:: Hani Durrany Binti Noor Muhammad ::

Kronologi kelahiran Hani Durrany....

24/09/09 (Malam)

Isteri: "b, kalau nak bersalin kat Annur tu, at least sekali kena check up situ..kita x pernah
g..camne?"
Suami :"ok, esok kita g"
Isteri:"esok pagi-pagi ek! z nak breakfast lontong"
Suami:"ok"

25/09/09
(9.00 Pagi)

Breakfast di Pasar Bangi..hajat hati nak makan lontong, tapi yang tinggal nasi lemak & ayam goreng je..belasah je la..lepas makan, hantar Nia rumah mama..Sampai Annur, staff nurse suruh g check up kat klinik pakar O&G..tunggu dari pukul 11 pagi , pukul 1 tgh hari baru no dipanggil...

Dalam bilik doktor..

Doktor: "Mummy sihat?ada masalah?" Sambil belek-belek buku merah
Saya : "x ada"
Doktor: "ok, since ni 1st time datang, doktor kena scan jugak la ek..baring mummy"


Semasa scan

Doktor: "ok, semua ok..air ketuban ok..oh, girl.."
Saya : "Berat dia brape doktor?"
Doktor : "2.99 kg"


Lepas Scan

Doktor:"everything ok..so sakit nanti baru datang ek!"
Saya: "ok"
CikSuami:"Tapi doktor, dia kata dia ada kuar air"
Saya:"air kuar bila batuk macam tula..skit je doktor..bukan ketuban kan?x de apa2 kan?"
Doktor:"oh, tu biasa..bukan ketuban..kalau ketuban , dia akan kuar sekali banyak"
CikSuami:"eh, cek la.." (Dengan muka yang beriya)
Saya :"x yah la..x ada apa tu"
Doktor pandang cikSuami :"okla, naik atas doktor cek"

huh!seluk...x suka!!

Doktor:"ok mummy, angkat kaki macam nak bersalin ek.."

few second..

doktor:"oh MyGod sayang, u dah about 5 cm..x sakit ke?u dah kena masuk labour room ni.."
Saya : "Ha?x sakit pun"
doktor:"u dah lunch?"
Saya:"belum"
Doktor:"ok, u pergi lunch dulu..eh, x yah la..suruh husband yang pergi..takut on the way tu
ketuban pecah"

Kalau suruh cikSuami yang belikan, rugi la beb..kang dia beli makanan yang x sedap...so we decide, g makan sekali..tu pun cikSuami bising masa kat kedai makan..suruh makan cepat-cepat..takut ketuban pecah katanya..huh!

(2.00 Petang)

Masuk bilik wad, tapi nurse suh lepak dulu dalam tu sebab labour room penuh..Solat zuhur & tengok cerita Hindustan..

(4.00 petang)

Nurse datang ajak g labour room..jalan kaki dengan cikSuami ke labour room yang berada ditingkat 1.. dok lepak-lepak dalam labour room sambil borak-borak dengan cikSuami..contraction?belum datang lagi..

(5.00 petang)

Doktor datang pecahkan ketuban & masuk air..masa ni bukaan baru 6 cm..masa ni doktor tanya nak epidural ke?saya cakap x nak..nak injection ke?x nak juga...

(5.30 petang)

contraction sudah datang..sakit, tapi tahap "tahanable"..tapi kol 6 tu memang x blh tahan..masa tu br terhegeh-hegeh minta epidural..doktor x kasik, sebab bukaan dah 8 cm..dia kata rugi je..so tahan je la..x tau pukul brape start teran..tapi yang pastinya masa bukaan 9cm..Ya Allah susahnya nak teran kali ni..sebab kepala baby senget..tenaga plak semakin berkurang..doktor suh cikSuami bagi minum air.. minum la skit je..2-3 teguk je...masa kepala dah separuh keluar, x blh teruskan teran lagi..x larat sangat..doktor suh rest sekejap, tunggu contraction ...(tu yang lonjong skit kepala cikHani)..tepat 7.14pm Hani Durrany (Permataku Yang Tenang) selamat dilahirkan ke dunia ini, seberat 3.1kg..muka saling tak tumpah macam muka kakak dia & babah dia..

Semoga Durrany Mama & Babah jadik anak yang solehah, baik, beriman & berguna...Mama & Babah sayanggggggggggggggg sangat Durrany..



Nia Durrany

Hani Durrany

Nia Durrany

Hani Durrany

:: Syawal untuk mak buyung ::

Akhir syawal datang jugak..dan ketika entry ini ditulis saya sedang 3 hari berpantang..hehehe..
Syawal kali ni best walaupun raya 1st disambut dibelah cikSuami dulu..actually saya x kisah pun raya mana-mana dulu, janji raya..lagipun kampung dia, kampung saya jugak..

2 hari before raya:

saya dan cikSuami g warta nak carik baju maternity..cikSuami yang beriya sangat nak beli..kalau ikutkan saya, memang x beli la..membazir je..ntah brape hari je kot pakai..tapi dia ckp EDD saya lagi 3 weeks, so lama lagi..tapi semua baju maternity yang dok ada kat warta tu besar..kalau pakai, macam jubah konvo..adoi la..kesudahnya saya beli baju kurung pesak gantung size XL..balik umah suruh Mama betulkan, potong & kecikkan yang mana patut..pasni memang kena tetas semua la..sebab perut sudah kempis..yahoo!


1 day before raya:

kemas2 rumah dulu..petang tu bertolak ke Kuala Pilah (kampung mother in law)..cadang-cadang nak berbuka kat umah Achik(makcik CikSuami).kuar rumah pukul 5.30 ptg, singgah Bangi jap..jammed teruk kat Bukit Putus sehingga menyebabkan CikSuami terpaksa berbuka dalam kereta dengan kuih raya je..perjalanan yang menyakitkan pinggang..kami sampai kat rumah Achik pukul 7.45 malam..Malam tu, satu penyiksaan la untuk CikSuami nak tidur cikNia..Nia ni leceh skit kalau tdo dengan lampu terbuka..pukul 1 lebih jugak la baru dia tidur, lagipun sepupu-sepapat ramai..syok la dia main2..


1 Syawal:

pukul 5 .30 pagi saya dah bangun..bukan apa, dah terbiasa bangun untuk sahur...kalau x, jangan harap la kot..x lama lepas tu Nia plak bangun, pastu cikSuami..tapi masa tu in law pun ramai dah bangun..biasa la kalau kat kampung..toiletnya satu..orangnya ramai..so kena la berebut-rebut..tapi tu la yang seronok ..keutamaan diberi untuk orang yang nak g solat sunat hari raya..tapi untuk cikSuami, sebelum g solat dia kena siapkan cikNia dulu..alih-alih nak dijadikan cerita, saya ialah orang yang terakhir mandi..

Lepas cikSuami balik dari surau, beraya dengan dia dulu..macam biasa la..emosi terlebih waktu tu..pastu baru bermaaf-maafan dengan yang lain..yang paling syok sekali, tengok keletah anak dara saya mengutip duit raya..nak-nak bila dia tau sebut "wit"== duit..sangat pandai!.kali ni bro in law sibuk plak nak tangkap satu family besar..agaknya nak test kamera baru kot..sebab selama kawin ni, x pernah nampak lagi bawa kamera..agak meriah & seronok jugak la..kamera kami?dok ada dalam beg..cikSuami segan nak keluarkan..katanya malu, sebab kamera orang lain lagi canggih..ceh!so sekarang, saya sedang menunggu sis in law email gambar dari kamera dia..

pagi ke petang tu kami x beraya kemana pun, Nia asyik buat hal je..sebab x cukup tidur..yela nak tidur je, ada je yang mengganggu & terganggu..dah ramai-ramai, memang gitu la..Ramai yang bertanya bila EDD saya, saya cakap 3 weeks lagi..tapi macam biasala, semua nak dok jadik tok nujum..cakap saya akan deliver awal..x kisah la..janji dapat makan makanan raya..petang tu, kami balik ke Kajang..tapi sebelum tu sempat singgah beraya umah mak dat (ex-matrik kmns) kat Kuala Serdang..

2nd syawal:

bergerak ke Sungai Udang (Melaka),pukul 10 pagi..singgah KFC kat r&r Seremban, sebab perut dah lapar gila..sampai umah cikYati(makcik cikSuami ) dalam kol 12 lebih..dok lepak situ sampai kol 3ptg, pastu baru bergerak ke rumah MakTeh..sejam kat rumah MakTeh, balik semula ke Kajang..

3rd Syawal:

bergerak dari rumah ke Sabak Bernam (kampung saya)..on the way tu, singgah umah TokSu di Sungai Buloh..kami bermalam di rumah Mak Lang.Petang tu pergi beraya ke rumah nenek sedara & cousin dekat area situ gak..Malam tu CikNia buat hal plak..melalak stok x ingat punya..x tau la nape...letih gila!

4th Syawal:

Awal pagi dah siap-siap nak g rumah MakLong di Sungai Besar, tapi sebelum tu singgah ke Kedai Ekonomi dulu sebab mama nak beli tuala..lepak2 umah MakLong, sampai Asar..lepas tu baru gerak balik Bangi..Masa kat kampung ramai yang meramalkan saya akan bersalin awal..mulut ni pun masin betul, saya cakap "jangan risau, jumaat ni saya keluarkan"



5th Syawal:

Pagi-pagi kami sekeluarga datang lepak kat umah Mama, tetiba masa tengah online, cikMon tegur..nak ajak g tour raya..tapi sebab cikNia tengah tidur, so kena la tunggu dia bangun..lepas asar kami gerak ke rumah cikNisa, lepas tu rumah cikMon, last sekali baru rumah saya..maghrib jugak la baru depa balik..tapi sebelum balik tu, sempat la gurau-gurau dengan depa..."esok aku bersalin, tapi kat annur la sebab nak tengok cerita NurKasih"



begitula berakhirnya syawal mak buyung, sebab keesokkan hari nya, mak buyung sudah bersalin..tapi at least dapat la melantak stok x ingat punya!

:: tak sabau nak raya ::

arini last day keje..serius x de motivasi nak keje..ngantuk gila, Tuhan je la yang tahu..minggu ni tidur malam memang x lena..sakit belakang & sakit perut..ada objek montel yang suka buat perut mama dia sebagai bantal..mula-mula ingatkan dia ngigau, pastu bila bukak lampu..besar je bijik mata..siap buat bibik muka seolah-olah menang la, sebab saya surrender..ngada betul!

hati ni dok ingat nak raya je..dah terbayang dah juadah-juadah raya..takut benar tak sempat nak rasa..lagi satu tak sabar nak tengok sikenit tu terkedik-kedik pakai baju kurung...camne nak suh anak bulan kuar awal skit ek?hehehe

:: i'm back ::

adoi la, rupa-rupanya dah bersawang blog ni..selalu ada je kekangan untuk menghapdet blog, terutama masalah penyakit M..keje banyak, hari-hari buat keje pun macam x luak je..huh!bila la nak settle ni..nak muntah dah tengok..

tahun ni, pose agak memenatkan..yela, hampir setiap hari kena memasak untuk berbuka..bila tanya CikSuami, nak beli ke nak masak..dia jawab x kisah la, sebab sian kat saya dah sarat..tapi x sampai 5 minit lepas tu dia boleh tanya, ikan kat umah ada kan?ayam ada kan?so sebagai seorang isteri, x kan x paham kot kan..terpaksa la..kalau nak beli lauk, sama ada saya @ CikSuami, 2-2 x tau nak beli lauk apa..ada jugak la 2-3 kali beli lauk kat bazar ramadhan..tapi bila balik umah, tengok, alamak mak ai..x menggiurkan langsung lauknya...hehehe, boleh gitu?terutama kalau CikSuami je yang g beli..lagi failed!

Bila time sahur, CikSuami kata ok je kalau sahur dengan kurma @ air..tapi saya x boleh, walapun saya x pose..huh!jenuh la nak kena ganti tahun depan!jangan tanya nanti kena ganti brape hari, sebab angka nya amatlah mengerikan..cikNia ada masa dia bangun waktu sahur, ada masa dia tidur..tapi bila dia bangun tu, dia akan sibuk didapur bersama saya..bising jugak la dapur disubuh-subuh hari tu..Bulan ni cikSuami amik waktu punch kad WP1, so biasanya lepas sahur tu terus siap2 nak g keje la..Ramadhan kali ni, syarikat konsesi macam x de budget je nak buat majlis berbuka, setakat ni baru attend 2 majlis je..huh!

Persiapan raya pun x de sangat, betul-betul beli baju kemeja cikSuami & cikNia je..saya?x yah la kot..dah nak meletup dh pun, ntah raya ntah tidak..tapi kalau sihat dan berkemampuan, raya kali ni raya belah cikSuami dulu..ikut giliran..rasanya raya kali ni akan bertambah meriah sebab cikNia dah besar..dah pandai cakap & jalan..raya lepas, asyik membuta je ..yela masa tu baru 4 bulan, x kan nak suh dia main bunga api kot kan?

kali ni boleh tengok dia terkedik-kedik dengan baju kurung @ baju cantik (Nia yang cakap baju cantik)..dia pun dah pandai rasa makanan, selalunya dia bedal je semua..tapi kalau sedap kat tekak dia, dia akan cakap "dap"..hari-hari ada je vocab baru..bagus anak Mama..oh ye, gaduh pun pandai, nak-nak carik gaduh dengan Mama...sampai Babah pening kepala tengok 2 beranak ni asyik gaduh je...ada sekali tu, masa g bazar ramadhan, saya pegang bahu cikSuami..sebab ramai sangat orang..masa tu cikSuami dukung Nia..pastu Nia boleh marah-marah, tepis tangan saya..x kasik sangat orang lain sentuh babah dia..huh!kalau ditanya, "Nia babah g mana?", dia jawab "wok" = work..cuba kalau tanya mama g mana?dia wat x tau je..paling tidak pun sengih je..sekarang ni bila pagi-pagi kami suami isteri tengah siap-siap, dia pun sibuk jugak..pastu sibuk cakap "pat ma.."= cepat mama..

progress adik plak, aritu g scan..berat adik dah hampir 2.5 kg..so x kecik la kot kan..x pe la adik, janji adik sihat..adik makin aktif didalam..sampai sakit pinggang mama..Babah plak bila waktu malam, tengok mama sakit-sakit, sibuk tanya,"contraction ke?"..seriously mama dah lupa contraction tu macam mana..hahaha..tapi bila awak mengeras untuk beberapa ketika, mama cuak jugak sebenarnya..agaknya mama ni x ready lagi nak masuk labour room ..bagi la can mama beraya dulu ek adik!preparation untuk adik, kami buat ala kadar je..pakai & guna je la apa yang ada..nanti kalau x cukup @ x ada, mama Babah akan usahakan ek!cuma yang merisaukan mama babah ialah kakak awak..kakak awak ni ganas skit, memang nanti bila awak dah lahir mama babah kena monitor kakak @ awak selalu..dulu masa kakak lahir, boleh gak tinggal-tinggal dia kat dalam bilik sorang-sorang..nanti time awak x boleh kot..takut nanti kakak paksa awak minum susu dia ke, makan biskut dia ke..macam dia buat kat mama babah...penuh dengan paksaan!

sekarang ni tengah x de mood nak buat keje.nak -nak bila gaji x dapat lagi..bila la gaji nak dapat..mood raya tengah meluap-luap ni..oh ye, nak carik kasut raya untuk cikNia..kasut raya yang beli aritu dah lunyai..

Followers


up