:: Sakit ::

Last week 2 hari saya MC, sebab tekanan darah terlalu rendah sampai nak pitam..memang sangat la lemah rasanya..klu sebelum ni, suka sangat makan sampai CikSuami kata saya terlalu obses dengan makanan..tapi bila sakit, saya menangis-nangis tak nak makan..rasanya nk kunyah pun x larat..makan roti yang 50 sen tu pun berjam nak abih kan..tu pun share dengan anak dara sorang tu..

Pagi tadi demo modul saya pada user..ehm camne ek?ok la kot @ ok la tu! malas nak pkir..sebab lately kepala selalu pening bila pkir lebih..huh!boleh plak camtu..oh semalam CikSuami dapat surat dari SPA mengenai perlantikan tetap ke jawatan J41..Alhamdulillah..akhirnya...dulu dia berjawatan J41(sambilan)..pastu J41(kontrak dengan SPA)...selepas sebln, br dpt surat smlm..dan yang paling menggembirakan saya, penempatan nya ialah diKKM..tempat lama..suka sangat rasanya..sebab dekat, tak yah la saya & nia kena bangun awal lagi..& konpem x kn berpindah kemana-mana..

Kelmarin saya & Nia g check up..Berat Nia naik 0.4kg, ini menjadikan berat badaannya 8.9kg..Nurse puji graf Nia cantik, nampak cergas & aktif..sebenarnya sangat aktif..sekarang ni, hari-hari saya & CikSuami tersangatla berkobar-kobar nak balik dari kerja cepat sebab nak main dengan dia..Nia dah pandai berjoget depan tv bila dengar muzik..sangat pandai main 'cak-ba' (peek-a-boo), dengan menyorok kat meja (kelmarin masa kat klinik, Nia menghiburkan patient lain dengan aksi 'cak-ba'nya)..kalau x pun, guna bantal....Dia dah tau mana babah dia letakkan botol susu pada waktu malam..ada satu malam tu, Nia nangis2 nak susu, Babah dia plak malam tdo mati..memang x dengar la..last sekali dia g sendiri amik botol susu dia..masa tu saya x mampu untuk bangun tolong dia..nama lagi sakitkan..

Hujung minggu ni kalau tengok pada jadual, jadual famili kami agak padat..hari sabtu nak attend 2 wedding (pekjah & husna)..pastu nak tengok baby Nissa, Muhammad Adam Zharif..Ahad plak nak g kenduri jiran, Abang Ejoi kat Melaka..mungkin agak penat hujung minggu ni walaupun aktiviti di kenduri tu hanyalah makan..ehm, kadang-kadang makan pun boleh jadi aktiviti yang memenatkan..huh!

Ni masa 4 bulan, sangat geram dengan pipi dia..balik ni mesti gigit!

0 comments:

Followers


up