:: Tulang Rusuk ::

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).

Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita
untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka
menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu
mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara
spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata
bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang
air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya,
bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri
tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan
bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,
sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan
sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia
merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di
mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya
oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.

Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk
kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar
bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang
telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita
cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu
datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan
kita, semua sudah terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata
kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira
merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

:: the very best ::

I'm trying my best from myself to everybody, in everything..InsyaAllah

:: Menghitung Hari ::

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis --- 4 hari lagi..yahoo!

:: @ Penang ::

Ni cuti-cuti Malaysia bulan lepas, waktu tengah dalam berpantang tapi hujung-hujung dah..ikut cikSuami g Penang, dia ada audit..dok hotel je sebab hujan..x de apa yang menarik..layan je la gambo ni ek


:: Pahang ::

cikSuami ada kursus kat Pahang, so teringin sangat nak bawa la isteri & anak-anak tersayang bercuti-cuti Malaysia...tapi masa tu musim tengkujuh plak..kesudahnya duduk saje kat hotel..2 malam pertama kami stay kat MS Garden..aktivitinya saya & anak-anak, turun bawah makan , pastu jalan-jalan 'tengok' pool..ye tengok je ek!..pastu mandi kat tub dengan Nia..tu je..oh ye, kat sini Nia telah men'stamp'kan tangan nya kat iron yang tengah panas masa MamaBabah sibuk siap-siap nak g dinner dengan bos..muka selamba je cakap "ma, anas ma.."= Mama, panas mama..kelam - kabut saya g amik ubat gigi tepek kat tangan dia sambil membebel kat dia..dia wat dek je..sakit belum sampai la tu..bila ubat gigi dah kering, baru nangis kesakitan..budak baik memang begitu..

last day tu, cikSuami bawa g tdo kat Hyatt @ Teluk Cempedak..hujan jugak sepanjang kat situ...tapi sebab tak tahu la bila lagi akan sampai lagi, time renyai-renyai bawa Nia mandi pool & g pantai jap..pastu sambung plak mandi tub dalam bilik..sehari lepas kami balik, Kuantan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sebab air kat Sungai Pahang dah melebihi tahap bahaya..huh, nasib dah sampai Bangi

@ MS Garden ..tengah tunggu bilik dikemas

Tepung Gomak
tangan yang dicop kat iron

mandi manda disini la..

teruja nya tengok swimming pool..tapi setakat tengok je la

saya sayang adik saya!

@ Hyatt Teluk Cempedak

kakak baik, adik suka..

caught in the act

otw back to bangi

:: december routine ::

Pagi : Siapkan diri untuk ke opis, n3n3n kan Hani, pump untuk Hani, siap kan anak-anak (tukar
pampers, isi botol air masak Nia
)..Kalau ada kain yang basuh malam tadi, cikSuami take turn
jemur kain..rushing antar anak-anak (Nia dok kat utara, Hani dok kat selatan..penat woo)..ye,
rushing!cikSuami punch card dulu, pastu baru anta saya g opis..

Tengahari : keje + pump + makan + solat + keje + pump

Petang : cikSuami amik kat opis, gerak amik Hani diBangi..kemudian baru amik Nia
dikajang...pastu balik rumah diBangi (dah nak maghrib)..bak kata bbsitter Hani..anak-anak
besar kat jalan je ..x pe, bulan ni je ek!


Malam : masak + basuh kain + iron baju untuk esok + n3n3b kan Hani + tidur


soalan biasa..

"nape x suruh along jaga Nia?"
Jawapan : ye, memang kakak saya sekarang tak bekerja tapi tengah cari keje..nanti kalau dia
nak g interview @ nak kuar, susah plak dia..

"x pun, nape tak tinggalkan Nia kat umah nenek dia? ujung minggu baru amik.."
Jawapan : Selama dia hidup ni, baru 2 kali saya tak cium dia masa dia tidur..means, baru 2 kali
kami tak tidur bersama..jadi, tidur berasingan?belum lagi kot buat masa ni..x sanggup

"x pun nape x letak Nia & Hani kat babysitter yang sama?"
Jawapan : Nia sudah kenal orang..jadi agak selective skit..tapi budak-budak, biasa la kan kalau
1st time dengan orang yang x biasa sure nangis kan..tapi lama-lama OK la..tapi
cikSuami kata x payah la..siankan Nia, nanti Nia rasa macam kami x sayang dia
plak..ada plak gitu!huh..


kesimpulannya, bulan ni hidup kami agak kelam-kabut skit..jadi benda-benda yang tak penting, memang tak pkir dulu..harap-harap bulan depan OK la skit..

Tak sabar tunggu Mama balik, rindu sangat..

Followers


up