:: Memori ::

Tadi belek-belek fotopages yang dah bersawang tu, tengok balik gambo-gambo ni ...rindu plak pada mereka..bila agaknya boleh berkumpul semua sekali..


Dari kiri : Lia, Thah, Yana, Evi

Lia
Sudah jadi cikgu diPahang..sedang bahagia hidup bersama suami and baby boy depa..last
time jumpa masa dia kawin, masa tu Nia baru umur 2 bulan

Thah
Cikgu Thah baru sahaja melahirkan baby boy beberapa minggu lepas..oh sangat comel Ammar Fawwaz..nanti dia balik Puchong nak g lawat..last time kami jumpa masa akikah Hani

Yana
Sedang bertungkus dengan lumusnya menghabiskan master nya, masih belum berkahwin dan saya masih menunggu bila dia nak kahwin..dia ialah pengapit saya dulu..dia juga sedang menjalinkan hubungan dengan budak bawah umur bernama
shimin..hahaha..last time kami jumpa masa akikah Hani

Evi
baru semalam jumpa..dah tak rindu sangat..hahaha..evi bertugas sebagai RO di KKM ,
Bangsar , tapi menetap di Putrajaya & mempunyai seorang anak perempuan bernama Evi Qaisara


Yang kat bawah ni member masa kat matrik

Dari Kiri : Lia aka crab, saya, mumu,kak ayu , bulat


Lia
Belum berkahwin dan sedang bertugas di hospital di Sarawak ..yeke?last time jumpa masa kahwin kak ayu

Mumu
Masih belum berkahwin, dah x tau keje mana, x tau dah camne nak contact..last time
jumpa masa kenduri kak ayu

kak ayu
Cikgu math di KL, sedang bahagia disamping suaminya Rozam n baby boy mereka Lut
Ukail..last time jumpa masa dia kawin

Bulat
sedang menghabiskan masternya di UKM dan juga sedang pregnant, dijangka 2 bln lagi,
bom itu akan meletup..last time jumpa masa g amik kad kawin dia kat umah dia..amik kat
kawin dia?


Yang ni roommate kat KMNS..semua berwajah dara lagi masa ni..

Dari kiri : Ida, Ami, Mc Tie

Ida
Sudah berkahwin, tinggal kat Penang, sedang mengandung..eh ke dah bersalin?x tau pun.Last time jumpa masa dia keje kat JPM..long time ago

Ami
Sedang berbahagia disamping suami & baby boy mereka..last time jumpa?oh, sangat lama..masa dia kat UM

Mc Tie
Ni lagi sorang member yang bertungkus lumus nak abihkan master yang x abih-abih..sedang berbahagia disamping suami & Nurani yang sangatlah keletah..Last time jumpa masa Hani berumur 2 bulan..pasni jumpa lagi wei!

Bila la kita boleh berkumpul ramai-ramai ni kawan-kawan?

1 comments:

liyana zulkeplee berkata...

naseb aku bc blog ko..ada nama aku rupenye..hahaa..patot kne tag nih!!

Followers


up