:: gigi ::

Nia dah tumbuh gigi. 1 batang..tapi babah kata 2 batang..tapi mama tak nampak pun..

cerita Nia dan pertumbuhan giginya. air liur asyik meleleh je..tapi sekejap je la..pastu malam plak kembung perut..adoi, Nia tak pernah kembung perut sejak lahir..kalut jugak kami. malam 1st tu, dia menjerit stok tak ingat punyala..dah buat macam-macam, tak jugak diam..last sekali dalam mamai-mamai tu teringat minyak yu yi (betul ke eja tu?). check perut dia, pastu sapu skit, pujuk skit-skit, baru diam..

esoknya, kami terus g Manjaku (ala, sukanya g sini) beli gripe water..sebab mertua pernah bagitau, kalau baby yang nak tumbuh gigi, dia akan rasa tak selesa..kalau bagi minum gripe water tu baru ok..malam tu sebelum tdo, bagi nia minum gripe water..mak ai banyaknya kena kasi.. 10ml..memang sangat bercintala nak bagi...anak-anak sekarang pandai la, kalau ubat automatic x nak..sapa ntah yang ajar.

2nd night, bg awal skit..tapi agaknya kesan gripe tu dah abih kot..macam biasala, Nia pun menjeritla..cepat-cepat sapu minyak yu yi & bagi gripe water..

lagi apa ek perkembangan Nia?selain daripada dah tumbuh gigi & saiz fizikal yang mmg kembang sokmo, Nia juga dah berjaya developed beberapa skill..skill memanjat sofa & meragut barang-barang dari meja. selain daripada itu jugak, Nia juga sudah menunjuk kan tahap kegeraman yang tinggi dengan anggota badan babah..kalau dulu, suka pusat je..sekarang dah up lagi ke nipple, hidung & telinga..x tau la kenapa..

dia juga semakin cenderung menunjukkan yang dia sayang Babah lebih daripada Mama..kalau mama kata "Nia, babah nak g jalan..babai babah"..reaksi Nia, automatic akan pandang kat pintu..kalau kata "Nia, mama nak g jalan, babai Mama"..reaksi buat dek je..klu mama yang ckp "no...no..no.." , Nia buat x tau ..klu Babah yang cakap , Nia akan sengih-sengih sambil merangkak-rangkak kat Babah..x pe, Mama x kisah

2 comments:

Wafaa berkata...

wah. mcm agak men'cuak'kan jek. nnt tengok anak aku besok cane *gulp*

Wafaa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Followers


up