:: a night @ marriot putrajaya ::



sayang sangatttttttt

:: Majlis Akikah Hani Durrany::

Alhamdulillah , kenduri berjalan dengan lancar walaupun ada kelam-kabut skit here and there..malam sebelum berlangsungnya kenduri, paip sinki plak tercabut..akibatnya paip utama yang nak alirkan air ke sinki & bilik air terpaksa ditutup..malam tu, baru terhegeh-hegeh nak hiaskan buai, nak iron baju, nak isi paper bag..(ni kes keje last minute la ni..)..akibatnya tidur pukul 2 pagi..

keesokkannya, baru nak letak set kerusi kat luar umah, baru nk pasang meja & kerusi untuk tetamu (ni 1st & last time sewa dari depa..u know who you are & why.. )..kumpulan marhaban datang kol 10.30, di saat kami belum ready & makanan pun belum sampai & hani merengek nak tidur (puting hilang) & nia nak bermanja2 dengan babah..kelam -kabut sudah bermula...tenang hati, istifar banyak-banyak & redha je la..

by the time cukur jambul abih , makanan sampai & jiran & sedara managed all the food dengan jaya nya..menu majlis ialah

nasi putih
nasi minyak
kari kambing
ayam goreng
ayam masak merah
dalca
jelatah
buah - buahan
muffin
satay
kuih (yang ni x tau bila sampai & dari sape )
air ribena
air teh 'o'
air sarsi

terima kasih kepada semua yang sudi hadir, insyaAllah kalau murah rezeki & panjang umur, akan ada la kenduri lain..terima kasih jugak kepada Puan Photographer, dsada..kerana kesabaran dan gambar-gambar yang menarik..dan make-up yang cantik..dikesempatan ini, ingin sangat la saya memberitahu, puan dsada telah memake-up kan saya secara PERCUMA walaupun telah beberapa kali di tolak..aku malu sangat beb!x biasa la make-up2 ni...tapi apa-apa pun hasilnya tersangat la cantik..x sabau nak tunggu album nya..





terima kasih sekali lagi...

:: Nia Durrany ::

see, hidung kami sama acuan kn?





sehari sebelum majlis akikah Hani...

:: Kambing segar dari kandang ::


yang macho kaler hitam tu , Hani Durrany yang punya..

urusan pembayaran & akad




:: i luv u adik contest ::



Nama Kakak : Nia Durrany Binti Noor Muhammad
Umur Kakak : 1 Tahun 7 Bulan

Nama Adik : Hani Durrany Binti Noor Muhammad
Umur Adik : 4 Bulan

mari kawan-kawan yg dah beranak- pinak (means anaknya lebih dari sorang)..meramaikan contest ni..

:: Guruh ::

Malam tadi guruh kuat gila sampai blackout kejap..Seram jugak la, sempat lagi tanya cikSuami hari ni hari apa, kot2 nak kiamat ke.. sangat takut..masa tu kami semua dah tidur, sekali bila blackout semua jaga ..cikNia dok melalak suh bukak lampu, kitaorang bagi tau la lampu rosak..tapi explain kat orang yang belum boleh paham + mamai, macam x de pekdah je..cikHani merengek2 sebab kakak bising..huh..hari ni sampai opis, cite kat opismate..yen cakap pun dia rasa macam bergegar je rumah dia &............dia pun rasa macam nak kiamat..insaf..insaf..

:: Preparation ::

small kenduri but high commitment..sebenarnya 'merancang' is the toughest part, pastu melaksanakan apa yang dirancang..sebenarnya kami nak buat majlis ni on 9th january aritu, kebetulan plak sama dengan Delisha...so cikSuami decide kita bagi laluan pada Delisha dulu..pastu kononnya nak buat hujung bulan ni, pastu macam x sesuai plak sebab takut ramai x blh attend coz 1st Feb is hari wilayah, kami menjangkakan ramai yang akan amik cuti panjang..

Kenduri ni sebenarnya untuk Hani & Onni nya,akikah for Hani & doa selamat for Onni, sebab selamat pulang dari Mekah..berbekal kan pengalaman setahun jagung , boleh la pkirkan idea-idea untuk akikah Hani..

Kambing dah booking, cuma belum g akad ...catering dah bayar & settle (mak mertua je)...khemah sudah booking..kumpulan marhaban sudah di beritahu..saudara & rakan sudah dijemput..cuma jiran kat umah Mama x tau statusnya lagi, sebab Mama yang jemput..gift dah settle...buai Hani (cikSuami yang nak sangat letak dalam buai)..belum..huh, cadangnya sabtu nak hiaskan..baju-baju anak & mamaBabah..dah siap & in progress..harap-harap semuanya berjalan dengan lancar..amin..

last week g Nilai dengan Mama & Nia, jalan-jalan cari bunga telur & kain nak wat baju..masa tunggu Mama pilih bunga, saja main dengan Nia, "Sayang termanja Mama ni"..dia toleh dan berkata "Babah la!"..huh!jangan ikut Mama lagi lepas ni

:: Jemputan ke Majlis Akikah & Doa Selamat Hani Durrany ::

Dear family & friends,


Jemputlah datang ek, seisi keluarga turut diundang...

:: Mari belajar menyebut ::

cabaran telah bermula..since gigi Nia Durrany hampir penuh, Nia x ada reason nak cakap pelat...ececeh, poyo je mamanya..tapi bukan senang tau..dulu saya pernah tengok rancangan kat TV, pakar kata kita (parent) kita cakap dengan bahasa yang betul..not babytalk..pastu suh anak kita tu tengok mulut kita masa kita sebut tu, contoh bo-la..nak sebut bo tu kena bulat skit mulut ..la tu kena nganga luas skit..penat tau..

so semalam, cikSuami kekedai buku cari buku untuk keje dia..so saya pergi kat section kids then terjumpa la flash card dengan 2-suku kata..& flash kad tu sangat besar..ye sangat besar..sampai kat rumah cikSuami ajak bukak kelas menyebut....flash card ni bukan ajar A-Z,tapi ajar menyebut perkataan dengan 2 suku kata je..

1st kad : A-Yam

Babah : ok mama sebut ni..tengok mulut babah ...A..
Mama : A..
Babah : Kakak tengok mulut babah, sebut A..
Nia: Ayam..
Babah:Pandai..
Mama : x boleh cam gitu, kena sebut satu-satu..a-yam
Nia:Ayam, puk anan(tepuk tangan), agi abah (lagi babah)

2nd kad: O-ren

Babah:ok ni tengok mulut babah..O..ok mama sebut..O
Mama : O..
Babah : Kakak sebut..O..
Nia : Ooo..ni
pastu ketawa
..
oni..(onni ialah panggilan untuk nenek Nia)
Babah : bukan la, O-ren..
Nia:Ooo-en

3rd kad : Da-un

Babah : ok ni plak,da
Mama :da
Nia: da
Babah : un
muncung skit mulut
mama: un
Nia: lun..da-lun..

satu hari max 3 word je..lebih-lebih kang x dapat plak...

:: Auta ::

Auta pertama

babah : "Nia, tutup mata , tido.." (babah tidur atas katil, Nia tido atas tilam kat bawah)

babah pun merebah kan diri diatas katil dan menoleh kesebelah untuk melihat anaknya..

babah: "tengok zie!ni apa pesen ni?tido sambil berdiri?"

Nia sedang berdiri dengan mata tertutup sambil tersenyum..

mama:"betul la bang, abang suh dia tutup mata, tapi abang x cakap baring & tutup mata"
babah:"kakak ni memang banyak auta la, kalau tido tu baring la..mana da orang tido
berdiri..sekarang baring & tutup mata"

Nia pun bertindak mengikut arahan..


Auta kedua

babah:"kakak x nk tidur, babah tutup lampu..biar gelap"
Nia :"kak apu bah..kak apu bah.."(bukak lampu babah dengan nada yang merayu)

babah pun meng'on'kan balik suis lampu dan menjenguk anak daranya..

Nia baring dan memeluk bantal & menutupkan matanya..sambil tersenyum tanda kemenangan berpihak ditangan nya..babah geleng kepala..


Auta Tiga

babah:"nape kakak buka seluar?"
nia:"yak bah..erkk..erkk"(bercangkuk & buat gaya meneran &....tersengih)
babah:"ye ke ni?ada ke orang berak sengih-sengih..meh sini babah check"

nia cepat-cepat melarikan diri dari babah sambil ketawa besar..


Auta Besar

isteri:"sakit perut la bang, dah 2 kali membuang "
suami:"cirit x?"
isteri:"a'ah"
suami:"makan ubat abang tu, nanti sakit lagi teruk.."

isteri mendiamkan diri sebab sebenarnya isteri takut makan ubat..x lama selepas itu, isteri ke toilet lagi..memerut..dan balik semula ke dalam kamar tidur..

suami:"sakit lagi ke?cirit lagi?"
isteri:"a'ah"(sambil memegang perut)

suami bangun keluar dari kamar dan kembali semula sambil membuka gengaman tangan nya..ditapak tangan nya ada 3 biji pil putih, 2 hijau

isteri:"dah rasa lega dah bang..agaknya sebab dah buang kot"
suami :"makan ni.."
isteri:"tapi dah ok"
suami :"sudah la..jangan nak auta, makan ni"
isteri:"banyak nya"
suami :"tu ubat angin, gastrik, & cirit"
isteri:"tapi z x gastrik & angin"
suami:"makan je la..penakut sangat"

isteri pun pasrah, telan je la..tetiba suami tunduk ke lantai seperti mencari sesuatu

isteri:"abang cari apa?"
suami:"ubat"
isteri:"ubat?ubat apa?"
suami :"ubat yang abang bagi tadi..kot2 z buat trick , buang dulu kat lantai pastu pura2 telan"

isteri buat muka kelat
suami tersengih-sengih.."yela zie, auta kan boleh diwarisi.."

:: @ Melaka ::

disebab kan virus "M" telah menular dalam diri, jadi bersawang la blog ni..nak menaip rasa malas je..ni nak cerita pasal vacation @ Melaka..actually cik Suami ada meeting yang dibuat hujung minggu kat A Famosa Melaka..seminggu sebelum pergi tu, cadang-cadang nya sampai nanti nak la g water world..tu baru cadangan..

Kami sampai sana pun dah maghrib + hujan...malam tu plak, meeting dah start..so saya & anak-anak dok je la kat kondo tu..kalau kena bagi rating , saya bagi 2/5 ..x bersih & kalau nak tepon kena pakai hp sendiri sebab phone line kondo tu ade problem..tepon ni penting ek untuk saya nak order makanan..

Esoknya, cikSuami bermeeting lagi & malam tu kami ada dinner kat Apache Cafe @ cowboy town....cafe ke ntah, rupa macam belakang umah je..x menarik langsung.. sebelum tu cikSuami dah cakap yang akan ada karaoke, sape yang bawak partner kena nyanyi duet..huh..poyo je, bukan semua nyanyi pun..tapi kitaorg nyanyi..lantak la sampai ke laut ke, ke mana ke..Cinta Kristal versi duet..x sedap langsung..hahaha..belasah je la..kami siap bawa penyanyi latar sekali, cik Nia Durrany..

& vacation tu berakhir disitu & akhirnya x pergi pun ke water world..BOSAN!

nampak tu back-up dancer

:: nangis contest ::

Nama : Hani Durrany Binti Noor Muhammad
Umur : 3 bulan (25/09/09)

ni 1st contest yang saya join untuk tahun ni..nampak je ada entry ni kat blog sitisifir10 , terus teringat gambar ni..daripada simpan je, baik cuba nasib kan?kenapa cik Hani nangis masa ni?sebab sebenarnya dia tengah sedap tidur, sekali kakaknya kacau..so dia pun nangis baik punya...kawan-kawan yang lain sape yang ada gambo anak-anak yang nangis, meh la join contest ni..ni cara-cara dan syarat -syarat nak join


Antara syarat2 contest :

~ Copy banner kat atas ni, letak kat sidebar korang berserta link contest. Tak de link automatik tak layak k...

~ Jadi follower kepada ke-3² blog saya di bawah (WAJIB)
1) http://deazliyanish.blogspot.com/
2) http://dorbrooch.blogspot.com/
3) http://lolastation.blogspot.com/

~ Add kesemua blog di atas, di dalam bloglist anda (WAJIB)

~ Buat n3 & upload HANYA SEKEPING gambar anak anda (no edit²) yang tengah menangis baik punyer.... Letak nama dan umur (kalau anak ada ramai yang nangis, pilih 1 yang terbaik di kalangan mereka yer... letak bebanyak nanti, payah lak nak pilih..)

~ Cerita lah sikit, kenapa diaorang leh nangis masa tuh...

Inilah saje penyertaan saya untuk contest ini..hehehe

Followers


up