:: 6 Bulan ::



Sudah 6 bulan umur cikHani..sudah boleh makan..ni salah satu moment yang rasa nya semua parent tunggu...as for Hani, sebelum 6 bulan , memang saya dah bagi makan..cumanya gitu-gitu je la..x sungguh-sungguh & betul-betul..sekadar sesudu 2 je la..

pada 25 Mac yang lepas..ehem-ehem..diharijadi ku..genap la cikHani 6 bulan..last weekend, baru berkesempatan siapkan special meal untuk dia..menu?untuk pertama kali nya..bagi nasi + carrot + kentang..berasnya sangat sedikit..sejemput je..sebab saya budget dia sure x brape nak...rebus & blend..& hasilnya bubur yang amatla sedikit..dalam 4-5 sudu besar ...

cara memberi cikHani makan sama macam cara suap cikNia dulu...letakkan dia didalam walker...hehehe...kain lap dah ready kat sebelah...suapan pertama, terus telan..x de saki-baki yang tertinggal..begitu juga suapan ke-2, ke-3 dan seterusnya...sehinggalah habis..sampai dia nangis nak lagi..wah, sedap sangat ke Hani?seronok tengok, rasanya berbaloi-baloi mama masak..ececeh, masak bubur je pun kecoh lebih..hehehe..cikSuami suh suap kan makanan instant jenama Heinz ..ehm, dia mula la buat-buat termuntah, terkerut-kerut dahi..ehm..nasib ada cikNia yang sudi abih kan..

esoknya buat lagi meal yang sama, cumanya tambah ayam..kali ni buat banyak..rupanya-rupanya ada baby besar yang nak makan jugak..ok la ..senang keje mama..depa makan dengan banyak nya..seronok sangat tengok

hari ni bekalkan kat Mama bubur Hani, x sabar nak dengar cite makan dia..

:: Vote for me --> 1ummph 1smile 1Malaysia ::

saya baru je join contest 1ummph1smile1Malaysia ..

jangan malu-malu untuk vote senyuman cik Nia Durrany ek..klik je kat gambar ni..


@ klik sini & search --> matt_zie

happy voting

:: SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) ::

taken from Tina's notes @ facebook

General Info.....

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung ( bulging ). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed ! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.


Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya(meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

:: programmer terlampau ::


mungkin dateline dah dekat sangat kot...yang penting fokus..all out!

:: Musim Kenduri Kawin ::

13 & 14 Mac - Nuar (KE29)
14 Mac - Asma (smkbbb)
20 Mac - Burn (KKM), Hafiz (smkbbb), Anis (Network)

banyak yang sama date, so kami akan pkir2 kan cara untuk CUBA meng'attend' majlis anda semua..apa-apa pun selamat menempuh alam rumah tangga , semoga kekal hingga akhir hayat... & SELAMAT MENGAWAN..hehehe

:: mydear warehouse sales ::


saya dah pergi..hehehe..inilah hasil belian saya ...


Vacuum Cleaner & set membersih yang lain (ada penyapu & penyodok)- RM20



Kerusi untuk SiGendut Hani - RM140




Kakak nak test, zaman dia kecik dulu mamaBabah tak mampu belikan..


:: Durrany ::

lama rasanya dah tak update pasal Durrany saya..(hehehe, sebenarnya blog ni pun dah bersawang dah x berupdate)..lagi lebih kurang 3 bulan , cikNia saya nak masuk 2 tahun..ye 2 tahun ek, walaupun fizikal & attitudenya dah macam 3/4 tahun..camne nak celebrate nanti?ehm..KIV dulu sebab bulan ni kena celebrate besday Mama dulu..ahaks! hubby said he's on planning something ..cara & expression muka dia bercerita macam something yang menarik..tapi dihujung ayatnya, "tapi z jangan la mengharap sangat mmg akan jadik on that day, takut abg x dpt cuti @ kena g outstation..but kalau x dapat wat on that day, boleh postponed kan?"..cikSuami sayang, i dah biasa dengan janji manis u yang jarang ditepati..selalu benar postponed..i ok je..isteri yang memahami..ahaks!

berbalik kepada cerita Durrany, meh ni mama nak list progress anda semua ek:

Nia Durrany

1. berat masih around 10kg - 11kg..masih nampak montel ..
2. pampers masih size L
3. Masih menggemari air masak..sangat menggemari..sekarang lagi susah minum susu..kena
paksa baru nak minum susu
4. SANGATTTTTTTT KEPOCHIIIIIII.....pok-pek x berhenti, vocab sudah semakin
banyak..dah boleh borak macam member..
5. Masih jadik 'termanja' babah..
6. Sudah boleh menolong mamaBabah bila diminta & bila tak diminta jugak..sebenarnya lebih
banyak menolong bila tak diminta

7. Sudah pandai beralasan bila malas
Babah : "kakak, tolong picit kaki babah"
Nia : "tatak nat la bah"= kakak penat la bah

tapi bila time rajin..
Babah: "kakak, tolong picit kepala babah..kepala babah sakit la"
Nia : "atit ek bah?jap ek, tatak na mik bat" =sakit ek bah?jap ek, kakak nia amik ubat
babah :"ubat apa?"
Nia:"yuyi tap mau" = yuyi cap limau
8. sudah semakin menjadi kakak dalam erti kata sebenar..protect adik , sayang adik , main
dengan adik & gaduh dengan adik ...dan harus menang ok! (saya kan kakak)
9. sudah pandai minta untuk dipeluk & memeluk sebelum tidur
10.mewarisi sifat auta dari mama (babah yang suh tulis..jadi x nak komen panjang2)
11. rajin gosok gigi, kalau masuk toilet sure minta nak gosok gigi..walaupun sebenarnya nak cuci
tangan je


Hani Durrany

1. berat 6.5, badan semakin susut sebab demam & kurang menyusu
2. pampers size M
3. pertumbuhan rambut amat lah perlahan..
4. sudah meniarap & mengesot-esot & sedang dalam usaha mengangkat bontot badan untuk
merangkak
5. masih menghisap jari
6. sometimes pandai demand nak tdo atas badan mamaBabah
7. sangat suka main dengan kakak
8. sudah semakin kerap berak..purata 2-3 hari sekali
9. memerlukan bantuan susu formula due to kekurangan susu badan bila mama datang bulan
10. alergi pada susu lembu, so solution nya ialah susu soya(isomil)

akhir sekali..mamaBabah sangat sayang kalian berdua...muahhhhhhh

:: Majlis Akikah Hani Durrany II::

gambar dah dapat dari puan photographer..klik kat gambar bawah ni untuk tengok




berminat menyewa buaian ini untuk akikah/ cukur jambul anak anda? hubungi saya :
zie.chomot@gmail.com / 019-2271983

Followers


up