:: 2nd baby? ::

No..no..no..saya x pregnant..bulan ni 'bulan' datang agak lambat skit. cuak jugak, ingatkan Nia nak dapat adik..sebab secara jujurnya saya & suami memang x amik any family planning. planning sendiri sahaja. bila sehari lewat, ok lagi, 2 hari lewat ok lagi, 3 hari lewat, cikMat dah senyum2, suka bukan main dia. konpem lekat katanya..saya?suka?x suka?honestly, belum bersedia..kesian kat Nia..tapi kalau Allah dah bagi rezeki, saya terima je..

Mengandung memang best. best kalau kita sihat, kandungan ok (x nakal sangat dalam perut). lagipun masa mengandung, hubby akan layan macam menatang minyak yang penuh. sangat penuh..hehehe..Dulu, masa ngandungkan Nia, semuanya boleh dikatakan ok..cuma masa masa Nia 3 bulan dalam perut ada bleeding skit, sebab uri kat bawah .saya boleh rasa Nia gerak since 5 bulan. Nia akan gerak dengan aktifnya bila time makan. Jadi tak payah tengok jam untuk check waktu breakfast, lunch & dinner. Nia akan aktif waktu tengah malam bila babah dia g outstation (memang anak manja babah).


Masa 6 bulan, kami pergi buat 3d scan, Nia malu-malu nak tunjukkan muka. Tapi hidung kemek tu dah memang terserlah. Kemek tapi cumel. Masa 8 bulan, g booking hospital putrajaya. Saya kena refer pakar plak sebab ada masalah baby kecik. masa tu doktor kata baby tak sampai 2.5 kg. setiap minggu kena g hospital, buat ctg. Doktor kata klau boleh by 38 weeks kena deliver jugak.






04.06.08

pukul 11 pagi rasa contraction skit. Tepon cikMat. Dia kata, on the way amik saya, dia kata dia dah pkir jalan yang paling kurang trafic light, paling kurang lopak, paling kurang kereta & paling cepat sampai. Dia bawa ikut highway, menghala ke Seremban, sedangkan tempat yang nak dituju Putrajaya. Silap jalan, patah blk, ikut jalan biasa. on the way g hospital tu, 5 minit sekali tanya " sakit ke sayang?"..huh!

sampai kat hospital, kena tunggu sampai pukul 3 untuk check. tunggu punya la lama. doktor yang check tu doktor pelatih. tengok gaya dia jalan pun, macam orang puasa setahun. lambat je. masa ni bukaan dah 1 cm, tapi tak apa pun. kena tahan wad, sebab penahanan: pihak hospital nak monitor, sebab baby kecik. kecik susah, besar pun susah. duduk la wad malam tu, dengan bosannya.


05.06.08

awal pagi, doktor pakar datang check. Masa ni bukaan dah 2cm, still x de contraction. doktor bagi balik. tapi saya minta induce, sebab malas nak masuk hospital 2-3 kali. doktor kata ok, then masuk ubat ikut tutt. saya dinasihat kan, banyakkan bergerak untuk memudahkan bersalin. so saya berjalan-jalan la dalam wad tu dari pagi sampai ke tengah malam...ye tengah malam.

6 jam lepas masuk ubat, check bukaan, 3 cm. so doktor suruh tunggu lagi 6 jam. pukul 8 malam, doktor check lagi, still 3 cm. Since masa tu dah malam, doktor kata esok baru masuk lagi 1 ubat. Tapi dia kata pukul 12 malam dia nak check lagi. kali ni dia kata dah 4 cm. dah kena masuk labour room. nurse suruh call cikMat & dia kena tunggu kat labour room. contraction x datang lagi masa tu. so boleh makan mcnugget yang cikMat belikan petang tu. turun labour room, bersama beg baby + air selusuh.


06.06.08

Nasib x baik kot, by the time saya turun ke labour room, semua bilik penuh. so kena tunggu atas katil yang diletakkan disebelah baby warmer. masa tu dengar macam-macam jenis jeritan. jeritan nak teran la, jeritan sakit conraction la. adoi, masa tu dah cuak dah. nampak jugak nurse dok sembang-sembang, doktor baca magazine sambil letak kaki atas meja. Masa tu rasa sedih sangat, sebab rasa macam sorang je. betul sedih, menangis beriya. sampai nurse tanya, "puan sakit ke?". saya geleng je. sebenarnya masa tu nak cikMat.

pukul 2 pagi

dalam kol 2 pagi tu, rasa macam terkencing atas katil. masa tu risau, takut darah ke, air ke yang keluar. pastu saya saya bagitau nurse "nurse, saya terkencing". nurse tu kata, "x pe". saya kata "tapi kencing banyak". nurse check, "oh bukan kencing puan, air ketuban pecah".

5 minit lepas tu, dapat bilik. nurse bagi baju suh tukar. saya kata "nak tukar kat mana?". dia jawab "sini la ". depan depa (2 org nurse). mak ai, malu beb..malu sangat2..pastu tetiba rasa sakit. ye, dia dah datang, contraction dah sampai.

cikMat masuk. masa tu contraction 5 minit sekali. sakit sangat. saya & cikMat tak henti berzikir, zikir Nabi Yunus As.


pukul 4 pagi

nurse datang check, bukaan dah 7 cm. "lagi 3 cm puan. 3cm maksudnya lagi 3 jam".mak ai, lama lagi.saya dah nangis-nangis sakit. dia suruh sedut gas. "sedut bila sakit sahaja". tapi saya bantai sedut all the time, tak sakit pun sedut. akibatnya, saya lalok, sampai tak boleh buka mata. cikMat dah cuak, dia ingat saya dah tak de dah. saya muntah 2 kali masa tu. sedut gas banyak sangat.

pukul 5 pagi

bukaan 10cm. masa untuk teran. tapi tak daya nak teran. sebab lalok sangat, rasa macam nak tidur je. yang sambut 2 orang nurse, 3 kali percubaan teran gagal, sebab x larat. baby in and out. nurse marah, sebab situasi tu akan bahayakan baby. saya start nangis, cikMat terus tiupkan kata-kata semangat. nurse suruh try teran lagi sekali, kalau tak berjaya jugak, depa akan gunting skit & guna forsep. tapi masa tu hubby kena dok luar. dengar hubby kena dok luar, saya kumpulkan kekuatan, 1..2....3..Nia keluar melihat dunia tepat 5.23 pagi.

nurse suruh teka sex baby. masa tu mata dah tak boleh buka,camne nak teka. cikMat yang bagitau, "girl zie". saya teringat doktor kata Nia kecik, dengan mata terpejam, saya suruh nurse timbang Nia. 2.67 kg..Alhamdulillah..

masa Nia dibersihkan, cikMat g solat subuh, saya kena jahit (terkoyak sendiri). sejam lepas tu, nurse bagi Nia kat kami. masa tu dia nangis. cikMat qamat & azan kan, terus dia diam. bf Nia. happy sangat-sangat..

hari ni, dia dah hampir 7 bulan. makin hari, makin manja, makin aktif & of course makin montel. Mama Babah selalu berdoa agar Nia Durrany akan jadi anak yang solehah, taat suruhan Allah & sihat selalu sayang. sayangggggg banyak Nia. Nia nak adik? nanti mama pertimbangkan k!

0 comments:

Followers


up