:: Crocs? ::

Conversation sepasang suami isteri...

Suami : "Nia dah pandai jalan..lepas ni sibuk la mama ko nak beli kasut baru..nanti mesti cakap
kasut yang ada x muat la, x sesuaila.." (Sambil mata menjeling kearah isteri yang
sedang
berehat)

Isteri: "Dah kalau betul, nak wat camne..kan Nia?"

Si anak memang tak peduli dengan perbualan si Babah dan Mama..dia masih terus giat berlatih memperkemaskan skill barunya..

Isteri : "B, selipar z tu span dia macam dah nipis la..sakit tapak kaki bila jalan lama skit.."
(Masa ni muka siIsteri dah bernilai seposen)

Suami : "Abih tu kena beli Crocs la ni?"

Isteri : ngeh...ngeh.."may be la kot..tapi rasanya kena urut kaki kat Reborn dulu, pastu baru g
Crocs.."


Suami : Sambil memandang si anak .."Botak la babah macam ni Nia.."



oh lupa nak bagitau..CikSuami pernah cakap camni...

"Nape Crocs ni mahal?design tak la cantik sangat pun..macam selipar toilet je.."

:: Sudah Dapat Kaki ::

Pada umur 10 bulan, 3 minggu , 1 hari, saya dengan rasmi nya mengumumkan cik Nia Durrany Binti Noor Muhammad sudah berjalan pada kelajuan yang teramatlah terkedek-kedek..Skill memanjat sudah meningkat, kadar goyangan bontot semasa berjoget jugak semakin laju & kekerapan untuk minum susu sangat berkurangan (jimat kos!)..


Ni masa nia temankan Babah tengok bola pukul 3 pagi..

:: Santai ::

Ni kalau boss baca ni, memang nahas la..arini tak tau nk start keje camne..nak mulakan dari mana?tetiba jadi lost..kepala pun tengah pening-pening ni, ubat tak makan lagi..tekak meronta-ronta nk makan aiskrim plak..mesin parking memanggil2 suh disumbatkan syiling..hadoi, malas nya nak turun naik tangga..

Last week ada meeting kat HQ, saya x attend pun sebab ada demo kat UPM..demo la sangat..tapi intipati yang meeting ialah bonus..walaupun tak sebrape berbanding dengan yg senior...but still Alhamdulillah..tapi bila agaknya nak dapat tu..huh!

Sabtu lepas, attend wedding Pekjah...tahniah pek, lain gila muka ko!aku sampai nak tanya kat Nisa sape atas pelamin tu, walaupun tau tu ko..lain gila muka!Seronok dapat jumpa memember lama..bukan senang nak gath camtu..



Petangnya, saya (Nia & CikSuami dah kepenatan dirumah), g tengok baby Zharif (Anak Nissa)..so cute, photostat muka ayah dia..hahaha..bil ajumpa geng-geng lama ni, lepak x ingat la..sampai nak dekat kol 8..oh ye Cik Nisa, gambar jangan lupa ek..

hari ahad plak, g Melaka..kenduri jiran..kami sampai time pengantin baru nak start berarak...best gak la kenduri depa..sebab DJ nya agak kreatif & best la! On the way back to Bangi, saya & Nia tidur sepanjang perjalanan..CikSuami bagitau saya siap berdengkur lagi..hu, tu memang stok penat gila la tu!

Nia @ Melaka

Nia @ San Fransisco Bangi..tengah ngorat abg waiter

Esok & lusa CikSuami cuti..nak habiskan cuti yang seberapa kat JKR tu...ingat nak ajak dia breakfast kat Taman Warisan..teringin plak nak makan nasi lemak Taman Warisan..

:: Sakit ::

Last week 2 hari saya MC, sebab tekanan darah terlalu rendah sampai nak pitam..memang sangat la lemah rasanya..klu sebelum ni, suka sangat makan sampai CikSuami kata saya terlalu obses dengan makanan..tapi bila sakit, saya menangis-nangis tak nak makan..rasanya nk kunyah pun x larat..makan roti yang 50 sen tu pun berjam nak abih kan..tu pun share dengan anak dara sorang tu..

Pagi tadi demo modul saya pada user..ehm camne ek?ok la kot @ ok la tu! malas nak pkir..sebab lately kepala selalu pening bila pkir lebih..huh!boleh plak camtu..oh semalam CikSuami dapat surat dari SPA mengenai perlantikan tetap ke jawatan J41..Alhamdulillah..akhirnya...dulu dia berjawatan J41(sambilan)..pastu J41(kontrak dengan SPA)...selepas sebln, br dpt surat smlm..dan yang paling menggembirakan saya, penempatan nya ialah diKKM..tempat lama..suka sangat rasanya..sebab dekat, tak yah la saya & nia kena bangun awal lagi..& konpem x kn berpindah kemana-mana..

Kelmarin saya & Nia g check up..Berat Nia naik 0.4kg, ini menjadikan berat badaannya 8.9kg..Nurse puji graf Nia cantik, nampak cergas & aktif..sebenarnya sangat aktif..sekarang ni, hari-hari saya & CikSuami tersangatla berkobar-kobar nak balik dari kerja cepat sebab nak main dengan dia..Nia dah pandai berjoget depan tv bila dengar muzik..sangat pandai main 'cak-ba' (peek-a-boo), dengan menyorok kat meja (kelmarin masa kat klinik, Nia menghiburkan patient lain dengan aksi 'cak-ba'nya)..kalau x pun, guna bantal....Dia dah tau mana babah dia letakkan botol susu pada waktu malam..ada satu malam tu, Nia nangis2 nak susu, Babah dia plak malam tdo mati..memang x dengar la..last sekali dia g sendiri amik botol susu dia..masa tu saya x mampu untuk bangun tolong dia..nama lagi sakitkan..

Hujung minggu ni kalau tengok pada jadual, jadual famili kami agak padat..hari sabtu nak attend 2 wedding (pekjah & husna)..pastu nak tengok baby Nissa, Muhammad Adam Zharif..Ahad plak nak g kenduri jiran, Abang Ejoi kat Melaka..mungkin agak penat hujung minggu ni walaupun aktiviti di kenduri tu hanyalah makan..ehm, kadang-kadang makan pun boleh jadi aktiviti yang memenatkan..huh!

Ni masa 4 bulan, sangat geram dengan pipi dia..balik ni mesti gigit!

:: two steps ::

pagi tadi Nia dah berjalan 2 step..usaha lagi sayang..Anak mama memang pandai!sayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyangggggg banyak!

:: Bila Bosan ::

Bila hari-hari dah 'mencoding', rasa nak muntah plak..Time tak de idea ni, memang tak boleh nak paksa otak untuk berfikir..So i have to find to something else to refresh my mind..tak blh nk tekan F5..

Biasa waktu camni, saya suka tengok gambar si comel Nia..adoi, rindu pulak sama ini montel..ups, dah tak berapa montel..Nia sekarang tengah usaha untuk berdiri sendiri, tanpa pegang apa-apa..kalau setakat lepas-lepas tangan tu, memang dah sudah..cuma sekarang dia tengah practice nak berdiri dari posisi duduk nak ke berdiri..suka tengok dia berusaha, nampak comel je bila tertonggeng-tonggeng..tapi memang belum berjaya lagi..mungkin muatan berat dibahagian bontot..hahahaha

Nia jugak sibuk mengumpul gigi..ye sekarang ada 4 dan 2 lagi bakal tumbuh di belah atas menjadikan 4 kat atas, 2 kat bawah..lepas ni Mama bawa sayang makan ayam KFC k!Sekarang ni dia dah pandai melambai...pastu dah pandai sayang (cium)..tapi bila cium je, sure tinggal air liur..busuk la sayang..tapi tahan je la, sayang punya pasal..tapi kadang-kadang..daripada ciuman tu boleh jadi gigitan..yang selalu kena Babah nya la..tak tau la apa di geramkan sangat..

oh Nia dah pandai merajuk..part ni yang paling best..bila Mama marah dia, dia akan jadi berdisplin skit..mau la dengar kata..mungkin sebab tu orang kata Mama garang kot..tapi kalau Babah marah..dia akan merajuk..dia akan duduk kat tempat yang Babah marah , dan buat dek je bila Babah panggil..Nia akan ok balik bila babah datang kat Nia, buat chak-ba ..pastu baru nak peluk Babah..Nia jugak akan jeles bila Babah amik baby lain..kalau mama yang amik, belum tentu lagi la Nia nak jeles..

Aritu kami sekeluarga pergi ziarah oyen, my-exschoolmate..dia baru deliver 1st baby..baby boy..Mohd Zulhaziq..Masa tu Zul (Hubby Oyen) suruh Nia sayang baby, apa lagi, teruja la anak dara tu..tapi tak boleh nak lepas la..takut dia gigit plak..comel sangat Haziq tu..dagu belah lagi (tu yang mahal tu)

Alamak bos panggil, ada meeting..sambung lagi nanti ek!

:: Mencari Cik Nisa ::

Seperti tajuk diatas, saya mencari Cik Khairunnisa Mokhtar..sudah lama rasanya kita tak berchatting..kemana kah anda menghilang?

Followers


up