:: cuti - cuti Langkawi part 1 ::

seperti yang dijanji kan , ni nak cite skit pasal cuti-cuti Malaysia kami..some details tak boleh cerita atas sebab-sebab tertentu..so cerita yang basic2 je la ek..kami bertolak dari rumah dalam pukul 9 pagi..cikSuami dah buat webcheck-in one day before..so x yah la rushing sangat..

percutian 3 hari 2 malam , bersama 2 anak kecil..ehmm, x banyak yang diharapkan..just go with the flow, bila tiba waktu boleh bersiar-siar, terpaksa la jugak angkut anak-anak walaupun depa sleepy..kalau nak ikut jadual depa..mak ai, x jalan la..

seperti yang dijangka,Nia sentiasa sibuk la, kehulu -kehilir dalam flight tu tanpa selipar..kejap2 duduk kat mama, kejap2 duduk kat babah..ehm mamaBabah tak duduk sebelah-sebelah atas sebab2 yang tak dapat yang dinyatakan disini.. credit to cikHani sebab sangat la behave..

Sampai je kat tanah tumpah darah Mahsuri tu, cikSuami terus g sewa kereta..hehe, kereta apa yang kami sewa?kereta Toyota Wish..nak beli x mampu, sewa je la..kenapa sewa MPV?sebab kami bercuti bersama -sama family besar saya..jadi haruslah sewa MPV kan?harganya rm300 untuk 2 hari..depa kata , kalau cuti sekolah harganya rm300 untuk 1 hari..kira diskaun 50% la..bila tengok kat senarai harga kereta tu , semuanya rm100 keatas..myvi pun dah rm1++ (harga cuti sekolah)...oh ni nak cerita, bila Nia masuk je dalam wish , dia terus kata ..cantik la..ehm..insyaAllah ada rezeki kita beli ek sayang..bila?bila ada rezeki lebih...sekarang pakai je myvi dulu..myvi pun cantik gak..hehhe

ok kereta dah ada, so 1st destination is hotel..hotel mana?hotel Bella Vista..nape tak sewa apartment?ehm, cikSuami ada reason dia..x yah la bagitau ek ..pnc je la..dulu honeymoon pun dok hotel ni..kalau tanya saya best ke x, saya rasa biasa je..ala, bukan nak wat pun kat sini , tdo & mandi..tu je pun..tapi this time , better than before..

lepas check-in hotel, kemas-kemas skit..pastu keluar g makan..makan kat kedai makanan Siti Fatimah..x sedap langsung sebab semua masakan dia manis...tapi sebab dah lapar gila, belasah je la..lepas tu g tapak beras terbakar..masa ni Nia baru lelap..Hani plak baru jaga..x kisah, angkut je..cuaca panas nak mampus ok!aduyai..kat sini kami ada la jumpa sorang pakcik ni, sibuk duk amik beras tu nak bawak balik..katanya nak buat ubat sakit buatan orang..ada orang pesan kat dia..saya 1st time tengok beras tu, memang hitam macam terbakar..tapi sebab cuaca panas sangat..tak sampai 5 minit pun kat situ, kami beredar..

next destination is cabel car..yang ni teringin nak naik..tapi sebenor-benornya, saya ni phobia pada ketinggian..yes, u heard my word 'phobia'..kira ni nak test power la..bila sampai je, nampak banner sebesar alam tulis.."cabel car ditutup hari ini"..tapi tak putus asa, g tanya kot-kot la esok bukak..depa cakap NEXT WEEK baru bukak..sebab depa nak tukar cabel..huh..lain kali la datang..so kami pun pulang ke hotel dengan perasan yang hampa..yang hampa tu saya sorang je la kot..on the way back, singgah kat atma batik..cantik-cantik batik kat situ secantik harganya..ayo, mahal SANGAT ok!dalam kereta, Nia sibuk g ke depan ke belakang..jadi nak bagi dia dok diam , tabur kan la janji manis ..nak bawa dia mandi kolam..behave la kejap..tapi kejap sangat tak sampai 5 minit..

sampai je kat hotel, dia sibuk bising cakap nak mandi kolam..dok ngintai kolam renang dari tingkap hotel..dalam pukul 6 cam gitu, kami turun mandi kolam..Hani tinggal dengan babah dalam bilik..alih-alih gerimis tak diundang datang..tapi bantai je la kan..kalau x bising anak dara tu..memang tujuan Mama nak bagi kakak letih, so that malam senang la skit awak tido..

Sebelah malam nya pulak, ingatkan boleh la tinggal kan Durrany kat bilik makLong ..rupa-rupanya cikNia mengamuk plak nak ikut..cancel la dinner mamaBabah, terpaksa angkut dia sekali beli makanan & tapau..Hani tinggal..huh, tak bagi chance langsung..plan asal nak suh cikNia tidur dengan makLong..ntah macam mana ntah, masa borak-borak dengan ciKSuami..terkeluar la isu pasal termanja yang sorang ni..

macam ni, semenjak 2 menjak ni Nia lebih rapat dengan Mama..skit-skit Mama, may be sebab ada sekali tu Babah marah dia dengan agak teruk yang menyebab kan Nia terasa..Sayang, Babah marah awak bukan sebab babah tak sayang, babah sayang awak sangat2...& may be Babah 'termarah' dengan teruk sebab babah penat sangat..mama perasan semua tu, awak tau tak babah awak sedih bila tengok awak x nak manja sangat dengan babah..dan oleh itu, babah telah mengambil keputusan, awak tidur dengan babah malam ni..ini menjadikan ruang tidur mama sangat sempit ok!huh..macam orang tengah bercintala, clash kejap pastu sambung balik..awak bermesra dengan babah malam tu, sangat poyo ek mama nengok..tapi mama suka sangat awak dah couple balik dengan babah..uik?jangan pkir apa2 ok..kemesraan anak & ayah yang biasa je..

Hani macam mana?hani macam biasa, menjadi anak yang sangat baik..ok itu saja untuk kali ini..akan bersambung untuk part 2..


on the way to KLIA



cantik ke kakak ? nanti suh babah beli ek..hehehe



@ beras terbakar



0 comments:

Followers


up