:: i'm back ::

adoi la, rupa-rupanya dah bersawang blog ni..selalu ada je kekangan untuk menghapdet blog, terutama masalah penyakit M..keje banyak, hari-hari buat keje pun macam x luak je..huh!bila la nak settle ni..nak muntah dah tengok..

tahun ni, pose agak memenatkan..yela, hampir setiap hari kena memasak untuk berbuka..bila tanya CikSuami, nak beli ke nak masak..dia jawab x kisah la, sebab sian kat saya dah sarat..tapi x sampai 5 minit lepas tu dia boleh tanya, ikan kat umah ada kan?ayam ada kan?so sebagai seorang isteri, x kan x paham kot kan..terpaksa la..kalau nak beli lauk, sama ada saya @ CikSuami, 2-2 x tau nak beli lauk apa..ada jugak la 2-3 kali beli lauk kat bazar ramadhan..tapi bila balik umah, tengok, alamak mak ai..x menggiurkan langsung lauknya...hehehe, boleh gitu?terutama kalau CikSuami je yang g beli..lagi failed!

Bila time sahur, CikSuami kata ok je kalau sahur dengan kurma @ air..tapi saya x boleh, walapun saya x pose..huh!jenuh la nak kena ganti tahun depan!jangan tanya nanti kena ganti brape hari, sebab angka nya amatlah mengerikan..cikNia ada masa dia bangun waktu sahur, ada masa dia tidur..tapi bila dia bangun tu, dia akan sibuk didapur bersama saya..bising jugak la dapur disubuh-subuh hari tu..Bulan ni cikSuami amik waktu punch kad WP1, so biasanya lepas sahur tu terus siap2 nak g keje la..Ramadhan kali ni, syarikat konsesi macam x de budget je nak buat majlis berbuka, setakat ni baru attend 2 majlis je..huh!

Persiapan raya pun x de sangat, betul-betul beli baju kemeja cikSuami & cikNia je..saya?x yah la kot..dah nak meletup dh pun, ntah raya ntah tidak..tapi kalau sihat dan berkemampuan, raya kali ni raya belah cikSuami dulu..ikut giliran..rasanya raya kali ni akan bertambah meriah sebab cikNia dah besar..dah pandai cakap & jalan..raya lepas, asyik membuta je ..yela masa tu baru 4 bulan, x kan nak suh dia main bunga api kot kan?

kali ni boleh tengok dia terkedik-kedik dengan baju kurung @ baju cantik (Nia yang cakap baju cantik)..dia pun dah pandai rasa makanan, selalunya dia bedal je semua..tapi kalau sedap kat tekak dia, dia akan cakap "dap"..hari-hari ada je vocab baru..bagus anak Mama..oh ye, gaduh pun pandai, nak-nak carik gaduh dengan Mama...sampai Babah pening kepala tengok 2 beranak ni asyik gaduh je...ada sekali tu, masa g bazar ramadhan, saya pegang bahu cikSuami..sebab ramai sangat orang..masa tu cikSuami dukung Nia..pastu Nia boleh marah-marah, tepis tangan saya..x kasik sangat orang lain sentuh babah dia..huh!kalau ditanya, "Nia babah g mana?", dia jawab "wok" = work..cuba kalau tanya mama g mana?dia wat x tau je..paling tidak pun sengih je..sekarang ni bila pagi-pagi kami suami isteri tengah siap-siap, dia pun sibuk jugak..pastu sibuk cakap "pat ma.."= cepat mama..

progress adik plak, aritu g scan..berat adik dah hampir 2.5 kg..so x kecik la kot kan..x pe la adik, janji adik sihat..adik makin aktif didalam..sampai sakit pinggang mama..Babah plak bila waktu malam, tengok mama sakit-sakit, sibuk tanya,"contraction ke?"..seriously mama dah lupa contraction tu macam mana..hahaha..tapi bila awak mengeras untuk beberapa ketika, mama cuak jugak sebenarnya..agaknya mama ni x ready lagi nak masuk labour room ..bagi la can mama beraya dulu ek adik!preparation untuk adik, kami buat ala kadar je..pakai & guna je la apa yang ada..nanti kalau x cukup @ x ada, mama Babah akan usahakan ek!cuma yang merisaukan mama babah ialah kakak awak..kakak awak ni ganas skit, memang nanti bila awak dah lahir mama babah kena monitor kakak @ awak selalu..dulu masa kakak lahir, boleh gak tinggal-tinggal dia kat dalam bilik sorang-sorang..nanti time awak x boleh kot..takut nanti kakak paksa awak minum susu dia ke, makan biskut dia ke..macam dia buat kat mama babah...penuh dengan paksaan!

sekarang ni tengah x de mood nak buat keje.nak -nak bila gaji x dapat lagi..bila la gaji nak dapat..mood raya tengah meluap-luap ni..oh ye, nak carik kasut raya untuk cikNia..kasut raya yang beli aritu dah lunyai..

0 comments:

Followers


up