:: makan free ::

makan free?kat mana?bila?...huh, kalau bab makan free, rasanya semua orang suka..sebenarnya makan free kat kenduri kawin..tapikan, actually x de la free sangat pun..sebab selalunya kita akan bagi hadiah @ duit pada orang yang diraikan @ parent yang meraikan...

tak lama lagi cuti sekolah ke ek..huh, rasa nya dah bertahun-tahun tak alert bila time cuti sekolah..sebab bukan ada kena-mengena dengan saya pun..tapi banyak plak jemputan kawin untuk bulan depan..bila dah banyak macam ni, kena pandai la nak arrange nak g mana & macam mana..

imah & zul


ni 2-2 coursemate saya..belah Imah InsyaAllah tak dapat pergi...adoila Imah, sorry banyak-banyak..the day ko minta address aku aritu, kitaorang rasa dapat attend..memang dah planned nak g..pasal mat punya induksi tu la..potong betul!!..belah Zul?akan diusahakan..kalau panjang umur, murah rezeki sampai la kitaorang..by the way, selamat pengantin baru Imah & Zul..semoga bahagia sampai akhir hayat..korang baca ke blog aku?so kawan-kawan NETS, anda pergi ke?belah sape anda akan pergi?roger-roger la ek..mana tau tetiba aku boleh pergi plak..

nik & aini


sorang opismate, sorang coursemate...since aini yang menjemput, InsyaAllah kitaorang akan sampai ke Taiping...ko x jemput aku nik, so x g la ek belah ko..hehehe, x de la...gurau je..aku paham orang nak kawin ni sibuk..aku dulu pun cam gitu...tapi ni cikSuami tak tau lagi ni..aritu bagitau gitu-gitu je..dia kata ok untuk ke Taiping..apa-apa hal kena confirm balik bila dia balik nanti..so kawan NETS, pergi x?kita g Taiping la..pastu joli katak kat bukit merah..tapi sape orang Kelantan tu , g la belah Nik ek...boleh balik kampung korang sekali..

kak wanis bulat & pasangan

kak wanis ialah coursemate saya yang comel..yang baik..yang sopan..dan yang..yang..ala, semua sifat2 terpuji la..hehehe..sorry kak x dapat datang, adik ipar zie kawin..apa-apa pun selamat pengantin baru..semoga mendapat cahaya mata yang comel-comel dan bulat macam akak...

Khairul Anwar & pasangan

ni kawan cikSuami masa kat SMAPK..insyaAllah x dapat datang jugak..sebab minggu tu adik mat kawin..selamat pengantin baru ..semoga kekal sampai akhir hayat


kepada semua yang bakal berkahwin, selamat melayari bahtera perkahwinan dengan aman damai & bahagia...semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah ..dan selamat mengawan!hah..

kepada yang sudah berkahwin , semoga perkahwinan anda & saya dirahmati dan sentiasa bahagia..amin..


out of topic jap..

tahniah untuk:

1. Azrina diatas kelahiran Alya..semoga Alya cepat keluar wad..dan membesar dengan sihat..

2. kak yati : diatas kelahiran Ahmad Irfan Hakimi..welcome to parenthood world & happy berjaga malam..

p/s:zie memang failed untuk bagi ucapan ok!


:: Puteri Resort ::

Sabtu lepas, abih je training terus balik rumah amik anak-anak & mama..pukul 5 petang gerak dari Bangi menuju ke Melaka..kenapa?sebab cintaku tertinggal diMelaka..rasa nya mode gatal ni akan berterusan sampai isnin depan..so pada sesape yang baca blog ni, rasa macam nak muntah ke..lantak korang la ek..hehehe

sebab hormon gatal dah semakin menular dalam diri ni, ditambah plak dengan Nia yang x abih2 dok sebut Babah..babah..so saya pun memecut dihighway dan oleh itu pukul 6 ptg kami telah selamat tiba diPuteri Resort..sampai2 je, cikSuami ku tersayang , terbucuk, tertembam, tertomei & semua ter lah..ni memang sangat gatal dah ni..dah sedia menanti..rasa macam nak g gomol-gomol je..ops!orang yang menjerit kegirangan sure la Nia Durrany kan..dia la dapat priority nak peluk cium babah..kami x terus letak barang, tapi kami semua keluar g ke Mydin sebab cikSuami nak betulkan spec..skrew tercabut masa main bola..mydin kat MITC punya la besar..dah macam2 ada kat Melaka..dalam kereta cikSuami dok bercerita pasal keistimewaan Melaka..dah macam unofficial duta Melaka plak..

balik dr Mydin, letak barang-barang dalam bilik..siapkan anak-anak untuk g dinner..waktu mcm gini memang kena gunakan sebaik mungkin..bila cikSuami free @ break je boleh get together..lepas abih dinner, cikSuami sambung balik kursus sampai kol 11 malam..anak2 pun dah tidur time ni..

ni nak cite pasal Puteri Resort..bilik nya biasa2 je..nothing special pun ..tapi swimming pool nya , MasyaAllah..banyaknya..sorry ek jakun skit..3 pool utk kanak-kanak & 1 large pool for adult..kat kids pool ada banyak slide plak tu..so dah tau dah aktiviti untuk esok..pool, tunggu!malam ni bergambar dulu dalam bilik..



keesokkannya, kami turun breakfast dengan babah..tapi cikNia sudah ready dengan float & swimming suit nya..tengok


lps breakfast terus terjun dalam pool..ni nak citer skit..budak pompuan ni, gaya nya bukan main lagi..dari bilik hotel sampai ke cafe mulut dia dok bebel "nia nak mandi kolam..yeah..kakak nak mandi kolam"..float tu x nak orang lain pegang, nak pegang sendiri je..alih2 dah masuk pool nangis..takut..nak pegang mama..bila ajak balik bilik, x nak..nak mandi kolam je..lama gak la nak bagi budak kecik ni biasa2 dengan pool tu..dekat sejam lebih la kot dok berendam dalam pool..tu pun kena paksa naik, kalau tidak ,mau sampai tengahari kot dalam tu..

naik je bilik,mandikan anak-anak, bagi susu..paksa tidur..ye, kena paksa tidur..mata dah ngantuk tapi still nak main lagi..bangun je tidur, tukar baju..cikSuami pun sampai..kami check-out, then g makan..makan kat mana?mestila kat restoran Ikan Bakar Malim (tagline : Pasti Tinggal Tulang) @ MITC..cadang nak pekena ikan bakar ..ikan bakar kat sini memang sedap...alih-alih kena beratur sebab orang ramai...cikSuami plak x boleh nak bersenang -lenang lama skit kat restoran sebab rehat sekejap je..so makan je la lauk biasa..

Lepas makan, hantar cikSuami balik ke Puteri Resort..ala, rasa macam sekejap sangat jumpa..rasa rindu ni masih bersisa..ececeh..Nia plak, kalau ada babah je, sure nak suh babah dukung je..kejap2 kiss babah, peluk babah la..x bagi can langsung kat mama..Hani lagi la..sian Hani, tak pe, adik termanja mama kan?..

Kami x terus balik, singgah mydin @ MITC dulu..mama nak beli barang..pastu baru gerak balik Bangi..on the way back , hujan plak masa kat Seremban..so slow skit traffic..lebih kurang sejam setengah baru sampai Bangi..semua dah pakat letih dah..malam tu semua tidur awal..

lagi lebih kurang 6 hari lagi Noor Muhammad nak balik..miss u so much sayang..nia kata "mi yu babah "=miss u babah..

:: cinta ku tertinggal dimelaka ::

kami sudah pulang dari Melaka..bertemu cikSuami tercinta..tapi sudah mula rindu balik..ya Allah, apsal la hati ni..kuat skit zie

:: Yahoo ::

jom kita g Melaka!

:: sayang isteri tinggal-tinggalkan ::

cikSuami akan berinduksi selama 2 minggu mulai esok..nasib baik dekat je , kat Melaka..jadi mengikut perancangan nya , weekend ni saya akan membawa anak-anak bercuti-cuti Malaysia diMelaka ..itu pun lepas training abih..life empty without husband..al-fatihah untuk achik spin..semoga roh nya dicucuri rahmat & diletakkan disisi orang-orang yang beriman..

:: Upin & Ipin ::

Kami suami isteri tak pernah tengok pun cerita Upin & Ipin..just tahu mereka ialah kartun dengan tag line "betul, betul, betul"..tapi Nia selalu sebut pin-pin (upin-ipin)..

Nak dijadikan cerita, semalam lepas balik keje..Hani merengek nak tidur, dah ditepuk-tepuk x mau jugak tidur..kesudahnya masukkan dia dalam buai..lepas tu Nia sibuk ajak main puzzle dengan dia..mata dah la ngantuk gila sebab badan rasa penat sangat..lagipun x cukup tidur pun ye jugak..cikSuami plak masa tu tengah mandi..so untuk menarik perhatian Nia supaya tak main puzzle sebab ni kes mama dia nak melayan anak main sambil baring, kalau main puzzle kena duduk..so saya ajak la Nia dok sebelah saya , dengar saya bercerita, sambil sebelah tangan lagi membuai Hani...cerita pasal apa?mestilah watak utama nya Upin & Ipin, selit skit2 pasal mamaBabah upin-ipin, pastu kawan-kawan upin-ipin plak namanya kak Nana, kak Nurin..pastu mestilah ada part yang mamaBabah dia g work, pastu depa ada binatang peliharaan yang namanya elephant..kesimpulan nya semua watak dalam cerita ni , semua yang Nia kenal..pastu aktiviti upin-ipin ada kaitan dengan kehidupan Nia..yang kelakar nya bila saya cakap, "babah upin cakap kat upin, babah nak g work ek"..pastu nia jawab "ti tam babah amik na ek"= nanti petang babah amik Nia ek?..eh, ni cerita upin, bukan cerita Nia..bila saya bgtau macam tu dia senyum je..mcm paham je mama dia x de idea nak mereka cerita..

untuk sesi pertama, dengan mata mama yang dah mengantuk, cerita upin berakhir dengan..."pastu upin pun tidur..ok dah abih dah cerita"..tetiba Nia cakap "ma,adi ma..adi ar ma"=ma lagi ma, lagi la ma..adoi..pastu ntah brape kali ntah cerita itu berulang2..rasa kalau dicompile dalam cd, pastu play kat cd player..mahu panas player tu kot..asyik ulang byk kali..ending cerita tu bila cikSuami keluar dari toilet..hehehe..Nia kan geng babah dia..so bila babah ada, Nia terus turun katil, membontot je babah g mana..

Ni nak cite, beberapa hari lepas Hani jatuh katil pukul 3 pagi..huh, tidur lasak sungguh macam gasing..so cikSuami bercadang untuk cabut katil weekend ni sebab lately cikSuami bz sebab banyak ada presentation..sian siGondol tu..tapi yang bestnya Hani sudah merangkak..jadi, langkah dia sudah makin panjang..

:: Resepi untuk Hani ::

Amik resepi dari kongxi-kongxi

Bahan:
Setengah Batang lobak merah
segenggam beras
1 ketul ubi kentang
beberapa batang sayur kailan
2-4 ekor udang (saiz besar)
* sesudu madu

1.hiris halus-halus lobak & kentang
2. potong sayur kailan, buang bahagian batangnya
3.udang dipotong kecik-kecik
4. rebus kesemua bahan bersama beras tadi
5. selepas beras dah bertukar jadi nasi, angkat bahan tadi (kalau berair sangat, toskan dahulu)
6.kisar kesemua bahan tadi bersama madu

Hasilnya?Hani suka..hehehe, Hani ni semua dia nak makan, tapi minum x nak sangat..tu yang sembelit selalu..

:: Memori ::

Tadi belek-belek fotopages yang dah bersawang tu, tengok balik gambo-gambo ni ...rindu plak pada mereka..bila agaknya boleh berkumpul semua sekali..


Dari kiri : Lia, Thah, Yana, Evi

Lia
Sudah jadi cikgu diPahang..sedang bahagia hidup bersama suami and baby boy depa..last
time jumpa masa dia kawin, masa tu Nia baru umur 2 bulan

Thah
Cikgu Thah baru sahaja melahirkan baby boy beberapa minggu lepas..oh sangat comel Ammar Fawwaz..nanti dia balik Puchong nak g lawat..last time kami jumpa masa akikah Hani

Yana
Sedang bertungkus dengan lumusnya menghabiskan master nya, masih belum berkahwin dan saya masih menunggu bila dia nak kahwin..dia ialah pengapit saya dulu..dia juga sedang menjalinkan hubungan dengan budak bawah umur bernama
shimin..hahaha..last time kami jumpa masa akikah Hani

Evi
baru semalam jumpa..dah tak rindu sangat..hahaha..evi bertugas sebagai RO di KKM ,
Bangsar , tapi menetap di Putrajaya & mempunyai seorang anak perempuan bernama Evi Qaisara


Yang kat bawah ni member masa kat matrik

Dari Kiri : Lia aka crab, saya, mumu,kak ayu , bulat


Lia
Belum berkahwin dan sedang bertugas di hospital di Sarawak ..yeke?last time jumpa masa kahwin kak ayu

Mumu
Masih belum berkahwin, dah x tau keje mana, x tau dah camne nak contact..last time
jumpa masa kenduri kak ayu

kak ayu
Cikgu math di KL, sedang bahagia disamping suaminya Rozam n baby boy mereka Lut
Ukail..last time jumpa masa dia kawin

Bulat
sedang menghabiskan masternya di UKM dan juga sedang pregnant, dijangka 2 bln lagi,
bom itu akan meletup..last time jumpa masa g amik kad kawin dia kat umah dia..amik kat
kawin dia?


Yang ni roommate kat KMNS..semua berwajah dara lagi masa ni..

Dari kiri : Ida, Ami, Mc Tie

Ida
Sudah berkahwin, tinggal kat Penang, sedang mengandung..eh ke dah bersalin?x tau pun.Last time jumpa masa dia keje kat JPM..long time ago

Ami
Sedang berbahagia disamping suami & baby boy mereka..last time jumpa?oh, sangat lama..masa dia kat UM

Mc Tie
Ni lagi sorang member yang bertungkus lumus nak abihkan master yang x abih-abih..sedang berbahagia disamping suami & Nurani yang sangatlah keletah..Last time jumpa masa Hani berumur 2 bulan..pasni jumpa lagi wei!

Bila la kita boleh berkumpul ramai-ramai ni kawan-kawan?

:: SAYA MAHU KURUS ::

dulu, saya kurus begini..40 - 45kg..dan saya ingin sangat kembali menjadi seperti ini




tapi tak nak kurus sangat begini ..kurang drpd 40kg..



tapi mustahil untuk semua itu berlau, sebab sampai sekarang tak pernah ada effort nak kurus..aduyai zie..bila saya cakap kat cikSuami nak kurus, cikSuami akan cakap.."x yah la beriya sangat, tunggu sampai anak 4 nanti"..huh, x supportive langsung!

:: cuti - cuti Langkawi part 2 ::

ok ni nak sambung entry sebelum ni , hari ke-2 lepas je bekfes, kami terus bergerak menuju ke Air Terjun Telaga Tujuh..sampai2 je kat sana..tak de orang pun, orang yang jaga parking pun x datang lagi..nak naik ke air terjun tu, mak ai..nak tercabut kepala lutut ni mendaki..dengan mendukung bebanan 7 kg lebih, tu belum masuk lagi bebanan lemak yang berkilo-kilo kat badan sendiri..hadoi..rasa macam nak cancel pun ada, tapi bila nengok cikSuami bersemangat gila, ku gagahi jugak..Nia lagi pandai, dia request kat Babah untuk didukung.."na nat ar bah"=nia penat la bah..baru 2-3 langkah dah penat..huh

air terjun nya cantik..tapi tempat nak mandi x banyak..batu je lebih..personally, better air terjun kat langat..since orang lain x de, boleh saya mandi tanpa pakai tudung...tapi kejap je, pastu ada 3 orang remaja ni datang..gaya macam nak usha line..hehe..so kena la pakai balik tudung..saya, cikSuami n Nia je yang mandi..Hani mama pegang..memang lepas gian abih la..Nia plak skit2 takut..huh,takut tapi nak main air..lepas nak dekat 3 jam (3 jam ke?ke kurang 3 jam ke lebih?), kami pun gerak balik..Durrany semua dah kepenatan..otw back semua tidur ..

sampai kat hotel, semua orang nak rest, konon-konon nak simpan tenaga sebab petangnya nak g shopping..alih2 Nia buat perangai..x mau tdo..abih semua orang dia kacau...jadi jadual terpaksa diawalkan skit...dalam lepas asar tu kami gerak g shopping..1st place mesti la Idaman Suri..hehe..x tau la apsal suka benar g sini.

apa yang kami beli?set pinggan mangkuk melamine..saya memang suka barang melamine ni..sangat sesuai dengan kehidupan saya yang ada anak kecik ni..klu Durrany campak, x pecah..i like..set dulang melamine sebab dulang yang dok ada kat rumah cikSuami dah patahkan..set sudu, garpu..frying pan..frame, coklat & beg... nak dekat rm3++ jugak la abih..sampai je bilik, terus packing semua barang..masuk dalam beg lama & beg baru...settle packing, terus tidur..

esok paginya, lepas breakfast,terus gerak ke airport..pastu?lepas tu naik flight fly back to klia..pastu?pastu abih dah cite..hehehe











:: Alhamdulillah..::

berat hani naik..hehehe..bukan apa, progres berat badan dia x la secun cikNia..well,bukan semua anak sama kan?

4 bulan : 6.6 kg
5 bln : 6.75 kg
6 bln : 7.3 kg

still normal..tp sudah cukup melenguhkan tangan yang mendukung..

:: rain..rain..go away..come again some other day ::

time aku basuh kain je hujan...time hujan je aku basuh kain..

:: Bila lidah terkedu ::

SITUASI 1

Babah : "kakak, sini cepat baring..pakai pampers"
Nia : "a-nak" = tak nak
Babah :" tak nak?jangan ngada-ngada ek..cepat la.."
anak masih terpaku , tidak berganjak..

Babah :" ish, mana hanger tadi?nak sebat budak ni"
Nia: "tu nger bah..amik..bat na" = tu hanger bah, amik sebat Nia..


SITUASI 2

Babah : "ish , tidur la kak..kalau kakak x nak tdo Babah anta kat bilik onni"
(dengan nada marah)
Nia : "ni da bah" = oni x de bah
Babah :" ha?oni x ada."
Nia: "ni tut oum" = ioni ikut mak long


SITUASI 3

Babah : "kakak pegang botol ni"
Nia : "a- nak lah" = tak nak lah
Babah :"tak nak?apsal?"
Nia: "yat la bah" = berat la bah
Babah :"ish, tangan babah dah penuh ni..pegang"

sambil tunduk memegang perut, dengan dahi berkerut, si anak berkata..
"na tit yut bah..uuhh" =nia sakit perut bah..aduh



SITUASI 4

Nia : "babah, dam ni" = babah pegang ni ... memberi botol kepada babah
Babah :"eh , kakak pegang la"

si anak diam tanpa respon..lalu siBabah meletak kan botol dihujung trolley luagage..

Nia: "amo tak tu bah, atuh ti" = tak mo letak situ bah, jatuh nanti
Babah :"huh, cakap pandai..abih tu nak letak mana?"

sekali lagi siAnak diam tanpa respon..siBabah meletak kan semula botol dibahagian atas troli
Nia: "ha, tak a-teh bah" =ha letak atas bah


SITUASI 5


siBabah menyanyi..

Nia : "bah, amo nyi bah" = bah tak mau nanyi bah
Babah :"eh , apsal x boleh?"
Nia: "shu..shu..yam bah" = shh..diam bah
Babah :"nape?"

si anak diam sambil buat muka seposen..

aduyai Nia Durrany

:: cuti - cuti Langkawi part 1 ::

seperti yang dijanji kan , ni nak cite skit pasal cuti-cuti Malaysia kami..some details tak boleh cerita atas sebab-sebab tertentu..so cerita yang basic2 je la ek..kami bertolak dari rumah dalam pukul 9 pagi..cikSuami dah buat webcheck-in one day before..so x yah la rushing sangat..

percutian 3 hari 2 malam , bersama 2 anak kecil..ehmm, x banyak yang diharapkan..just go with the flow, bila tiba waktu boleh bersiar-siar, terpaksa la jugak angkut anak-anak walaupun depa sleepy..kalau nak ikut jadual depa..mak ai, x jalan la..

seperti yang dijangka,Nia sentiasa sibuk la, kehulu -kehilir dalam flight tu tanpa selipar..kejap2 duduk kat mama, kejap2 duduk kat babah..ehm mamaBabah tak duduk sebelah-sebelah atas sebab2 yang tak dapat yang dinyatakan disini.. credit to cikHani sebab sangat la behave..

Sampai je kat tanah tumpah darah Mahsuri tu, cikSuami terus g sewa kereta..hehe, kereta apa yang kami sewa?kereta Toyota Wish..nak beli x mampu, sewa je la..kenapa sewa MPV?sebab kami bercuti bersama -sama family besar saya..jadi haruslah sewa MPV kan?harganya rm300 untuk 2 hari..depa kata , kalau cuti sekolah harganya rm300 untuk 1 hari..kira diskaun 50% la..bila tengok kat senarai harga kereta tu , semuanya rm100 keatas..myvi pun dah rm1++ (harga cuti sekolah)...oh ni nak cerita, bila Nia masuk je dalam wish , dia terus kata ..cantik la..ehm..insyaAllah ada rezeki kita beli ek sayang..bila?bila ada rezeki lebih...sekarang pakai je myvi dulu..myvi pun cantik gak..hehhe

ok kereta dah ada, so 1st destination is hotel..hotel mana?hotel Bella Vista..nape tak sewa apartment?ehm, cikSuami ada reason dia..x yah la bagitau ek ..pnc je la..dulu honeymoon pun dok hotel ni..kalau tanya saya best ke x, saya rasa biasa je..ala, bukan nak wat pun kat sini , tdo & mandi..tu je pun..tapi this time , better than before..

lepas check-in hotel, kemas-kemas skit..pastu keluar g makan..makan kat kedai makanan Siti Fatimah..x sedap langsung sebab semua masakan dia manis...tapi sebab dah lapar gila, belasah je la..lepas tu g tapak beras terbakar..masa ni Nia baru lelap..Hani plak baru jaga..x kisah, angkut je..cuaca panas nak mampus ok!aduyai..kat sini kami ada la jumpa sorang pakcik ni, sibuk duk amik beras tu nak bawak balik..katanya nak buat ubat sakit buatan orang..ada orang pesan kat dia..saya 1st time tengok beras tu, memang hitam macam terbakar..tapi sebab cuaca panas sangat..tak sampai 5 minit pun kat situ, kami beredar..

next destination is cabel car..yang ni teringin nak naik..tapi sebenor-benornya, saya ni phobia pada ketinggian..yes, u heard my word 'phobia'..kira ni nak test power la..bila sampai je, nampak banner sebesar alam tulis.."cabel car ditutup hari ini"..tapi tak putus asa, g tanya kot-kot la esok bukak..depa cakap NEXT WEEK baru bukak..sebab depa nak tukar cabel..huh..lain kali la datang..so kami pun pulang ke hotel dengan perasan yang hampa..yang hampa tu saya sorang je la kot..on the way back, singgah kat atma batik..cantik-cantik batik kat situ secantik harganya..ayo, mahal SANGAT ok!dalam kereta, Nia sibuk g ke depan ke belakang..jadi nak bagi dia dok diam , tabur kan la janji manis ..nak bawa dia mandi kolam..behave la kejap..tapi kejap sangat tak sampai 5 minit..

sampai je kat hotel, dia sibuk bising cakap nak mandi kolam..dok ngintai kolam renang dari tingkap hotel..dalam pukul 6 cam gitu, kami turun mandi kolam..Hani tinggal dengan babah dalam bilik..alih-alih gerimis tak diundang datang..tapi bantai je la kan..kalau x bising anak dara tu..memang tujuan Mama nak bagi kakak letih, so that malam senang la skit awak tido..

Sebelah malam nya pulak, ingatkan boleh la tinggal kan Durrany kat bilik makLong ..rupa-rupanya cikNia mengamuk plak nak ikut..cancel la dinner mamaBabah, terpaksa angkut dia sekali beli makanan & tapau..Hani tinggal..huh, tak bagi chance langsung..plan asal nak suh cikNia tidur dengan makLong..ntah macam mana ntah, masa borak-borak dengan ciKSuami..terkeluar la isu pasal termanja yang sorang ni..

macam ni, semenjak 2 menjak ni Nia lebih rapat dengan Mama..skit-skit Mama, may be sebab ada sekali tu Babah marah dia dengan agak teruk yang menyebab kan Nia terasa..Sayang, Babah marah awak bukan sebab babah tak sayang, babah sayang awak sangat2...& may be Babah 'termarah' dengan teruk sebab babah penat sangat..mama perasan semua tu, awak tau tak babah awak sedih bila tengok awak x nak manja sangat dengan babah..dan oleh itu, babah telah mengambil keputusan, awak tidur dengan babah malam ni..ini menjadikan ruang tidur mama sangat sempit ok!huh..macam orang tengah bercintala, clash kejap pastu sambung balik..awak bermesra dengan babah malam tu, sangat poyo ek mama nengok..tapi mama suka sangat awak dah couple balik dengan babah..uik?jangan pkir apa2 ok..kemesraan anak & ayah yang biasa je..

Hani macam mana?hani macam biasa, menjadi anak yang sangat baik..ok itu saja untuk kali ini..akan bersambung untuk part 2..


on the way to KLIA



cantik ke kakak ? nanti suh babah beli ek..hehehe



@ beras terbakar



:: langkawi ::

yes, langkawi..kami baru balik dari langkawi...tunggu entri seterusnya ek..sekarang mode: penat gila!

Followers


up