:: Auta ::

Auta pertama

babah : "Nia, tutup mata , tido.." (babah tidur atas katil, Nia tido atas tilam kat bawah)

babah pun merebah kan diri diatas katil dan menoleh kesebelah untuk melihat anaknya..

babah: "tengok zie!ni apa pesen ni?tido sambil berdiri?"

Nia sedang berdiri dengan mata tertutup sambil tersenyum..

mama:"betul la bang, abang suh dia tutup mata, tapi abang x cakap baring & tutup mata"
babah:"kakak ni memang banyak auta la, kalau tido tu baring la..mana da orang tido
berdiri..sekarang baring & tutup mata"

Nia pun bertindak mengikut arahan..


Auta kedua

babah:"kakak x nk tidur, babah tutup lampu..biar gelap"
Nia :"kak apu bah..kak apu bah.."(bukak lampu babah dengan nada yang merayu)

babah pun meng'on'kan balik suis lampu dan menjenguk anak daranya..

Nia baring dan memeluk bantal & menutupkan matanya..sambil tersenyum tanda kemenangan berpihak ditangan nya..babah geleng kepala..


Auta Tiga

babah:"nape kakak buka seluar?"
nia:"yak bah..erkk..erkk"(bercangkuk & buat gaya meneran &....tersengih)
babah:"ye ke ni?ada ke orang berak sengih-sengih..meh sini babah check"

nia cepat-cepat melarikan diri dari babah sambil ketawa besar..


Auta Besar

isteri:"sakit perut la bang, dah 2 kali membuang "
suami:"cirit x?"
isteri:"a'ah"
suami:"makan ubat abang tu, nanti sakit lagi teruk.."

isteri mendiamkan diri sebab sebenarnya isteri takut makan ubat..x lama selepas itu, isteri ke toilet lagi..memerut..dan balik semula ke dalam kamar tidur..

suami:"sakit lagi ke?cirit lagi?"
isteri:"a'ah"(sambil memegang perut)

suami bangun keluar dari kamar dan kembali semula sambil membuka gengaman tangan nya..ditapak tangan nya ada 3 biji pil putih, 2 hijau

isteri:"dah rasa lega dah bang..agaknya sebab dah buang kot"
suami :"makan ni.."
isteri:"tapi dah ok"
suami :"sudah la..jangan nak auta, makan ni"
isteri:"banyak nya"
suami :"tu ubat angin, gastrik, & cirit"
isteri:"tapi z x gastrik & angin"
suami:"makan je la..penakut sangat"

isteri pun pasrah, telan je la..tetiba suami tunduk ke lantai seperti mencari sesuatu

isteri:"abang cari apa?"
suami:"ubat"
isteri:"ubat?ubat apa?"
suami :"ubat yang abang bagi tadi..kot2 z buat trick , buang dulu kat lantai pastu pura2 telan"

isteri buat muka kelat
suami tersengih-sengih.."yela zie, auta kan boleh diwarisi.."

1 comments:

aniz berkata...

hehehe..so sweet.kantoi la zie bile mat cakap macam tuh...ape2 je la korang nih..

Followers


up