:: Bila Bosan ::

Bila hari-hari dah 'mencoding', rasa nak muntah plak..Time tak de idea ni, memang tak boleh nak paksa otak untuk berfikir..So i have to find to something else to refresh my mind..tak blh nk tekan F5..

Biasa waktu camni, saya suka tengok gambar si comel Nia..adoi, rindu pulak sama ini montel..ups, dah tak berapa montel..Nia sekarang tengah usaha untuk berdiri sendiri, tanpa pegang apa-apa..kalau setakat lepas-lepas tangan tu, memang dah sudah..cuma sekarang dia tengah practice nak berdiri dari posisi duduk nak ke berdiri..suka tengok dia berusaha, nampak comel je bila tertonggeng-tonggeng..tapi memang belum berjaya lagi..mungkin muatan berat dibahagian bontot..hahahaha

Nia jugak sibuk mengumpul gigi..ye sekarang ada 4 dan 2 lagi bakal tumbuh di belah atas menjadikan 4 kat atas, 2 kat bawah..lepas ni Mama bawa sayang makan ayam KFC k!Sekarang ni dia dah pandai melambai...pastu dah pandai sayang (cium)..tapi bila cium je, sure tinggal air liur..busuk la sayang..tapi tahan je la, sayang punya pasal..tapi kadang-kadang..daripada ciuman tu boleh jadi gigitan..yang selalu kena Babah nya la..tak tau la apa di geramkan sangat..

oh Nia dah pandai merajuk..part ni yang paling best..bila Mama marah dia, dia akan jadi berdisplin skit..mau la dengar kata..mungkin sebab tu orang kata Mama garang kot..tapi kalau Babah marah..dia akan merajuk..dia akan duduk kat tempat yang Babah marah , dan buat dek je bila Babah panggil..Nia akan ok balik bila babah datang kat Nia, buat chak-ba ..pastu baru nak peluk Babah..Nia jugak akan jeles bila Babah amik baby lain..kalau mama yang amik, belum tentu lagi la Nia nak jeles..

Aritu kami sekeluarga pergi ziarah oyen, my-exschoolmate..dia baru deliver 1st baby..baby boy..Mohd Zulhaziq..Masa tu Zul (Hubby Oyen) suruh Nia sayang baby, apa lagi, teruja la anak dara tu..tapi tak boleh nak lepas la..takut dia gigit plak..comel sangat Haziq tu..dagu belah lagi (tu yang mahal tu)

Alamak bos panggil, ada meeting..sambung lagi nanti ek!

0 comments:

Followers


up