:: Rangsang Bahasa Si Manja Walaupun Anda Ibu yang Sibuk ::

Taken from ratuhati

Ibu bapa inginkan semua anak-anak mereka mahir berbicara. Namun kesuntukan masa terutama bagi ibu bapa yang bekerja menyebabkan masa berkualiti bersama anak-anak amatlah terhad. Kita juga bimbang tidak dapat membimbing tahap-tahap awal perkembangan anak-anak kita terutama dari segi perkembangan perbendaharaan kata mereka.

Saya ingin berkongsi tip-tip yang boleh kita aplikasi terhadap pembelajaran anak-anak kita walaupun kita sangat sibuk dengan urusan kerja.

Gunakan masa dalam kenderaan

Banyak yang boleh dipelajari kanak-kanak semasa dalam perjalanan. Jangan hanya melabelkan benda seperti “lori”, “kereta”, “bas” sahaja tetapi mestilah dituruti dengan penerangan terhadap objek tersebut “ lori tu besarnya” “Eh! Eh! Bas tu berhenti... Adik, bas berhenti”. Dengan ini kita dapat merangsang lebih banyak bahasa si manja.

Gunakan masa di dapur.

Ketika sibuk memasak, tidak salah kita memberi peluang kepada anak-kita bermain di dapur. Berikan benda dapur yang tidak berbahaya seperti cawan dan pinggan plastik, periuk dsb. Sambil memasak, berkomunikasilah dengan anak anda. Ceritakan apa yang anda hendak masak, apa yang anda sedang lakukan, apa yang si manja anda sedang lakukan.

Gunakan masa di bilik mandi

Waktu mandi adalah waktu yang paling menyeronokkan buat si manja. Anda boleh membantu si manja mengenali anggota badan mereka, mengenali fungsi anggota badan mereka. Anda boleh membantu dengan membuat bunyi-bunyi yang menyeronokkan semasa mandi, bermain dengan buih, memperkenalkan perkataan seperti busuk dan wangi dan lain-lain.

Gunakan masa semasa menyuap si manja

Masa makan tidak seharusnya sekadar menyuap si manja sehingga kenyang. Ceritakan tentang makanan yang kita suapkan. Ceritakan tentang kebaikan makanan tersebut kepada si manja. Jadikan masa makan sesuatu yang menyeronokkan. Ubah cara suapan dengan berlakon seperti kapal terbang membawa makanan lalu terus masuk ke dalam mulut si manja. Komen rasa makanan dengan mimik muka seperti " Mmmmm.. sedapnya bubur ni"

Jika si manja ingin merasa makanan anda, berikan sebab kenapa si manja tidak boleh memakannya. Buat aksi panas, pedas, masam dengan mimik muka yang berlebihan.. Pasti si manja akan seronok dengan waktu makan mereka.

Saya akan berkongsi lebih banyak tip-tip berharga dalam artikel akan datang.

Walau sesibuk manapun kita, luangkan sedikit masa bersama si manja anda.

:: Exam, Rumah, Taska , Durrany ::

Salam..

Mana nak mula?..ehm..this week start exam, cuma 3 paper untuk sem ni..tu pun semput-semput nak mengharunginya..ada 1 proposal & 1 jurnal yang duduk mengeraskan diri nya didalam laptop ni..mengharapkan tuan nya meng'edit'..hadoi..belum start study, tapi dah start niat nak study..dah dapat pahala tak agak-agaknya untuk itu?

Rumah?enSuami dapat kuarters di presint tuttt..untuk langkah keselamatan, terpaksa di tutt kan..dah pergi tengok, Durrany pun dah sampai..Nia tersangat lah suka sebab playground hanya beberapa meter dari rumah..Hani pun suka, bila kakak suka..biasala, kakak ku idolaku..mama tak de rasa apa, sebab kepala dok pkir study, nak rasa suka pun idak, nak rasa tak suka pun idak..ala, bukan rumah sendiri..rumah kerajaan ..but, rumahku, syurgaku..InsyaAllah....cadang-cadangnya nak masuk hujung bulan ni..tapi satu apa pun tak pack lagi..cuma plan je sekarang...bila nak amik kunci, nak drill mendrill, cuci mencuci..sure penat tahap gaban..

Since rumah pun dah jauh dari umah onni, so MamaBabah bercadang untuk menghantar Durrany ke Taska..ni satu lagi hal besau ni..kalau ikut ensuami, stay je degan onni, means , kami akan menghantar mereka setiap pagi ke rumah onni..jauh la..anak pun nak masuk 3 orang, sian kat Onni..jadi saya tengah mempertimbangkan untuk mengambil maid yang akan diletak tempat kan dirumah onni @ hantar Nia kesekolah @ Nia & Hani ke sekolah..

Updates on Durrany plak..kakak Nia macam biasa la..orang yang bertanggungjawab menceriakan rumah tangga kami bersama-sama Hani..Hani plak , dah macam-macam perangai, hasil tunjuk ajar kakak tercinta..terima kasih kakak..2-2 sangat membahagiakan...little Durrany inside womb ni pun membesar dengan baik...Alhamdulillah..awak sangat suka ek bila kakak sayang awak..

itu sajalah cerita saya kali ini..berjumpa dientry akan datang..

:: separa potty training ::

hehe, separa?ye, separa training..sebabnya time nak berak je Nia bagitau..kalau kencing tak dapat nak kawal..dan secara jujurnya, babah sebenarnya yang train..mama tak reti nak ajar camne...lagipun nia bukan nak dengar sangat kalau mama cakap..so far so good, keep up the good work sayang..lepas ni babah ajar training untuk kencing pulak ek..

:: Mengatasi masalah kuat marah pada anak ::

Taken from FB...

Mengatasi masalah kuat marah pada anak Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia.

Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa/mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.

Buah hati mamaBabah...

:: Durrany ::

lama rasanya tak update blog ni..bukan tak de idea, tapi virus 'M' terlalu banyak dalam diri..taip-taip skit, pastu save as draft..kesudahnya berderet posting yang statusnya 'Draft'...lately agak sibuk dengan exam , test & project..yang tak tahu lagi arah tuju nya..masih mencari tune..

Anak-anak membesar dengan sihat dan aktif, betul la kata orang, untung punya anak ramai...walaupun anak saya baru 2 orang, tapi riuhnya macam 12 orang..2-2 sangat keletah..dulu saya sangka kan Hani seorang yang pasif: pasif daripada Nia..but slowly i learn to accept, tak semua anak sama..Nia sebagai anak yang sulong, telah meletak satu benchmark yang agak tinggi dari segi perkembangannya...but again, tak semua anak tu sama..kalau Nia , membesar dengan 'besar'..Hani membesar dengan saiz yang ala kadar...kalau Nia berjalan pada umur 10 bulan, Hani berjalan pada umur 11 bulan..kalau Nia hanya dapat rasa susu Ibu , lebih kurang 3 bulan sahaja @ may be less than that, Hani dapat 6 bulan bfm..kalau Nia sudah cakap 'mama' pada umur kurang 1 tahun, Hani masih tak pandai cakap 'mama' sehingga entry ini ditulis..tapi yang pastinya Nia tetap Nia, Hani tetap Hani..2-2 sangat membahagiakan..ye, terlalu membahagiakan..tak dapat rasanya nak teruskan hidup ini tanpa mereka & cikSuami tercinta..

Sekarang, Nia & Hani dah jadi bestfriend, Hani ecspecially, akan ikut je apa yang kakak dia buat, kakak memanjat, dia pun naik join..kalau ditegah, pun tak jalan..kakak joget dia joget..depa pun dah pandai gaduh..kakak rampas mainan dari adik, adik rampas balik...kengkadang kitaorang biarkan je...lumrah la adik-beradik gitu..tapi kalau dah kronik sangat, baru la babah akan bertukar jadi superman , tak pun mama berubah jadi shrek..hehehe

Tahun depan Nia dah 3 tahun, kejap je rasanya...sekarang dah sibuk berangan nak pergi school..cikSuami pulak dah berbuka mulut pasal nak hantar Nia pergi school..tapi segalanya tidak semudah yang disangka..actually school hunting for Nia dah start hampir setahun yang lepas..huhuhu..banyak betul kriteria nya..makBapak dia nya cerewet..but few school have short listed..tapi ni semua melalui pembacaan and review melalui internet je..insyaAllah selepas mama Nia dah abih exam, baru kita pergi terjah schools ni ek..


Kakak Nia yang bijak...



Hani yang manja

:: baby sales lagi ::


Products Offered

Kidswear (Age 1 – 14)

Location (Tel: 603 8068 8888)

KIKO Garments Sdn Bhd

No. 1 Jalan Industri PBP13

Taman Industri Pusat Bandar Puchong

47100 Puchong

Selangor Daru Ehsan

Malaysia




Products Offered

Baby, Kids & Adult Fashion

Brands Offered

Disney

Coccon

Little Polo

Anakku

BearHug

Carter’s

and more

Time: 12pm – 12am

Location (Tel: 6016 666 0316)

Dewan Serbaguna Precinct 16

Alamanda Putrajaya

(near Alamanda Shopping Centre)


Saya dah pergi yang kat Putrajaya tu..best..nak pergi lagi kalau ada duit..bilakah?

:: pregnant..pregnant lagi ::


no..no..no..saya tak pregnant..tapi saya nak dan sudah bersedia untuk pregnant kali ke-3..cikSuami pun dah ready nak jaga 3 orang anak..ehm, bunyi agak gelojoh..tapi tu la, nak capai target, 4 orang anak sebelum @ pada 30 tahun..pastu stop pregnant sehingga dapat satu tarikh yang akan ditetap kan kelak..ececeh

seronok bila pregnant ni..sebab akan ditatang bagai minyak yang penuh..hehehe..tapi paling tak seronok bila dah lepas pregnant, waktu pantang..jalan terkepit-kepit, pantang makan, nak kuar umah pun tak boleh..adeh..

kepada rakan -rakan ku :

Nana dan siti :
semoga selamat melahirkan anak kedua kalian..best of luck!


Effa :
akhirnya..setelah sekian lama...jaga diri and kandungan baik-baik...long way to go..


si A:
jadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran ok..please take care of yourself and
baby
dalam perut tu..


Si B :
walaupun ko kata tak approve lagi..aku tahu sebenarnya +ve..jaga diri
baik-baik..kalau
boleh, suh baby keluar pada waktu yang sesuai ok!


Makngah Nana : good luck!


:: padah bila dah terjebak ::



Tak tahu la apa nama permainan ni ..tapi yang pastinya Durrany sudah terjebak dengan benda alah ni..kalau sebelum ni, Nia setakat pandang je..tak pernah minta nak naik , apatah lagi nak main..sebelum ni kalau pergi kedai Manjaku, Nia akan cakap "tu adik punya mainan kan mama?"..hehe..sekarang tidak lagi..ni semua gara-gara masa jalan-jalan @ jusco last weekend..mulanya Nia nampak beberapa orang kids lebih kurang besar dia, dok main happy-happy kat situ..Nia pun mencuba kaedah cuba & berjaya..mungkin that day Allah dah bukak kan pintu hati mama nak bagi Nia main ni..hehehe..1st time dalam idop..seronok gila..tapi yang kecik tu paling seronok..dia yang dok putar stereng dengan bersungguh-sungguh sekali..

Esokkan harinya, mama request nak breakfast kat restoran chaiyok sebab nak makan bubur..lepas breakfast, saja-saja la merayau kat alamanda..berbekalkan pengalaman semalam, bila nampak je mainan ni, Nia terus meluru mendapatkan nya..dapat main kejap, jadi la..nasib baik la Nia bukan jenis budak yang akan berguling-guling kalau tak dapat..tapi dekat public je, kat rumah berguling-guling jugak..sure lepas ni, kalau nampak je mainan ni, Nia akan request nak main..so mamaBabah kena selalu prepare syiling la..ni la akibat nya bila dah terjebak

:: Just to share..::



Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar


Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi.
Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. ..lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan
meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : " Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel . Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang
lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk
menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...


Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...




Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

:: Acting like a pro ::

Semalam tak de class..macam biasa sampai je rumah banyak la tugasan yang menanti..but i noticed something: i don't have to remind cikSuami to do that..to do this...act like a pro..naik atas,dia terus tukar baju, masak air..pastu terus check pampers cikNia , dah penuh @ tak..then mandi..solat dan buat susu anak dan makan malam..pukul 9 , dah panggil anak-anak untuk tukar pampers ...prepare tempat tidur Nia and buai Hani..saya buat apa?tolong yang mana patutnya ..semua job list macam dah siap dalam kepala..kalau dulu, semua benda kena bagitau..masak air, tukar pampers, isi bekas air masak..huh...kalau tak, tak buat..saya akan buat keje bahagian tingkat bawah, basuh membasuh, masak..Hani sekarang semakin lasak..leka je skit main tangga, tak pun masuk bilik air..panjat sana-sini..sekarang dah ada skill baru, bila tengah dibuai, kalau dia agak-agak nak main lagi, terus bangun, duduk dan terjun!tak larat nak marah lagi dah..semalam masa cikSuami tengah buai, 4-5 kali la dia buat perangai gitu..."ni lah sebab babah nak duduk je dalam kereta!"

ikat macam ni nak?

:: @ class ::

Saya terpaksa suka kelas hari khamis..so in order untuk mensuka kan kelas tu..kena bagi injection hormon suka tu..caranya?bervideo call bersama-sama the other half of me..

::Apakah ini semua ? ::

situasi 1:

Mama dah ready nak solat..dah berdiri tegak diatas sejadah..tetiba Nia datang berdiri kat sebelah..mama terdiam dan kami saling berpandangan..tetiba Nia berkata "b, amik anak ni b.."

situasi 2 :

Mama sakit kaki. Jadi mama minta tolong babah picitkan..tetiba Nia baring, dan meletakkan kaki nya diatas peha babah sambil berkata "babah, tolong picitkan kaki kakak, kaki kakak sakit.."

situasi 3 :

Mama bukak laptop babah..tetiba Nia datang "janganlah mama..ni babah punya..tutup"..Nia tutup dan berlalu pergi..tapi bila babah buka laptop mama, Nia kata "x pe, babah pinjam je "

apakah ini semua?

:: Tips elakkan ngantuk ::

Taken from my email..




Ramai orang mengantuk apabila berada dalam bilik kuliah. Saya yakin kebanyakan mereka tidak berniat pun untuk tidur, cuma..ntah la..kita memang senang terlelap dalam bilik kuliah.Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang di ajar susah difahami dan membosankan.Bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku? Saya sebenarnya tidak layak langsung nak cakap bab ni, sebab saya selalu jugak tertido dalam kuliah. Bukan sebab saya tak cukup tidur. Bukan sebab saya malas, tapi….mungkin sebab keadaan terlalu senyap, subjek susah sangat nak faham dan bosan.

Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk:


1. Sila BELI GULA2 GETAH dengan kuantiti yang mencukupi. bila lecture start jer ,makansekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak ngantuk.Amalan ini saya telah praktikkan kepada seorang kawan saya yang mudah sangat mengantuk.Lecturer baru start mengajar kat depan,dia dah menguap. Saya fikir punya fikir, lantas untuk kelas seterusnya saya pun beli chewing gum yang bewarna warni khas untuk dia,memang berkesan usaha ni. Dia dah tak ngantuk malah lebih bersemangat lagi.Betul atau tidak anda kena cuba sendiri..hehe

2. bawaklah SEBOTOL air masak. otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air,bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa ramai yang sanggup buat tips no 2 ni sila angkat tangan? tengok orang cina, rajin bawak air.orang melayu ni susah sangat. bajet macho/cantik la. dah..dah..jangan malu. Beli botol air yang cantik,letak dalam beg. OK?

3. Bila ngantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!!bukan untuk balik umah atau tido, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni.

4. kalau ngantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas,suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat,jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.

Mungkin ini berguna kepada anda dan saya..

:: My 3rd Anniversary ::


07.07.07 ~ 07.07.10

Sudah 3 tahun kita hidup bersama..semoga kita akan terus bahagia bersama-sama Durrany, hari ini, esok dan selama nya..amin..i love you so much sayang!

:: dah besar ::

malam tadi..babah & Nia berbaring-baring atas tilam..

babah : "kakak tdo la.."
Nia : " tak nak "
babah : "kalau tak nak, garu kepala babah"
Nia : "tak apai la bah " = tak sampai la bah

babah pun gerakkan skit badan kearah Nia

Nia : "ee, paye babah batah " = kepala babah basah
babah : "ye la, babah kan baru lepas mandi..garu cepat.."
Nia : "tak nak lah.."
babah : "tak nak?nape tak nak?"

Nia : "BABAH KAN DAH BETA..GAYU LA TILI..KAKAK PUN DAH BETA"
= babah kan dah besar,garu la sendiri..kakak pun dah besar..

babah : diam tergamam..

hahaha... so lepas ni babah tak boleh la request kat Nia suh garu kepala ek..babah garu sendiri..babah kan dah besar..kakak pun dah besar..

:: Mama sayang Durrany ::

Malam tadi masa bagi Nia makan..

Nia:"Mama tak ayang tatak "
Mama :"apa dia ?"
Nia : "mama tak ayang tatak"
Mama : "apa dia kak?mama tak paham la "
Nia :"mama tak ayang tatak"
Mama : "mama tak sayang kakak?"
Nia : "ehmm.."
Mama :" sapa cakap?mama sayang kakak..sayang sangat.."
Mama tarik Nia, peluk dan cium......cried..

Mama :" mama sayang kakak ..sayang sangat..ingat tau!mama sayang kakak..sayang adik..mama sayang semua anak mama..kakak kan anak mama..adik pun anak mama..mama sayang semua..mama sayang semua Durrany.."

Sama ada Nia betul-betul nak bagitau perasaan Nia tu @ Nia just cakap apa yang dalam tv cakap, tak kisah la sayang..mama just nak Nia tahu..mama saaaaaaaaaaaaaaayanggg sangat dengan kakak dan adik..sangat sayang...sangat,sangat,sangat sayang....mama sayang Durrany..

:: Updating ::

sapu - sapu skit, banyak plak daun kering yang sepah-sepah..lama rasanya tak update blog ni..ntah apa la yang disibukkan sangat..

bulan ni (bulan Jun), ada beberapa perkara yang berlaku...nak cerita panjang lebar pun tak larat, jadi cerita yang penting-penting je la ek..penting ke?..


6 Jun

Nia Durrany genap 2 tahun..kami buat birthday party skit, jemput sahabat-handai dan jiran terdekat je..maaf pada sesiapa yang terasa sebab tak dijemput..jujur nak bagitau, plan majlis nya kecik je, kos pun kecik je...jadi paham-paham je la ek.kalau nak puas kan hati semua orang, tu dah macam misi mustahil la..ada yang cakap, tak kisah la kecik pun, jemput je la..tapi secara rasionalnya kami sebagai tuan rumah, memang la boleh nak jemput sekampung orang datang majlis tu, tapi nanti kalau tak cukup makan minum , camne..diulangi sekali lagi, budget nya kecik je..insyaAllah, kalau ada rezeki lebih nanti, lagi besar la majlis nya..ok!



Ni hadiah dari mamaBabah..Memang dia minta nak basikal..dan basikal tu pun dia sendiri yang pilih..




Gambar pooh yang tengah bersedih


Perkahwinan Kauthar & Asyiqin

Saya dapat biras baru kerana adik ipar sudah berkahwin..dapat orang Subang, dekat je..semoga bahagia, kekal ke akhir hayat..cepat-cepat la ek menimbang cahaya mata..takut kakak dan abang mu meninggalkan kamu berdua jauh kebelakang..hehehe



Perkembangan Durrany

ni part yang paling best..bercerita mengenai anak-anak dan cikSuami adalah perkara yang sangat membahagiakan..tak dapat nak bayangkan hidup tanpa mereka semua..

Nia Durrany, macam biasa, sangat kepochi..lagu dah macam-macam siap bergaya dengan mic lagi kalau nyanyi..mic nya ialah botol susu, pin bowling mainan dia..makan pun dah macam-macam, sudah makin bijak untuk request macam-macam jugak..ehm, yang paling tak tahan, "jom mama, g beyi apan.."= jom pergi beli sarapan..nampak sangat mama dia malas masak..uwaaa..

Hani Durrany begitu juga, cuma bulan ni selsema agak lama..masih dalam stage nak berdiri tanpa pegang apa-apa..masih lagi tak boleh ditinggalkan kalau kat rumah onni (menangis 24/7)..aduyai adik..tapi sudah pandai bergaduh dan cari gaduh..aksi rebut-merebut barang antara 2 Durrany ni dah biasa..kalau Hani yang menang, siKakak mula la ngadu..kalau kakak yang menang, adik?adik buat muka tak de perasaan..hahaha..pernah sekali tu, depa berdua berebut permainan piano..piano tu kecik je..sorang tarik, sorang tarik balik..last sekali, Hani menggunakan cara kotor untuk menang dengan baring atas piano tu..jadi kakak payah la skit nak tarik..oh Hani masih belum pandai sebut mamaBabah..dia tau sebut ji-ji..tak tau la amende maksudnya..

bulan depan anniversary kami yang ke-3..3 tahun sudah, dan anak masih 2..hahaha..mulai bulan depan, kami bercadang untuk menambahkan bilangan ahli keluarga..harap-harap kali ni dapat la seorang hero..semoga murah rezeki kami sekeluarga..insyaAllah, kalau ada rezeki dan dipermudahkan semua urusan, sesuatu akan berlaku bulan hadapan..apa dia?tunggu...

:: looking for job vacancy ::

saya sedang mencari pekerjaan sebagai programmer @ SA area bangi, serdang , putrajaya & kajang. sesiapa yang ada info, tinggalkan la comment disini ek..tq

:: Surat cinta untuk yang tersayang ::

Sempena World Cup..

:: Kia Forte ::


hehehe..semalam 1st time naik Kia Forte..agak jakun jugak la..
myOpismate punya kereta..since ni kereta baru & model baru, harus la cantik kan?lagipun design nya memang menepati citarasa saya..harap-harap cikSuami baca la entry ni..tapi MyVi hitam tu pun ok gak..dia bawa kami (saya & beberapa opismate yang lain) pergi makan Nasi Ayam Dara @ presint 9...tu pun setelah 10 liter air liur saya & cikFM habis memujuk tuan punya kereta untuk melenjan kan kereta nya, bila agaknya dapat naik Jazz Biru pulak ek?...selesa sungguh bila duduk dalam kereta baru..ahaks!bak kata Maa,"macam bukan naik kereta rasanya.."ehm, may be dia rasa macam naik jet kot..hahaha..


Banyak sangat button kat dalam kereta ni kalau nak di comparekan dengan siComel MyVi saya..takut-takut salah tekan terbang plak Forte tu..hehehe

:: updating on Durrany ::

saya sangat seronok bila bercerita tentang Durrany..sangat bahagia..sangat teruja..mestila kan..anak sendiri..itu la racun, itulah penawar..

Nia Durrany dah nak masuk 2 tahun..kejap je rasa dah nak masuk 2 tahun..tapi kalau orang tengok dia, orang selalu cakap dia bukan macam budak 2 tahun..sebab fizikal nya yang agak montel..dengan kepochi nya yang macam budak besar tu..i have to admit la, bila dia jadi kakak, dia cepat matang..Nia sangat kepochi dan kepala nya sangat pandai auta..MamaBabah selalu kena ada jawapan sepantas kilat untuk soalan-soalan, kenapa?mana?siapa?macam mana?..sekarang baru saya rasa apa yang Mama saya rasa dulu..sebab saya pun kepochi gak...bila time penat sangat tu, alahai..malas la sangat..pernah satu masa tu, Nia merengek nak suruh pasang ubat nyamuk sedangkan masa tu ubat nyamuk dah abih..bila kita explain kat dia, ubat nyamuk abih, hari dah malam, kedai dah tutup..tak boleh beli ubat nyamuk..tetiba dia tak mau terima plak explaination cikSuami, paksa juga suh pasang..oh, ni satu la bad habit dia..bossy ok!adoi..last sekali cikSuami cakap tidur je.malam ni nyamuk tak de..NYAMUK CUTI..terus Nia diam..agaknya tengah memikirkan kebenaran statement Babah kot..

Nia masih lagi memegang title anak Babah..anak babah bukan sahaja bermaksud, adik tak boleh bermanja dengan Babah, termasuk lah mama jugak ok!Masih tak mahu beralah dengan adik, kalau bab mengkedekutkan barang, dia memang champion..selain bossy, dia jugak kakak yang garang..masa Hani merengek sepanjang malam due to gigi nak tumbuh,pagi tu, Nia marah Hani .."apsal nangis?nangis je..bising tau..kakak nak tido..amboi, biasa dia tu!"..huhu, macam la dia tu dulu baik sangat..ni dengar ek cikNia Durrany..awak pun sama je ek..SAMA ok!

sekarang kalau time nak turun @ naik tangga rumah, selalu gaduh dengan Babah..sebab tak nak bawak botol air masak..Nia claim botol air masak dia berat..so dia suh Babah yang bawa..sebenarnya bukan berat, tapi tulang yang berat @ malas..kalau dia bangun tidur dulu sebelum adik, dia akan memekak tepi telinga adik, sampai adik bangun..kalau adik dah bangun, dengan senyuman bangganya, dia akan cakap kat mama "ma, adik dah bangun"..pastu main dengan adik, pastu buat adik nangis..pastu biarkan suh mamaBabah handle..bijak kan?kalau adik tak bangun jugak, dia akan cakap "tido je!"..sekarang ni lagu favourite dia, nenek-nenek sebongkok 3, dulu menggegar dunia..kekadang Nia akan tukar watak dalam lagu, nenek kepada adik..memandai je..

Hani Durrany plak sudah meliar..sangat aktif kesana -kemari..kalau tak dapat sesuatu yang dihajati, awak terus menjerit..setiap hari Mama akan dapat aduan dari Onni awak, awak asyik menangis je..tak boleh kena tinggal...adoi la adik, nape awak ni?rambut masih segan nak memanjang..kalau bawak ke mana-mana, orang cakap awak ni BOY..kalau mama pakai kan headband plak, macam poyo plak..pergi klinik je pun..dressing macam nak pergi KLCC..gigi sudah ada 3 batang..makan sudah macam-macam..pagi tadi awak breakfast kuah lontong..sedapkan?hehehe..awak tak pandai duduk lagi, tapi sudah mahu panjat sofa...

yang kecik sorang ni, anak manja Mama..baru nampak mama pakai cantik skit, sure membontot..takut kena tinggal..kalau kat kedai makan, Mama pass Hani kat Babah, then mama beralih tempat duduk sekejap, awak dah meraung macam Mama nak pergi London..adoila sigondol!sudah pandai jugak mencari pasal..MamaBabah dah bagitau kan, botol air masak kakak jangan usik..Hani kan dah ada botol sendiri..apsal suka lagi minum air masak kakak?pastu buat muka selamber je ek!kalau tak pun selalu nak pergi bilik air..bila babah panggil nama , pandai awak stop ek..tapi setakat stop je la..bukan reti nak patah balik pun..

anak-anak MamaBabah, semoga awak semua menjadi insan yang berguna, berakhlak mulia dan solehah..mamaBabah sayang sangat Durrany!mama tak sabar nak celebrate besday kakak ni..

:: ILI ::

i'm back..last week saya MC ...saya disahkan kena virus ILI..rasanya letih, pening, penat sebab batuk & selsema...yang part selsema tu yang paling penat..rasa sesak nafas..2 hari pertama MC sebab demam biasa ,doktor kata la..then masuk hari -3 tak baik-baik juga..demam on off..malam badan dah hangat..tak pernah-pernah ubat demam tu abih, kali ni memang abih la..memang sangat berdisplin..since demam pun dah 3 hari,so pergilah gov hospital ..pergi Hospital Serdang..cerita la kat doktor all the simptoms, so encik doktor suh pergi klinik kesihatan, amik darah..dia cakap suspected dengue..so keesokkannya pergi la check darah..result shows that everything ok..it just ILI..just?wa cuak beb!doktor bagi MC & suruh abiskan tamiflu dalam masa 5 hari..so sekarang, sudah kembali bersemangat untuk bekerja..pada semua yang demam,batuk @ selsema ..better pergi check..bukan apa, mencegah itu lebih baik daripada merawat..

:: ConTest "Tidur Paling Comel" by InfantiaHouse::


NI satu lagi contest yang saya join...

  1. Jadi follower blog InfantiaHouse ... --DONE
  2. Letakkan banner di atas di ruang sidebar blog anda... DONE
  3. Copy & paste tajuk entry anda seperti diatas dan pastikan buat link ke..
    http://infantiahouse.blogspot.com/2010/03/contest-tidur-paling-comel-by.html
    terus ke blog InfantiaHouse... DONE
  4. Letakkan Gambar anak yang yang berumur 0 - 4 tahun. DONE
  5. Gambar tu mesti gambar bayi yg tengah tidur nyenyak bersama bantal.
    ( tak kisah la nak aksi mcm mana..yg penting dia sedang enak tidur dan aksinya mencuit hati...)
    DONE
  6. Baby tu tak semestinya anak anda..letak anak sape2 pun boleh, yang penting baby tu mesti ada pertalian darah dengan anda. DONE
  7. Letakkan juga nama, umur, tarikh lahir dan warna kesukaan dia (untuk hadiah nanti) DONE
  8. Dan jgn lupa, tinggalkan link utk penyertaan anda dalam comment box dlm entry ni... DONE
  9. Disebabkan beberapa permintaan dan ramai yg baru tahu contest ni..pihak syarikat telah bersetuju untuk melanjutkan lagi contest ni sehingga 31 Mei 2010 jam 11.59mlm~~ cepat2 jgn lambat yer....
Hadiah untuk contest ni..

dan gambar yang dipertaruhkan ialah gambar anak saya sendiri..
.
.
.
.
.
.
.
.


Nama : Nia Durrany Binti Noor Muhammad
Umur : 1 Tahun 11 Bulan
Tarikh Lahir : 06.06.2008
Warna Kesukaan : Pink

:: lensaMama Cutest Baby in Red Contest ::

Nama : Nia Durrany Binti Noor Muhammad
Umur : 1 Tahun 11 bulan

Nampak salby join contest ni..tetiba teringat gambar Nia masa kat Cameron.ni syarat-syarat untuk join contest ni.contest ni ditaja oleh lensaMama, Pinky Frog Shop & Funky Mama

how to join this exciting contest?
1. Be a follower of lensaMama, Pinky Frog Shop and Funky Mama. --DONE
2. Include lensaMama, Pinky Frog Shop and Funky Mama in your blog list. --DONE
3. Copy lensaMama's badge to the sidebar of you blog and link it to http://lensamama.blogspot.com/ --DONE
4. Copy Pinky Frog Shop's badge to the sidebar of you blog and link it to http://pinkyfrogshop.blogspot.com/ --DONE
5. Copy Funky Mama's badge to the sidebar of you blog and link it to http://funkymummies.blogspot.com/ --DONE
6. Write a blog post of this contest with title 'lensaMama Cutest Baby in Red Contest' and mention the name of the sponsors. --DONE
7. Put in your baby's photo (you may post more than one photo) in the post and mention your child's name and date of birth --DONE
8. Leave a comment in this entry with your email address and direct link to your blogpost --DONE

Good Luck to myself..ahaks!

:: Piala Thomas ::

1st day tengok Malaysia menentang Jepun..mak ai, sedihnya...semua pemain main macam main-main je...tapi malam tadi, nampak lebih bersemangat..well done Malaysia!yang kalah pun, kalah dengan bermaruah...Hani pulak punya lah suka bila Malaysia menang...dia meraikannya dengan menangis tanpa henti dari pukul 3 pagi sampai 7 pagi..ni kalau skuad Malaysia tahu ni, sure terharulah depa..

:: Warehouse sale: PONEY ::

ni entry dah basi..minggu yang cikSuami pergi induksi tu, saya telah berjoli dengan jayanya di IOI puchong ..sebab ada warehouse sale..jarang sangat shopping dengan lahapnya..selalunya saya ni dah 3-4 jam jalan, last sekali balik tangan kosong..tapi kali ni tidak ok!..may be sebab bulan ni ada rezeki lebih, dan kebetulan ada sale plak..so boronglah baju raya Durrany..1st time pergi hari sabtu..yes, tu 1st time pergi..ada yang kali -2 ok!..abih rm102..keesokan hari nya , pergi Jakel @ Shah Alam pulak..ni pun 2nd time datang..2nd time datang tak de la borong apa-apa pun..sekadar membawa Mama jalan -jalan di Wisma Jakel..balik tu kami singgah ke Stadium Malawati @ Shah Alam..oh, ni pun kali-2 saya datang sini dalam minggu yang sama..ada apa disini?warehouse sale Metrojaya..since dah 2 kali datang, so saya dok je la dalam kereta jaga Durrany..my sister and mom sahaja yang shopping..dan hasilnya..tadaaaa..baju untuk Durrany dari mak long & Onni..


2 helai untuk Hani , sehelai untuk Nia..


Kali kedua kami ke IOI ialah last day of the sale..hahaha..reason bodoh yang telah saya berikan pada cikSuami ialah ada baju yang saya berkenan tapi tak sempat nak rembat..dengan lapang dada nya..ye ke lapang dada?.cikSuami telah meluluskan permohonan shopping saya..kali ni duit dia plak ek..nilai pun sama rm102..dan inilah hasil tangkapan sebanyak 2 kali lawatan ke IOI


kebanyakkannya sama sebab saya ada 2 little girl

my current status: saya tengah memaham kan SDD yang diberi oleh SA..juling biji mata nak memahamkan..apa relevan nya dia bagi SDD?

:: Bugs Lock ::


Memandangkan sekarang musim hujan..kain yang dibasuh, jarang benar dapat kering semua..malam-malam pulak, dah pasang ubat nyamuk pun, nyamuk masih banyak lagi..untuk saya yang ada baby, bila ada nyamuk memang payah skit la..tidur sikecil tu pun tak berapa lena..tu belum masuk kes semut sebab siKakak makan bersepah-sepah...

Jadi untuk menyelesaikan masalah nyamuk yang semakin meliar..saya menggunakan BUGS LOCK untuk cikHani..tetiba rasa macam unofficial duta Bugs Lock plak..saya beli di Kedai Susuibu @ Bangi dengan harga rm12.90..senang je pakai Bugs Lock ni..pakaikan macam gelang tangan @ kaki..Bugs Lock ada button untuk adjust nak bagi longgar @ ketat..bau Bugs Lock ni macam bau serai skit..and the best part is reuseable...kalau nak guna yang baru hari-hari, mak ai..kopak la kan!..so lepas guna, boleh simpan balik dalam packnya semula dan seal kan..

Untuk ibu-ibu, bapa-bapa siapa yan ada baby, mungkin ini berguna untuk anda..


all images from google..credit to them

:: Hari Ibu ::

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu didunia ini, khasnya untuk mama tercinta Rukiah Binti Yusof & ibu mertua ku , Noraini Binti Othman..terima kasih atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan..Hanya Tuhan saja yang mampu membalas segala apa yang telah kalian berikan pada diri ini..



:: THE FIRST CRY ::

flashback...zuppppppp


06.06.08, pukul 2 pagi...lokasi ruang legar Dewan bersalin, Hospital Putrajaya..

tetiba rasa kain mula basah..aduh, cuak..amende ni..darah ke?"nurse, saya rasa saya terkencing la.."nurse mula menyelak kain.."oh ketuban puan pecah.."peh, air je...lega..bilik bersalin sudah ada yang kosong, nurse mula menyorong katil masuk ke bilik..."nurse, saya nak jumpa husband saya.."pinta siIsteri dalam ketakutan..takut-takut tak dapat lagi berjumpa suami tercinta selepas ini.."puan tukar baju dulu, pasni kita panggil husband puan masuk".."tukar kat mana?sini?"..siIteri sebenarnya malu.."ye la, kat sini..ala x yah malu..nanti kitaorg tengok jugak"..ha amik ko zie!

06.06.08, sekitar 2.30 pagi, lokasi masih didalam bilik bersalin

cikSuami masuk & terus menggengam erat tangan siIsteri..siIsteri rasa sungguh terharu & tergaru..ahaks!..oh ya, cikSuami juga menitis kan air mata..kesian melihat siIsteri menahan kesakitan,katanya..dia juga berkata kalau boleh ditukar rasa sakit tu kepadanya, dia sanggup..peh, time begini semuanya sanggup sebab dia tahu memang tak boleh tukar punya....ngomel siIsteri didalam hati..yaAllah, nape la isteri camgini?nak bersalin pun ngomel lagi..dan tak lama selepas tu , Allah telah memberi contraction sebagai balasan diatas ngomelan (ada ke word cam gini ) siIsteri tadi..ingat pembaca semua, Allah bayar cash..

06.06.08, sekitar pukul 4.00 pagi, masih didalam bilik bersalin

contraction makin kuat..maksudnya siIsteri makin sakit..pinggang rasa macam nak tercabut..nurse masuk suruh siIsteri sedut 'laughing gas' untuk mengurang rasa sakit, bukan untuk membolehkan siIsteri ketawa ok!siIsteri pun menyedut dengan rakus nya tanpa meninggalkan ia walau sesaat..bukaan sudah 7 cm..nurse kata lagi 3 jam untuk mencapai bukaan 10cm..uwaaaaa, tak sanggup nak tunggu lagi..tapi nurse sudah berjanji akan kembali pada pukul 5 pagi nanti untuk periksa bukaan ..siSuami masih setia disisi, sambil memegang erat tangan siIsteri ..mulutnya tak putus-putus berzikir doa Nabi Yunus

06.06.08, sekitar pukul 5.00 pagi, masih didalam bilik bersalin

masa dah time..hehehe..nurse datang lagi.."ok puan , dah 10 cm..angkat kaki, kangkang..tarik kaki kebelakang.."siIsteri hanya menurut.."ok puan, push.."percubaan pertama gagal..siIsteri sudah tiada tenaga..nafas semakin pendek.."ok, kita try lagi, baby puan ni kecik..boleh ni..saya tolong buka jalan "..bebel si Nurse sambil mengorek-ngorek 'jalan' tu..ngeri bila terkenang gaya korekan nurse tu.."ok push.."gagal lagi.."curi nafas puan, tarik nafas panjang..pastu push"....again and again..and....gagal lagi.."puan, puan kena curi nafas, baby dah sampai kat pintu ni..cik cuba tengok"..sepantas kilat cikSuami melepaskan tangan dan pergi ke 'pintu' itu.."sayang, abang dah nampak anak kita..abang dah nampak"..siIsteri merasa sedih, terasa seperti sudah gagal..sudah berputus asa untuk terus berjuang.."ok kita try lagi, kalau tak boleh jugak, kita forsep..tapi husband kena duduk luar"..duduk luar?oh no!!!!"ok sayang tengok tangan abang.."siSuami menunjuk kan penumbuk nya..."tahan nafas ok...bila abang lepas, zie hembus nafas perlahan-lahan"..lama cikSuami menunjukkan penumbuknya, dan selama itu la siIsteri menahan nafas..gengaman itu terlerai perlahan-lahan, sama seperti hembusan nafas siIsteri dan dalam masa yang sama baby keluar perlahan-lahan dari rahim siIbu untuk melihat dunia..for a few second, baby tidak menangis & siIbu panic sekejap...tapi lepas tu dia terus menangis dengan kuatnya..Ya Allah, satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata..cikSuami tak putus-putus mencium dahi siIsteri...wink..syukur tak terhingga dengan kelahiran Nia Durrany..tangisan itu berterusan sehinggalah Nia diqamat kan..syahdu sangat waktu tu dan itulah the very first cry of Nia Durrany..

dan itu lak kenangan saya yang ingin saya kongsikan bersama untuk menjoin kan diri dalam contest THE FIRST CRY..agak skema & letih jugak mengarang..hehehe..anda pun ada pengalaman?jom la join , memeriahkan contest..

cara-caranya seperti ini:

  • Make a new post on your blog, titled THE FIRST CRY and share your first baby birth experience.
  • Must put the contest banner and link back to this contest page.
  • Leave the URL to your entry in the comment box below.

:: CUTE PINK BABIES CONTEST ::

CUTE PINK BABIES CONTEST

jom join ramai-ramai..

TERMA & SYARAT -SYARAT PENYERTAAN nyer..
1~ Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower ibuQisQas secara
langsung & tak langsung

2~ Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER ibuQisQas di Blog ini..--
DONE

3~ Linkkan -asyna8286.blogspot.com di blog anda --DONE

4~ Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut
mestilah di link kepada entry contest ini --
DONE

5~ Sila buat special entry untuk contest ini dan upload 1 keping gambar anak
anda dengan pakaian atau hiasan atau permainan MERAH JAMBU( PINK )
yang comel lote, kiut miut,tak kisah lah macam maner gaya pun..nampak cute
pada anda...
(sempena Tema Birthday anak ibuQisQas berwarna Pink) (Dan
juga nyatakan pesanan anda kepada anak anda)*penting* --
DONE

6~Sertakan Nama peserta, umur dan tarikh lahir, --DONE

7- Had umur baby : newborn - 5 tahun terbuka kepada anak lelaki atau pun
perempuan yer..bebas..

8~ Sila tinggalkan link / url blog anda di comment ibuQisQas ini bagi
memudahkan ibuQisQas melihat penyertaan anda.
--DONE

9~Keputusan nyer ditentukan Puteri Birthday sendiri(dengan cabutan nama
finalis terakhir yang ibu pilih)

10~ ibuQisQas dengan rela hatinya menyediakan hadiah untuk 3 pemenang utama + 5 pemenang sagu hati


Nama : Nia Durrany Binti Noor Muhammad
Umur : 1 Tahun 11 Bulan
Tarikh Lahir : 06.06.08
Ucapan : Semoga Nia menjadi anak yang sihat, bijak, solehah dan berguna..mamaBabah & Hani sayangggggggg Nia

gud luck untuk saya..hehehe

:: Pulang ::

Babah sudah pualng..jadi kami semua sudah pulang kerumah..home sweet home..

:: makan free ::

makan free?kat mana?bila?...huh, kalau bab makan free, rasanya semua orang suka..sebenarnya makan free kat kenduri kawin..tapikan, actually x de la free sangat pun..sebab selalunya kita akan bagi hadiah @ duit pada orang yang diraikan @ parent yang meraikan...

tak lama lagi cuti sekolah ke ek..huh, rasa nya dah bertahun-tahun tak alert bila time cuti sekolah..sebab bukan ada kena-mengena dengan saya pun..tapi banyak plak jemputan kawin untuk bulan depan..bila dah banyak macam ni, kena pandai la nak arrange nak g mana & macam mana..

imah & zul


ni 2-2 coursemate saya..belah Imah InsyaAllah tak dapat pergi...adoila Imah, sorry banyak-banyak..the day ko minta address aku aritu, kitaorang rasa dapat attend..memang dah planned nak g..pasal mat punya induksi tu la..potong betul!!..belah Zul?akan diusahakan..kalau panjang umur, murah rezeki sampai la kitaorang..by the way, selamat pengantin baru Imah & Zul..semoga bahagia sampai akhir hayat..korang baca ke blog aku?so kawan-kawan NETS, anda pergi ke?belah sape anda akan pergi?roger-roger la ek..mana tau tetiba aku boleh pergi plak..

nik & aini


sorang opismate, sorang coursemate...since aini yang menjemput, InsyaAllah kitaorang akan sampai ke Taiping...ko x jemput aku nik, so x g la ek belah ko..hehehe, x de la...gurau je..aku paham orang nak kawin ni sibuk..aku dulu pun cam gitu...tapi ni cikSuami tak tau lagi ni..aritu bagitau gitu-gitu je..dia kata ok untuk ke Taiping..apa-apa hal kena confirm balik bila dia balik nanti..so kawan NETS, pergi x?kita g Taiping la..pastu joli katak kat bukit merah..tapi sape orang Kelantan tu , g la belah Nik ek...boleh balik kampung korang sekali..

kak wanis bulat & pasangan

kak wanis ialah coursemate saya yang comel..yang baik..yang sopan..dan yang..yang..ala, semua sifat2 terpuji la..hehehe..sorry kak x dapat datang, adik ipar zie kawin..apa-apa pun selamat pengantin baru..semoga mendapat cahaya mata yang comel-comel dan bulat macam akak...

Khairul Anwar & pasangan

ni kawan cikSuami masa kat SMAPK..insyaAllah x dapat datang jugak..sebab minggu tu adik mat kawin..selamat pengantin baru ..semoga kekal sampai akhir hayat


kepada semua yang bakal berkahwin, selamat melayari bahtera perkahwinan dengan aman damai & bahagia...semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah ..dan selamat mengawan!hah..

kepada yang sudah berkahwin , semoga perkahwinan anda & saya dirahmati dan sentiasa bahagia..amin..


out of topic jap..

tahniah untuk:

1. Azrina diatas kelahiran Alya..semoga Alya cepat keluar wad..dan membesar dengan sihat..

2. kak yati : diatas kelahiran Ahmad Irfan Hakimi..welcome to parenthood world & happy berjaga malam..

p/s:zie memang failed untuk bagi ucapan ok!


:: Puteri Resort ::

Sabtu lepas, abih je training terus balik rumah amik anak-anak & mama..pukul 5 petang gerak dari Bangi menuju ke Melaka..kenapa?sebab cintaku tertinggal diMelaka..rasa nya mode gatal ni akan berterusan sampai isnin depan..so pada sesape yang baca blog ni, rasa macam nak muntah ke..lantak korang la ek..hehehe

sebab hormon gatal dah semakin menular dalam diri ni, ditambah plak dengan Nia yang x abih2 dok sebut Babah..babah..so saya pun memecut dihighway dan oleh itu pukul 6 ptg kami telah selamat tiba diPuteri Resort..sampai2 je, cikSuami ku tersayang , terbucuk, tertembam, tertomei & semua ter lah..ni memang sangat gatal dah ni..dah sedia menanti..rasa macam nak g gomol-gomol je..ops!orang yang menjerit kegirangan sure la Nia Durrany kan..dia la dapat priority nak peluk cium babah..kami x terus letak barang, tapi kami semua keluar g ke Mydin sebab cikSuami nak betulkan spec..skrew tercabut masa main bola..mydin kat MITC punya la besar..dah macam2 ada kat Melaka..dalam kereta cikSuami dok bercerita pasal keistimewaan Melaka..dah macam unofficial duta Melaka plak..

balik dr Mydin, letak barang-barang dalam bilik..siapkan anak-anak untuk g dinner..waktu mcm gini memang kena gunakan sebaik mungkin..bila cikSuami free @ break je boleh get together..lepas abih dinner, cikSuami sambung balik kursus sampai kol 11 malam..anak2 pun dah tidur time ni..

ni nak cite pasal Puteri Resort..bilik nya biasa2 je..nothing special pun ..tapi swimming pool nya , MasyaAllah..banyaknya..sorry ek jakun skit..3 pool utk kanak-kanak & 1 large pool for adult..kat kids pool ada banyak slide plak tu..so dah tau dah aktiviti untuk esok..pool, tunggu!malam ni bergambar dulu dalam bilik..



keesokkannya, kami turun breakfast dengan babah..tapi cikNia sudah ready dengan float & swimming suit nya..tengok


lps breakfast terus terjun dalam pool..ni nak citer skit..budak pompuan ni, gaya nya bukan main lagi..dari bilik hotel sampai ke cafe mulut dia dok bebel "nia nak mandi kolam..yeah..kakak nak mandi kolam"..float tu x nak orang lain pegang, nak pegang sendiri je..alih2 dah masuk pool nangis..takut..nak pegang mama..bila ajak balik bilik, x nak..nak mandi kolam je..lama gak la nak bagi budak kecik ni biasa2 dengan pool tu..dekat sejam lebih la kot dok berendam dalam pool..tu pun kena paksa naik, kalau tidak ,mau sampai tengahari kot dalam tu..

naik je bilik,mandikan anak-anak, bagi susu..paksa tidur..ye, kena paksa tidur..mata dah ngantuk tapi still nak main lagi..bangun je tidur, tukar baju..cikSuami pun sampai..kami check-out, then g makan..makan kat mana?mestila kat restoran Ikan Bakar Malim (tagline : Pasti Tinggal Tulang) @ MITC..cadang nak pekena ikan bakar ..ikan bakar kat sini memang sedap...alih-alih kena beratur sebab orang ramai...cikSuami plak x boleh nak bersenang -lenang lama skit kat restoran sebab rehat sekejap je..so makan je la lauk biasa..

Lepas makan, hantar cikSuami balik ke Puteri Resort..ala, rasa macam sekejap sangat jumpa..rasa rindu ni masih bersisa..ececeh..Nia plak, kalau ada babah je, sure nak suh babah dukung je..kejap2 kiss babah, peluk babah la..x bagi can langsung kat mama..Hani lagi la..sian Hani, tak pe, adik termanja mama kan?..

Kami x terus balik, singgah mydin @ MITC dulu..mama nak beli barang..pastu baru gerak balik Bangi..on the way back , hujan plak masa kat Seremban..so slow skit traffic..lebih kurang sejam setengah baru sampai Bangi..semua dah pakat letih dah..malam tu semua tidur awal..

lagi lebih kurang 6 hari lagi Noor Muhammad nak balik..miss u so much sayang..nia kata "mi yu babah "=miss u babah..

:: cinta ku tertinggal dimelaka ::

kami sudah pulang dari Melaka..bertemu cikSuami tercinta..tapi sudah mula rindu balik..ya Allah, apsal la hati ni..kuat skit zie

:: Yahoo ::

jom kita g Melaka!

:: sayang isteri tinggal-tinggalkan ::

cikSuami akan berinduksi selama 2 minggu mulai esok..nasib baik dekat je , kat Melaka..jadi mengikut perancangan nya , weekend ni saya akan membawa anak-anak bercuti-cuti Malaysia diMelaka ..itu pun lepas training abih..life empty without husband..al-fatihah untuk achik spin..semoga roh nya dicucuri rahmat & diletakkan disisi orang-orang yang beriman..

:: Upin & Ipin ::

Kami suami isteri tak pernah tengok pun cerita Upin & Ipin..just tahu mereka ialah kartun dengan tag line "betul, betul, betul"..tapi Nia selalu sebut pin-pin (upin-ipin)..

Nak dijadikan cerita, semalam lepas balik keje..Hani merengek nak tidur, dah ditepuk-tepuk x mau jugak tidur..kesudahnya masukkan dia dalam buai..lepas tu Nia sibuk ajak main puzzle dengan dia..mata dah la ngantuk gila sebab badan rasa penat sangat..lagipun x cukup tidur pun ye jugak..cikSuami plak masa tu tengah mandi..so untuk menarik perhatian Nia supaya tak main puzzle sebab ni kes mama dia nak melayan anak main sambil baring, kalau main puzzle kena duduk..so saya ajak la Nia dok sebelah saya , dengar saya bercerita, sambil sebelah tangan lagi membuai Hani...cerita pasal apa?mestilah watak utama nya Upin & Ipin, selit skit2 pasal mamaBabah upin-ipin, pastu kawan-kawan upin-ipin plak namanya kak Nana, kak Nurin..pastu mestilah ada part yang mamaBabah dia g work, pastu depa ada binatang peliharaan yang namanya elephant..kesimpulan nya semua watak dalam cerita ni , semua yang Nia kenal..pastu aktiviti upin-ipin ada kaitan dengan kehidupan Nia..yang kelakar nya bila saya cakap, "babah upin cakap kat upin, babah nak g work ek"..pastu nia jawab "ti tam babah amik na ek"= nanti petang babah amik Nia ek?..eh, ni cerita upin, bukan cerita Nia..bila saya bgtau macam tu dia senyum je..mcm paham je mama dia x de idea nak mereka cerita..

untuk sesi pertama, dengan mata mama yang dah mengantuk, cerita upin berakhir dengan..."pastu upin pun tidur..ok dah abih dah cerita"..tetiba Nia cakap "ma,adi ma..adi ar ma"=ma lagi ma, lagi la ma..adoi..pastu ntah brape kali ntah cerita itu berulang2..rasa kalau dicompile dalam cd, pastu play kat cd player..mahu panas player tu kot..asyik ulang byk kali..ending cerita tu bila cikSuami keluar dari toilet..hehehe..Nia kan geng babah dia..so bila babah ada, Nia terus turun katil, membontot je babah g mana..

Ni nak cite, beberapa hari lepas Hani jatuh katil pukul 3 pagi..huh, tidur lasak sungguh macam gasing..so cikSuami bercadang untuk cabut katil weekend ni sebab lately cikSuami bz sebab banyak ada presentation..sian siGondol tu..tapi yang bestnya Hani sudah merangkak..jadi, langkah dia sudah makin panjang..

Followers


up