:: Cameron Highland ::

Ni back dated entry...tapi baru nak post kat sini..sebab selalu lupa je nak edit gambar..

Aritu CikSuami ada meeting di Cameron Highland, since saya tak pernah lagi jejak kaki ke Cameron Highland..so agak teruja nak ikut..kami bertolak dari Bangi agak lewat..after 5PM..since dah bertolak pun lewat, CikSuami kata ikut jalan baru untuk naik ke Cameron sebab kalau jalan lama tu bahaya..Nasib baik sepanjang perjalanan Nia tidur..so ini memberi ruang pada saya untuk berehat di belakang..


lebih kurang dalam kol 10 mlm, kami mula mendaki Cameron ikut jalan baru..mak ai, seram gila..lampu jalan tak ada, kereta lain pun tak ada yang lalu, coverage pun tak ada..dalam hati tak henti-henti berdoa supaya semuanya selamat..mulut nak bagitau CikSuami yang ada rasa seram-seram, tapi diam je..dia pun diam je..

sejam lepas tu kami sampai dan terus check-in kat Hotel Equatorial..Sampai kat hotel, Nia plak jaga..apa lagi bercinta la nak suh dia tidur balik..Masuk je bilik hotel, Nia teruja stok tak hingat punya la..dok bangun pastu hempas badan atas katil 2-3 kali..seronok betul dia jumpa katil..huhu..sebab kat rumah kami tak ada katil, tu yang jakun skit kot..

pagi esoknya, sebelum CikMat g meeting, dia g beli breakfast untuk kami (tak amik breakfast hotel sebab mahal)..agak susah untuk cari makanan halal kat situ..dah lepas breakfast, CikMat g meeting, saya dok lepak-lepak dengan Nia kat bilik...

tengahari, CikMat balik bilik , kami terus check-out..cuaca masa ni dah mendung skit, tapi x hujan lagi..mula-mula kami jalan-jalan kat pasar..apa ntah nama pasar ni..dah lupa..tapi pasar ni byk jual gift, buah & sayur..tapi kami tak beli apa sangat pun..beli buah je...


Lepas tu perjalanan diteruskan ke Strawberry Farm..Anak dara saya ni sebenarnya ngantuk, tapi sebab kat farm ni Mama Babah dia makan strawberry, tak kan la plak dia nak tengok je kan? So mesti la suapkan dia skit..ingatkan dia tak nak sebab masam, rupanya tak sampai lagi strawberry kat mulut, mulut dia dah siap-siap nganga..





Last destination sebelum turun, kami g kat Bharat Plantation..Masa ni dah hujan so tak boleh nak tangkap gambar kat tengah-tengah ladang teh..CikMat ajak minum kat cafe situ..Ni nak cite pasal teh yang saya minum..saya telah dicadangkan special teh oleh cashier cafe tu yang konon-kononnya sedap la..rupanya rasa cengkih & rasa sangat la x sedap..so sebab terpedaya & dah terminum, minum la skit je..masuk je dalam kereta, minum air masak...



Itu la sahaja percutian singkat kami di Cameron Highland...so pasni kalau orang tanya, "pernah pergi Cameron Highland?"...Ya pernah!hehehe

Lebih Gambar?Klik disini

0 comments:

Followers


up