:: Fikir-fikirkan ::

Semalam saya berYM dengan sorang member lama..dah lama x contact, macam-macamla cerita yang dibualkan..since masing-masing dah ada anak, topik anak jadi main topic..tengah borak-borak pasal 2nd pregnancy, tetiba dia kata "Sian kat Nia.."

Sebenarnya saya ada pendapat mengenai hal ini..memang selalu kita dengar, kalau gap antara anak tu tak brape jauh..ramai orang akan kata.."Sian.."..tapi apa yang nak dikesiankan?jawapan standard .."budak tu baru nak manja, dah dapat adik" @ "x puas nak manja, dah dapat adik"..

tapi kalau gap antara anak tu 10 tahun, maksudnya tempoh untuk si kakak @ abang tu boleh bermanja tu 10 tahun je ke?macam tu?perlu ke kita sebagai ibu bapa limit kan tempoh 'bermanja & perhatian' untuk anak-anak kita?Setiap orang ada reason & perancangan kehidupan masing-masing yang saya rasa x perlu dihebohkan kepada satu dunia..

Lepas tu ada scenario lain lagi...orang kita (orang Malaysia terutama orang melayu) gemar benar nak comparekan perkembangan anak-anak..
"anak ko dah pandai apa?anak aku dah pandai blaa..bla..bla.. "
@
"anak ko x pandai bla..bla..bla.lagi?anak aku dah pandai dah "

come on la, setiap anak-anak tu perkembangan dia bukan sama..patutnya say something positive..saya selalu borak dengan member sorang ni..anak dia sebaya Nia..kami berbual mengenai perkembangan anak-anak kami in positive way (rasanya la..)..kami share tips & petua..rasa bila chat dengan dia rasa selesa skit compare few friends (yang kengkadang nak je ckp, anak ko pun bukan nya develope dengan bagus sgt!)..huh..mari jadi fikir-fikirkan!

:: Nia 1st Birthday Party ::

Setelah lama tertangguh, akhirnya tiba jua hari yang dinantikan...setelah Nia berusia 1 tahun 2 bulan..x pe la kan, janji buat..kepada aunty Bahyah, hutang dah bayar ek! so jangan tanya lagi bila nak buat..hahaha..

Asalnya saya yang teringin makan kek marble cheese coklat kak ida...so dah alang-alang tu, laksanakan impian untuk buat birthday party untuk Nia..ala sebenarnya x buat pun x pe kot, Nia bukan ingat pun kn?hehehe..

Jemputan pun very la limited, untuk family & jiran yang dah macam family...bila cikSuami kata ok for party ni, saya la yang paling excited sekali..semua memang x plan..hari jumaat baru terkedik-kedik surf kat internet contoh-contoh invitation card..mula-mula cikSuami kata x yah la ber'kad-kad'..jemput pakai mulut dah la..tapi sebab nama pun excited, so x boleh nak cakap pe la..nak jugak!

Dengan bantuan Miss J, terhasil la kad jemputan ni..



Miss J siap tolong watkan sampul lagi tau..thank you Miss J!Balik keje terus print kad guna glossy paper size 4r & pos kan ke rumah para jemputan.

Pagi Sabtu tu, kami sekeluarga ke Hospital Selayang dulu, lawat Ucu ..Balik tu, saya & Mama dah sibuk-sibuk kat dapur..cikSuami ditugaskan untuk tidurkan Nia..tapi malangnya cikSuami gagal menyempurnakan tugas tu..huh..kesudahnya dia ke dapur, tolong saya..cikSuami memang rajin tau bab-bab keje didapur ni..Nia plak lagi la rajinnya..

Since jemputan pun skit, & konsep party ni pun konsep jimat kos..so semua hidangan masak sendiri & x banyak pun menunya...bihun goreng yang x pedas + kurang sayur (sebab ada gak mak-mak budak yang x makan sayur), fries & nugget (kesukaan Haziq)...kek coklat kukus (ni Mama yang masak)

dalam pukul 4.45 petang, kak ida datang hantar kek bersama hubby & Aqilah..tenkiu banyak2 ek kak ida ..kek akak sedap sangat..first tetamu yang datang ialah Kak Nana & family, pastu Abang Haziq & family ..last sekali Kak Qilah and family..seronok jugakla..sesekali berkumpul..dulu saya dok celebrate birthday anak depa..sekarang depa plak celebrate birthday anak saya..

Kepada yang sudi hadir, terima kasih banyak-banyak sebab datang..kepada yang x dapat undangan , sori banyak-banyak..panjang umur, murah rezeki...tahun depan party besar lagi ek!




More Pictures

:: Hakikat Sebuah Perkahwinan ::

video video video

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari
hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? cuba kita lihat…dan manakah
pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka
pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka
pasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka
pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberi anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati
manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada
hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada
ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA
melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah
tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.


070709 ialah Hari Ulangtahun ke-2 perkahwinan saya. Syukur kepada Allah Yang Maha Esa yang mengurniakan seorang suami yang melengkapi hidup saya dan anak (soon be 'anak-anak')..Semoga kehidupan kita akan terus dilimpahi dengan rahmatNya..terima kasih kerana menyayangi diri ini seadanya..

:: Rappers ::

Bergaya dengan baju free..
ok, ready?
Tepuk amai- amai...
Belalang kupu- kupu
Sampai situ je la ek
awak bayar murah la, tu yang show abih awal tu..

:: DR Nia Durrany ::

Hehehe..awal pagi lagi dr Nia dah bangun...terus capai Stetoskop...mula-mula check Pooh Bear..pastu check pipi Babah..pastu panjat cabinet tv, check TV plak..huh!


:: Sepetang di playground Seksyen 5 Tambahan ::

saja bawa anak dara ni main kat playground dekat umah..tak banyak pun mainan yang ada, tapi yang ada tu baru-baru sebab kawasan perumahan baru..


:: Swimming @ Presint 16 ::

Aritu bawa Nia g mandi pool kat presint 16..kami pergi dengan kak Nana, kak Nurin, Mak su..adalah babah snap 2-3 keping gambar..Mula-mula tu Nia macam malu-malu nak menunjukkan belangnya..sebab terkejut kot ramai sangat orang..lepas tu okla..tapi nak makan sambil mandi..hadoi..

Pool nya ok la, bila Nia berdiri paras pinggang Nia je..Mama pun terpaksa membasahkan diri bersama untuk menunggu 'enjin' Nia panas...bilik persalinan pun besar dan sangat selesa..lepas ni boleh la pergi lagi, tapi rasanya lepas Mama deliver kot..huhu

Pinjam pelampung spiderman Kak Nana


Dengan Kak Nurin


:: Sebelum Tidur ::

Ni la cikNia Durrany, orang suh tido, dia sibuk kehulu - kehilir..main tak sudah

Followers


up