:: balik kampung ::

entry basi

last week saya amik cuti 3 hari lepas cuti CNY..sebabnya nak balik kampung..lama dah tak balik kampung..last time balik kampung 2-3 hari before Hani lahir..last month cikSuami dah bagitau dalam tahun ni akan ada audit di Hospital Sabak Bernam..so kebetulan plak depa nak buat lepas last week..huh, cantik sangat la..

beg besar (baju mamaBabahDurrany), beg kuning - pampers


Daddy's Girl


Kami bertolak hari Rabu , lepas maghrib...penumpang nya : kami anak-beranak & Mamaku..dalam pukul 9 , hujan turun, masa tu kami baru nak masuk Ijok..hujan turun dengan lebatnya..sampai cik Suami berhenti tepi jalan sekejap sebab tak nampak (tepi jalan x de lampu)..boleh plak cikHani berak..aduyai..terpaksa tukar dalam kereta..busuk sangat tau, stok seminggu (secara purata cikHani berak seminggu sekali)

lepas hujan reda skit, kami bergerak semula..tapi baru nak masuk selekoh pertama kat Ijok tu jammed plak..lebih setengah jam tak gerak-gerak kenderaan kat situ..so kami patah balik ikut Meru-Kapar...jadinya plan terpaksa ditukar..asal-asal nak tidur kat rumah makLang @ Sungai Air Tawar ..tapi cikSuami dah ngantuk sangat so tidur makLong @ Sungai Panjang..kami sampai rumah makLong pukul 12 tgh malam..ngantuk gila.solat & tukarkan pampers anak-anak , pastu terus tido...

keesokkan paginya, hantar cikSuami g kerja @ Hosp Sabak Bernam ..saya balik kerumah semula, mandikan anak-anak, tidur kan depa & makan-makan..kalau kat kampung ni makanan mewah..terutamanya makanan kampung.. makLong masak sup tulang , keladi air masak asam & ulam kerdas..Lepas zuhur, kami gerak ke Sungai Besar...bila dah sampai sini biasala, mesti pergi kedai Ekonomi..cari kain ela untuk buat baju dengan harga yang sangat murah..dan seperti biasa, mesti saya pulang dengan tangan kosong..hahaha..walaupun harga murah,namun ia masih tak mampu menembusi kekebalan purse saya..

Belah petang, dari Sungai Besar, kami amik cikSuami dari Hospital ..antar mama & makLong dan gerak ke chalet D"Muara (chalet terapung)..hehehe, sebab dapat duduk free, kami bermalam disini..kalau x, jangan harap la kan..chaletnya cantik & harganya murah..basic facilities je la pun yang ada..ok la kan, bukan nya nak dok berhari2 pun..betul-betul nak bermalam je kat situ..


gambar chalet orang lain, dari dalam chalet kami


siGendut tengah teran..push lagi Hani..push..


yang ni meng'audit' je kejenya

Pukong ...berbuai (banjar style)


Esok pagi-pagi , cikSuami hantar balik kami ke kampung & g kerja semula..saya packing-packing sebab malam nya kami nak tidur di rumah MakLang plak..ni yang best bila balik kampung, pilih je nak tidur kat mana..kulaan(saudara) ramai..belah petang, kami gerak ke umah MakLang, tapi mama beriya nak beli pau Mus..katanya sedap sangat..tapi bila rasa, biasa je..malam tu , saya, mama, MakLang & Hani g berurut..yang berurutnya saya & mama je..yang bestnya berurut kat kampung ni ialah harganya..hehehe..harganya murah & servisnya tip-top..kol 12 mlm gak la settle..balik je kat rumah..tengok Nia & cikSuami dah lena..

last day di kampung, awal2 pagi..kami suami - isteri dan cikNia g breakfast kat kedai..beli lauk skit, pastu lepak-lepak je kat rumah..lepas Zuhur, cikSuami plak nak berurut..tukang urut datang rumah...dah lepas urut, terus gerak balik Bangi sebab nak sampai Bangi before 11 mlm (cikSuami nak tengok bola)..tapi singgah makan kat yankies Hut..perut dah berkeroncong minta diisi..

itu sahaja la cerita balik kampung kami..pasni x tau la bila nak balik lagi..

Gambar

0 comments:

Followers


up