:: Sabah ::

yeah..yeah..jalan lagi..ni pun back dated..kali ni kami ke Sabah plak

Kali ni, CikSuami ada meeting di Kuala Penyu & Pitas..CikSuami ajak saya & Nia pergi..saya pergi dengan tiket yang diredeem guna enrich point CikMat..Nia plak kami kena kuar duit skit..x pe la, sekali-sekala..Kami amik flight malam..CikMat kata flight kami naik ni airbus..saya pun tak reti pasal flight ni..saya ikut je dia..destinasi flight kami ke Korea tapi transit ke Kota Kinabalu..




Nia plak tak memeberikan kerjasama yang baik dalam flight..abih semua orang dia nak tegur walaupun mata dah mengantuk..perjalanan selama 2 jam lebih amatlah memenatkan & membosankan..kami sampai Kota Kinabalu pukul 12 malam..Kami tinggal di Hotel Promenade..Nasib baik sampai je hotel, Nia senang untuk ditidurkan (yela dalam flight dok main je)


Esoknya, CikSuami pergi meeting kat Pitas..kuar pagi, balik petang..kami dok bilik..lepak-lepak, main-main..bila CikSuami balik, dia ajak g jalan-jalan..ehm, CikSuami dapat kereta daripada syarikat konsesi bersama kad kredit untuk isi minyak..jadi kami gunakan secukup-cukupnya..

lepaking bersama Mama

kereta & minyak sponsor

petang tu kami pergi Karambunai..private beach..tapi dah nak senja dah masa tu..tapi memang cantik la pantai tu..ye la private beach kan.so bersih la..tak macam PD..Nia plak sampai terus tidur..jadi nak tak nak terpaksa kejutkan dia kejap untuk sesi photography..yela, pasni tak tau bila nk sampai situ lagi..Mula-mula Nia buat dek je dengan air laut, pastu jadi suka plak..ye la, Nia ni macam mama dia..suka main air..





Pastu sebelum balik ke hotel, CikMat ajak makan malam kat pasar filipina..mula-mula saya risau jugak tentang status halalnya..tapi CikSuami kata jangan risau, sebab dia dah biasa makan kat situ..so tau la yang mana tempat yang halal..Pasar Filipina ni macam pasar malam, tapi dia ada satu area untuk warung makan..tapi warung-warung ni sediakan makanan yang berasaskan sea food yang dibakar sahaja...memang sedap la sebab seafood dia yang jarang kita dapat kat semenanjung..


yummy..sedap..

Keesokkan harinya, kami check-out awal pagi sebab kami nak ikut CikSuami pergi Kuala Penyu..perjalanan 3 jam, x de la rasa bosan sangat sebab lalu kawasan kampung, lalu tepi pantai..pastu bila nak balik dari Kuala Penyu tu, kami cross sungai guna feri..saja nak merasa..kejap je naik feri tu, 10 minit je..sepanjang atas feri tu, Nia khusyuk sangat tengok rantai feri tu bergerak..



Pastu kami pergi ke 1Borneo untuk lunch..1 Borneo ni mcm midvalley, baru saje dibuka..so x banyak lagi kedai..kami makan kat Kenny Rogers..Lepas tu kami balik ke Pasar Filipina sebab nak pergi kat tempat yang jual aksesori permata...tapi x beli apa pun sebab saya bukan peminat barang mutiara @ kristal..tapi memang murah la kalau nak dibandingkan dengan harga di semenanjung..lepas tu kami lepak kat water front tepi tu..saje dok tangkap2-tangkap gambar...



Last tempa yang kami pergi ialah pantai tanjung aru..sama la macam kat PD..rasanya x de yang special pun..saje nk pergi nk main air dengan si comel Nia..saya dengan Nia je yang main..CikMat tukang tangkap gambar..

suka sangat nampak laut


Flight balik kami pukul 8.45 malam, dan kami bertolak dari KLIA ke putrajaya agak lewat sebab tunggu luggage..masing-masing dah kepenatan, Nia tidur sejak naik kapal terbang, sampai la naik ERL..itu la sahaja cerita perjalanan kami..




Photo?click here

:: Cameron Highland ::

Ni back dated entry...tapi baru nak post kat sini..sebab selalu lupa je nak edit gambar..

Aritu CikSuami ada meeting di Cameron Highland, since saya tak pernah lagi jejak kaki ke Cameron Highland..so agak teruja nak ikut..kami bertolak dari Bangi agak lewat..after 5PM..since dah bertolak pun lewat, CikSuami kata ikut jalan baru untuk naik ke Cameron sebab kalau jalan lama tu bahaya..Nasib baik sepanjang perjalanan Nia tidur..so ini memberi ruang pada saya untuk berehat di belakang..


lebih kurang dalam kol 10 mlm, kami mula mendaki Cameron ikut jalan baru..mak ai, seram gila..lampu jalan tak ada, kereta lain pun tak ada yang lalu, coverage pun tak ada..dalam hati tak henti-henti berdoa supaya semuanya selamat..mulut nak bagitau CikSuami yang ada rasa seram-seram, tapi diam je..dia pun diam je..

sejam lepas tu kami sampai dan terus check-in kat Hotel Equatorial..Sampai kat hotel, Nia plak jaga..apa lagi bercinta la nak suh dia tidur balik..Masuk je bilik hotel, Nia teruja stok tak hingat punya la..dok bangun pastu hempas badan atas katil 2-3 kali..seronok betul dia jumpa katil..huhu..sebab kat rumah kami tak ada katil, tu yang jakun skit kot..

pagi esoknya, sebelum CikMat g meeting, dia g beli breakfast untuk kami (tak amik breakfast hotel sebab mahal)..agak susah untuk cari makanan halal kat situ..dah lepas breakfast, CikMat g meeting, saya dok lepak-lepak dengan Nia kat bilik...

tengahari, CikMat balik bilik , kami terus check-out..cuaca masa ni dah mendung skit, tapi x hujan lagi..mula-mula kami jalan-jalan kat pasar..apa ntah nama pasar ni..dah lupa..tapi pasar ni byk jual gift, buah & sayur..tapi kami tak beli apa sangat pun..beli buah je...


Lepas tu perjalanan diteruskan ke Strawberry Farm..Anak dara saya ni sebenarnya ngantuk, tapi sebab kat farm ni Mama Babah dia makan strawberry, tak kan la plak dia nak tengok je kan? So mesti la suapkan dia skit..ingatkan dia tak nak sebab masam, rupanya tak sampai lagi strawberry kat mulut, mulut dia dah siap-siap nganga..





Last destination sebelum turun, kami g kat Bharat Plantation..Masa ni dah hujan so tak boleh nak tangkap gambar kat tengah-tengah ladang teh..CikMat ajak minum kat cafe situ..Ni nak cite pasal teh yang saya minum..saya telah dicadangkan special teh oleh cashier cafe tu yang konon-kononnya sedap la..rupanya rasa cengkih & rasa sangat la x sedap..so sebab terpedaya & dah terminum, minum la skit je..masuk je dalam kereta, minum air masak...



Itu la sahaja percutian singkat kami di Cameron Highland...so pasni kalau orang tanya, "pernah pergi Cameron Highland?"...Ya pernah!hehehe

Lebih Gambar?Klik disini

:: Jemputan untuk SMP::

Kepada Sistem Maklumat Pelajar (SMP)

Kalau senang jemput la ke rumah...saya ada sorang lagi programmer muda yang sedang 'mendevelope' skill nya..Nia Durrany. Harap-harap, SMP sudi la bertandang ke rumah kami ek!

Daripada
Programmer yang Kesangapan!

:: Nia demam lagi ::

Ni cerita daripada hari isni lepas..Asalnya dia cirit-birit, pastu saya bawa g klinik..Masa tu badan dah panas skit, dr bagi air garam + ubat demam..pastu makin lama, makin panas plak badan dia..pukul 8 mlm, saya bagi ubat ikut bontot plak..pastu suhu terus turun dan boleh main dengan riangnya..kalau tidak, sepanjang siang tu meragam..asyik sebut "babah..babah"..sampai tidur pun panggil babah dia..CikMat plak tak boleh balik, sebab kursus..dah mlm tu baru balik..

kol 11 malam, CikMat balik, terus cari Nia..Nia pun terus landing kat babah dia...saya masa tu dah tak larat dah..Tetiba cikMat kata Nia macam menggigil..saya bangun buka lampu..Masa tu tengok kaki & tangan Nia dah biru..terus air mata mengalir & panik sekejap..kami cepat-cepat bawa Nia g Annur

Sampai kat Annur, doktor cek suhu, over 40..panas sangat..masuk lagi ubat ikut bontot..kali ni doktor kata yang kuat skit..doktor kata tak payah admitt Nia sebab dia still ada selera untuk makan & minum susu lagi..so rest je kat rumah..kalau dok hospital, takut nanti menjangkit sakit lain plak daripada baby-baby lain..

Balik tu, pakai kan dia stokin & selimut kan dia..doktor kata jangan pasang kipas..biarkan dia berpeluh..sian sangat kat Nia, tapi kami rasa kami dah buat yang the best untuk dia..Esoknya, saya terpaksa pergi keje sebab modul saya hendak direview..pastu minta kat bos nk apply cuti sampai minggu depan..bos terkejut la, asyik cuti je..pastu cite dengan bos pasal Nia..masa cite tu, teringat kat dia sampai termenangis depan bos..sekarang rasa malu plak..hehehe..tapi bukan saja buat-buat, tapi itu perasan seorang ibu bila terpaksa meninggalkan anaknya yang sedang sakit..

Esoknya cuti lagi...saya monitor betul2 Nia..doktor kata Nia kena makan ubat demam every 4 hours.. and resultnya Alhamdulillah, Nia dah sihat..dan pagi tadi (27/03/2009), dah tak cirit lagi..

Terima kasih kepada kawan yang wish besday kat saya..tq sebab ingat besday saya..apa yang berlaku pada besday saya? x ada pun..hehehe..CikMat ajak dinner kat Bagan Lalang, tapi saya tak nak..penat sangat..oh, on my birthday, saya g maternity checkup..tekanan darah tinggi plak..so dinasihat kan banyak rehat dari segi mental & fizikal..berat badan tak naik..ehm, baru 3 bulan..ok lagi kalau x naik kn?

CikMat dah dapat posting, jauh sangat kat Kuala Lumpur..hehehe..JKR cawangan Selenggara (kalau x silap la)..arini lapor diri..adoi, pasni kena bangun lebih awal daripada biasa..

:: SusuIbu.com ::

Balik lunch, terus tak ada mood nak buat keje..toleh kiri, opismate yang sorang ni muka mcm stress je wat keje, yang sebelah lagi stress buat..ahaks!u know it Ya(Marlina)...wakaka

Dah lama rasa x surfing website ni http://susuibu.com. Sejak 1st time pregnant sampai sekarang pun, saya suka baca kat ruangan forum..banyak info secara teori & pengalaman mummy2 lain yang boleh dikongsikan...

hari saya baca pasal G6PD since sorang member saya br dpt bb..bb dia ada G6PD plak..Sian dengan dia, banyak dugaan nya..dari mengandung sampai la melahirkan & sampai la dah lahir..tapi saya percaya, Allah akan bagi bahagian yang susah dulu, baru yang senang..Always be positive ok!

Lepas tu baca pasal kepentingan Asid Folic masa mengandung..adoi, rasa macam kena baling batu kat muka ni bertubi-tubi..liat sangat nak makan ubat pregnant kali ni..tapi lepas baca semua pendapat & komen kat situ, mula pasang azam untuk tak mis amik asid folic..InsyaAllah..

Lepas tu baca plak pasal tdo meniarap..ada yang kata bagus, ada kata tak.. pengalaman saya pulak, tidur meniarap sangat bagus utk tulang belakang..menguat kan tulang blkg..saya memang tidurkan Nia secara meniarap sejak dia umur 7 hari..mula-mula risau jugak, tapi saya ada baca satu artikel ni, kalau baby tu boleh angkat kepala dan pusingkan kepala ke kiri & kanan, means dia ok & selamat..Bila tengok Nia boleh gerakkn kepala dia, so kami consider ok la tu..dan kalau tidur meniarap, kurang terkejut & tidur lama.

seingat saya, masa umur Nia 2 bln, dia dah boleh angkat badan (ala-ala nak merangkak)..pastu dah boleh mengundur ke belakang..So untuk anak kedua ni saya nak try pendekatan lain pulak. Cadangnya nak tidur kan 2nd Durrany dalam Baby Cot. tapi CikSuami kata tak payah.."buat macam Nia tu bagus"..Ehm..akan difikirkan semula!

:: Nia & Babah ::

Semalam cikSuami balik rumah sekejap, nak amik kasut sukan & seluar track..lepas balik kerja saya pergi amik dia kat IKRAM. Masuk je kereta dia terus cakap nak jumpa Nia, "takut dia dah lupa kat abang, kalau dia lupa, sedihnya.."

Sampai je kat rumah, terus dukung Nia..pastu cikMat nak test Nia nak lagi x kat dia, dia suh saya & mama amik. Nia pusingkan muka terus peluk erat-erat Babah dia..suka CikMat, "Ok, bagus..ingat Babah lagi"

huh!

oh ye, pagi td CikMat SMS..."morning sayang..dah bangun?abg br lps abih kawad"
then saya reply.."kawad?ngerinya!"

:: kembali memblogging ::

Dah lama x hapdet blog ni..nape ek?malas kot..bila dah sampai kat rumah tu, memang malas nak tekan keyboard lagi..baik dok rilek je...ehmm, ramai yang bertanya..bila planning nk dapat yg second?@ dah tambah ahli keluarga ke, aritu kata nak tambah..dan jawapannya, InsyaAllah bulan Oktober ni Nia akan bergelar kakak dan saya akan mula menggunakan perkataan, 'anak-anak' ..
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki ini..Kami dapat tahu berita ni masa bawa Nia cungkil ketuat dia..http://me-myself-chomot.blogspot.com/2009/02/ketuat.html..masa tu dah 5 weeks pregnant..of course saya & CikMat gembira..bertambah lagi ahli keluarga kami..kali ni semua lebih rilex, tak macam 1st pregnancy dulu..dulu, bila tau pregnant, sibuk bagitau seluruh keluarga. berdozen-dozen la petua & pantang-larang yang diberikan. kadang-kadang rimas jugak. tapi 1st time kan, dengar je la..kali kalau ada orang tanya, bila Nia nak dapat adik? saya jawab bulan 10 ni..atau pun, bila nak dapat yang no 2?"bulan 10 ni"..as simple as that!

Memgandung kali ni agak letih skit..hari-hari kena daki anak tangga untuk sampai ke rumah & opis. pastu dengan anak yang makin aktif (walaupun saya kurang jaga Nia, sebab semua CikMat uruskan). 2 minggu pertama sejak disahkan mengandung, x masuk dapur. nak muntah bau minyak masak. So CikMat yang masak..tapi sekarang dah ok. Sekarang banyak benda yang CikMat buat..sayangggg banyak kat BB! boleh dikatakan semua benda dia buat, kecuali lipat kain..Nia memang secara tak rasmi nya dia yang handle..oh, dia dah mandikan Nia..dulu tidak..

Nia plak skrg tgh mabuk nak berdiri. Sudah pandai memanjat sofa.. sudah tau perkataan 'BOOM', means baring..dan bertambah manja dengan babah..bertambah-tambah..bangun pagi kol 5AM, temankan babah tengok bola & masak breakfast kat dapur..baik sangat!dan Nia dah ada 4 batang gigi..dah boleh makan nasi + epal..hehehe

CikMat plak sekarang ni tengah berkursus di IKRAM selama seminggu. Dekat je dengan rumah, tapi tak boleh balik..Huh!teruk betul JKR ni.. so sekarang saya & Nia tinggal dirumah Mama. Tadi CikMat tepon, suh datang amik dia petang ni..ye!ye!..suka sangat..

Cerita mangandung lagi, setakat ni tak ada mengidam apa-apa..semua benda pun makan..lebih gemar makanan yang masin & tak suka makanan yang manis..macam mengandung yang dulu pun, saya tak brape makan jeruk. kali ni langsung tak makan. And this time, the worst part saya tak suka makan ubat. Kena marah dengan CikSuami, baru makan. Kalau x, buat tak tau je. Morning sickness? Ada..tapi tidak seteruk dulu, cuma muntah gitu2 je..

Followers


up