:: big family ::

Tadi masa turun bayar parking, nampak 1 chinese family. Mula-mula nampak siBapak tengah mengejar anak-anaknya (3 orang anak). Kecik-kecik lagi anak dia. Dalam lingkungan 6 thn ke bawah..suddenly, nampak lagi sorang..huh!terdetik kat hati "mak ai ramainya anak dia, kecik-kecik plak tu!".. saya meneruskan perjalanan ke mesin bayar parking. siBapak berbual dengan siIbu yang sedang mengendong sorang lagi anak..total anak= 5 orang..ramainya..bagi saya consider ramai la tu, sebab adik-beradik saya pun 3 orang je. tapi saya salute la body siIbu, langsing beb..

pastu saya toleh kebelakang dan nampak siBapak tgh susun anak dalam kereta..berdisplin sungguh anak-anaknya, nak masuk kereta pun beratur. kereta mereka ialah kereta Myvi. 5 orang anak + parent = 7 orang penumpang dalam kereta Myvi. anak-anak tu plak sure la x dok diam dalam kereta.

tetiba terfikir, camne kalau saya jadi macam tu?anak ramai , kecik-kecik plak..larat ke nak handle. sebenarnya kami (saya + cikMat) bercadang nak menambahkan ahli keluarga kami. kalau boleh saya, (kalau boleh la..) nak tutup kilang bila umur mencecah 30 tahun. saya nak at least 4 orang anak..kena produce lagi 3 orang anak (at least) before 30 thn..sekarang dah 26 thn..ada lagi 4 tahun..nampaknya hampir setiap tahun dalam 4 thn yang akan datang ni kena pregnant..pregnant?wah, bestnya pregnant..

plan saya camni, mengandung dan melahirkan 3 lagi orang anak..lepas tu stop, mungkin pastu amik family planning. pastu daftar kan diri ke slim world..yela, ada bhgn yang perlu dikecikkan & diotter balik..lepas tu besar kan anak je..kalau anak - anak semua dok hostel & rasa sunyi, produce lagi satu (yang ni idea cikMat)..wah, wah..kalau la semua semudah itu..

tapi kalau anak susun paku camtu, larat ke kami nak jaga..kalau saya ni surirumah sepenuh masa, x pe kot. saya bgtau cikMat, kalau anak ramai camtu, saya nak dok rumah. dia kata ok! tapi saya letak syarat. saya nak kemudahan internet & komputer (yang ni x pe, dah ada), nak kereta (senang saya nak g anta anak sekolah, beli barang-barang dapur & jalan-jalan)..tapi yang ni cikMat kata, anak pergi sekolah naik bas, beli barang dapur & jalan-jalan kena g dengan dia..huh!pastu nak monthly salary standard degree (ni pun kena ikut market semasa) + elaun + mengikut pengalaman kerja saya. dan kalau cikMat dapat bonus, saya pun nak bonus!

alasan: sebab jadi surirumah ni penat..kena berkerja dari celik mata, sampai la tutup mata..tu pun belum tentu lagi..klu oncall (ceh, macam doktor plak!), cthnya, bila anak nak susu, kena bangun buat susu..so i think, i deserve it.

dan atas sebab-sebab itu la cikMat kata "sayang keje je la, abang x mampu nak kasik mcm tu..x pe la, kita amik bibik je la macam tu "..

tapi berbalik pada hasrat kami tu, ada beberapa perkara yang perlu diconsider kan..since cikMat pun sedang menunggu tempat yang bakal dia di'post'kan, semuanya kena KIV dulu. tapi 1 keputusan telah dibuat, yang ni pasti..tahun ni kami akan berusaha dengan lebih gigih untuk memberikan adik untuk Nia..usaha ini akan bermula start bln april ni, supaya tahun depan Nia jadik kakak,..tapi andai kata kejayaan itu datang lebih awal dari jangkaan pun x pe..because we are ready for our next baby..

3 comments:

Wafaa berkata...

aku pon ingat nak tambah ahli keluarga tapi Iman baru je nak masuk 4 bulan. rasanya bagi dia besar sket dulu. aku pon dah 27. bukan muda lagi. plus, kos hidup kat sini mak aiiiihhh.. masuk tadika pon kena ada kurang2 800 dalam tangan

Salbiah bt Karim berkata...

nk tambah bilangan ahli keluarga? meh meh, ikot jejak langkah saya, anak setaun sorang. tapi kena byk bersabar utk yg ke-2 ni.

Norfazidah Binti Saari berkata...

ye cikSalby, andala idola saya..kuikuikui...

Followers


up