of dec 2008), cuti lama..tp still x berkesempatan..duduk rumah, menjalankan tugasan sebagai seorang isteri & ibu..sana - sini orang sibuk cakap pasal azam tahun baru..saya?saya x pernah azam , cuma selalu berharap yang hari ini akan sentiasa lebih baik daripada semalam..insya Allah

Followers


up