Anakku Ceria Give away Contest

Satu lagi contets yang dijoin..saja-saja cuba nasib

Anakku Ceria Give away Contest

Berikut cara nak join:
1.Be a follower of http://mystory-noriza.blogspot.com/
2. Be a follower of http://jommainkutu.blogspot.com/
3. Put entry contest in your blog (sticky mode entry ya!) dengan gelagat anak anda yang paling ceria.
4. Copy the contest banner into the blog entry with the contest link in your entry http://mystory-noriza.blogspot.com/
5. Place the Contest banner in your sidebar with link back to the contest entry (no link back will be disqualified)
8. Leave a comment on this post (Anakku Ceria Give away Contest) for me to pick up the winner.

---------------------------------------

Ni gambar si comel saya


ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

ni lagu satu last minute contest yang nak dijoin..try & harap bukan error la..hadiah yang ditawarkan pun menarik..nak harap sendiri kuar duit utk photography, x tau la bila..


Hadiah yang ditawarkan adalah:

Pemenang Utama x 1 org:


Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~


******************


Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

ni cara2 penyertaan:

• Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
•Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
•Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
•Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
•Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
•Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
•AMARAN: no link back will be disqualified
•Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.

Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:


•Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
•Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
•Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
•Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
•Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
•Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
•Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
•SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
•SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
•Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
-------------------------------------------------------

ni gambar penyertaan saya..harap-harapnya ada la luck ek!


Nama : Nia Durrany Binti Noor Muhammad

Umur : 1 tahun 4 bulan (06/06/2008)

:: Mekah ::

Isnin lepas, Mama saya dapat panggilan daripada Tabung Haji mengatakan dia terpilih untuk ke Mekah tahun ni..suka sangat dia sampai menangis..started from that day, dia pun sibuk la siap kan barang-barang sebab Tabung Haji suruh ready je dulu, tarikh penerbangan depa x kasik lagi..hari-hari ada je orang tepon & datang wish tahniah & bagi tips-tips ketika di sana nanti..

& semalam, dah dapat tarikh

Berlepas pergi
31 oct 2009
7.15 mlm

Berangkat blk
25 dis 2009
4.05 ptg

Yen tanya saya, x sedih ke ?sedih dalam hati..belum tunjuk kat luar lagi..akan tiba jugak waktunya..

:: Progress Durrany ::

Sekarang Nia Durrany dah 1 tahun 4 bulan.

percubaan untuk keluar dari buai

Apa progress nya?

- Sihat, kengkadang selsema batuk, & sangat aktif
- Sangat pandai & suka bercakap, walaupun pelat …setiap hari ada je vocab baru…nasib baik
pelatnya tu still boleh paham..cth : nak susu..”nak tutu”..ok la kan?
- Kehidupan kami makin senang bila dia dah pandai request..bila merengek-rengek, kami tanya
nak apa?dia akan bgtau dia nk apa, nak makan ke, nak air masak ke..nak susu ke..so x payah
guessing lg cam dulu…tapi x suka betul bila nk cakap..”nak uar”= nak keluar..kaki ronggeng
betul la minah ni
- Lagu favourite: aliff oiam…bila orang nyanyi “please..please..”dia sambung ..”amu atal” =kamu
nakal (sepatutnya, “kamu jangan nakal”)..lagi satu, lagu “nur aceh” = nur kasih
- Bila dah pandai cakap, banyak la permintaan..sekarang kalau makan dengan babah kat dapur,
mesti suh babah angkat kerusi untuk dia..pastu kalau babah tepuk bila nak tidur, “babah, pok
ni”..ada plak tempat-tempat tertentu..
- Kalau amik telefon mama, selalu nak tangkap gambar mama..tapi kamera tu dipusingkan ke
muka dia…sambil cakap “yum mama” = senyum mama..camne tu?
- Masih suka minum air masak berliter-liter satu hari…dan mendatangkan masalah bila masuk
bab pampers..satu hari je, purata penggunaan pampers : 4 keping pampers “PetPet” & 1
keping “MamyPoko” = rm3..tu pun kalau x berak..kena kerap tukar, kalau lambat skit..bocor!
sebab kencing banyak..
- Makan?pantang Nampak orang dalam rumah ni makan, mesti minta..@ dalam kata
lain..makan je semua makanan..tak pilih langsung..termasuk la yang pedas, petai & durian..
- Kelmarin g check up kat klinik, berat Nia 10.5kg, kalau ikut graf still normal ..& kami request
ubat cacing sebab anak member lain semua dapat…
- Makin kerap minum susu, dulu 1 hari 2-3 kali je.
- Takut dengan lori yang berbunyi, contoh lori jual gas & lori surat khabar lama..sebab kalau dia
nakal, kami cakap “lori, amik Nia”..@ dalam bahasa Nia “wiwi amik tatak

Progress on Hani Durrany



Sudah 1 bulan..

- 90% breastfeed + 10 % susu formula (terutama lepas mandi)
- Kurang skit nangis masa mandi..kurang skit je, lebih banyak nangis..sampai Nia selalu ejek “dik
kut ye” =adik takut air
- Posisi tidur ada pelbagai, tapi lebih kerap tidur meniarap..
- Suka sangat buat bunyi: iyeaahhh, ngeh, ngek & dll..kesimpulan Hani memang banyak bunyi
compare to Nia ..mungkin kah ini kerana masa pregnant kan awak dulu mama...x pe la,
mungkin kebetulan..
- Bila nangis, lontaran vocal Hani sangat tepat & tinggi..pitching pun terletak ..@ dalam erti kata
lain..nangis kuat gila, macam kena dera..
- Berat sudah naik 1 kg (3.1kg ke 4.1kg)
- Secara purata 90% aktivit Hani ialah tidur
- Sudah angkat kepala, pusing kekiri & kanan..boleh berubah posisi tidur, dari keadaan menegak
ke melintang..
- Kalau nak tidur, sama ada Hani tewas di'n3n3n' Mama @ kena tepuk bontot (tender tepuk
menepuk ni cikSuami yang menang)
- Selalu berak & kencing, jadi pampers Hani ialah pampers yang paling murah ..xkira la brand
apa, janji yang paling murah kat dalam Babycentre tu..currently, Hani pakai brand Baby Like
economy..Alhamdulillah ok & x de rashes..
- Kembung perut?Alhamdulillah setakat belum pernah lagi

Semoga 2-2 Durrany MamaBabah terus sihat sempurna, bijak & menjadi anak yang solehah..kami sayang sangat awak berdua..

p/s: nak tulis progress Mama jugak..berat sebelum pregnant, 55 kg..setelah sebulan melahirkan Hani..56.5kg..suka!hehehe.. tapi still kena bantuan drpd pakar untuk menghilang part-part yang menggelebeh..keep slim or slim world?huh!

:: Puting & Buai ::


Dah lama x update..x masa & mood untuk menaip sebenarnya..Ni nak cite pasal keletah 2 Durrany saya ni..Minggu 1st dapat adik, Nia wat x heran je dengan saya & Hani sebab cikSuami cuti seminggu..Masuk 2nd week, cikSuami start keje..masa tu la dia tunjukkan belang..bila time nak tidur tu, macam-macam la perangai..nak mama buat tu la, ni la..memang menguji kesabaran betul!nak pegang adik pun tak kasik…pening jugak mula-mula..lama-lama, skit-skit kami ajar dia yang Hani ni adik, kena sayang adik..hari-hari suruh dia cium adik (lepas tu make sure kami kena cium dia balik), panggil nama adik..letak adik atas riba dia..sekarang ni, kategori OK la..bila saya nak make-upkan Hani, dia dok sebelah…pujuk adik dia yang melalak (memang dah jadi keturunan kot, 2-2 anak kami lepas mandi akan melalak kelaparan)..Nia ni sebenarnya sayang adik dia, tapi cara dia mungkin kasar ..

Berbalik kepada tajuk entry, Nia kalau nak tidur, mesti ada pakai puting..kengkadang tu, bila x tidur pun nak pakai puting, pastu letak sepah-sepah..so saya decide untuk stop bagi puting..saya potong puting Nia (ikut cara KakIda opismate)..1st time Nia suck, dia kuarkan balik..dia dok belek-belek puting tu..agak nya nk make sure yang tu puting dia @ x..pastu suck lagi..pastu dia campak…adik saya tanya kenapa?sedap puting ni..dia jawab sambil geleng..”nanak”…esoknya, bila dia minta puting, saya bagi lagi puting tu..dia bagi reaction yang sama gak..masuk hari ke-3, x minta puting langsung..& kalau Nampak puting tu pun, buat dek je..huh, senang keje Mama

Pasal buai plak, Nia ni memang tidur buai kalau waktu siang..tapi memandang kan Hani ni pun bakal mengikut jejak langkah kakak dia (bila dah 3-bulan), so kena ajar Nia tidur bawah dari sekarang..dia ok je, tapi nak tidurkan tula yang seksa skit..bilik kena sunyi yang boleh menyebabkan orang yang nak menidurkan dia tu pun tertidur sekali(kekadang dia x tidur pun, orang yang menidurkan tu yang tertidur)

CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

saja- saje nak memeriahkan contest anjuran orked
CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

ni syarat-syarat penyertaan :



- Jadi follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda

- umur sicomel mestilah tidak lebih 2 tahun

- letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini

- dalam entri itu, upload satu (1) gambar sicomel yang berada didalam walker

- sila nyatakan nama si comel dan umurnya

- bila dah siap, tinggalkan link entri anda dientri ini.


-------------------------------------------------



Ini gambar untuk penyertaan saya :


nama: Nia Durrany Binti Noor Muhammad

umur : 1 tahun 4 bulan (06/06/08)


Pendapat saya tentang..


Kebaikan Walker:

1. membantu sicomel meningkat skill motor nya terutama untuk berjalan

2. memudahkan saya bagi makan si comel



keburukan walker:

1. perlukan ruang yang besar untuk menyimpan (sebab walker Nia besar)


:: Panas ::







Rumah jiran terbakar..so letrik x de kejap..& kami kepanasan..

:: pic Raya ::




Followers


up