:: THE FIRST CRY ::

flashback...zuppppppp


06.06.08, pukul 2 pagi...lokasi ruang legar Dewan bersalin, Hospital Putrajaya..

tetiba rasa kain mula basah..aduh, cuak..amende ni..darah ke?"nurse, saya rasa saya terkencing la.."nurse mula menyelak kain.."oh ketuban puan pecah.."peh, air je...lega..bilik bersalin sudah ada yang kosong, nurse mula menyorong katil masuk ke bilik..."nurse, saya nak jumpa husband saya.."pinta siIsteri dalam ketakutan..takut-takut tak dapat lagi berjumpa suami tercinta selepas ini.."puan tukar baju dulu, pasni kita panggil husband puan masuk".."tukar kat mana?sini?"..siIteri sebenarnya malu.."ye la, kat sini..ala x yah malu..nanti kitaorg tengok jugak"..ha amik ko zie!

06.06.08, sekitar 2.30 pagi, lokasi masih didalam bilik bersalin

cikSuami masuk & terus menggengam erat tangan siIsteri..siIsteri rasa sungguh terharu & tergaru..ahaks!..oh ya, cikSuami juga menitis kan air mata..kesian melihat siIsteri menahan kesakitan,katanya..dia juga berkata kalau boleh ditukar rasa sakit tu kepadanya, dia sanggup..peh, time begini semuanya sanggup sebab dia tahu memang tak boleh tukar punya....ngomel siIsteri didalam hati..yaAllah, nape la isteri camgini?nak bersalin pun ngomel lagi..dan tak lama selepas tu , Allah telah memberi contraction sebagai balasan diatas ngomelan (ada ke word cam gini ) siIsteri tadi..ingat pembaca semua, Allah bayar cash..

06.06.08, sekitar pukul 4.00 pagi, masih didalam bilik bersalin

contraction makin kuat..maksudnya siIsteri makin sakit..pinggang rasa macam nak tercabut..nurse masuk suruh siIsteri sedut 'laughing gas' untuk mengurang rasa sakit, bukan untuk membolehkan siIsteri ketawa ok!siIsteri pun menyedut dengan rakus nya tanpa meninggalkan ia walau sesaat..bukaan sudah 7 cm..nurse kata lagi 3 jam untuk mencapai bukaan 10cm..uwaaaaa, tak sanggup nak tunggu lagi..tapi nurse sudah berjanji akan kembali pada pukul 5 pagi nanti untuk periksa bukaan ..siSuami masih setia disisi, sambil memegang erat tangan siIsteri ..mulutnya tak putus-putus berzikir doa Nabi Yunus

06.06.08, sekitar pukul 5.00 pagi, masih didalam bilik bersalin

masa dah time..hehehe..nurse datang lagi.."ok puan , dah 10 cm..angkat kaki, kangkang..tarik kaki kebelakang.."siIsteri hanya menurut.."ok puan, push.."percubaan pertama gagal..siIsteri sudah tiada tenaga..nafas semakin pendek.."ok, kita try lagi, baby puan ni kecik..boleh ni..saya tolong buka jalan "..bebel si Nurse sambil mengorek-ngorek 'jalan' tu..ngeri bila terkenang gaya korekan nurse tu.."ok push.."gagal lagi.."curi nafas puan, tarik nafas panjang..pastu push"....again and again..and....gagal lagi.."puan, puan kena curi nafas, baby dah sampai kat pintu ni..cik cuba tengok"..sepantas kilat cikSuami melepaskan tangan dan pergi ke 'pintu' itu.."sayang, abang dah nampak anak kita..abang dah nampak"..siIsteri merasa sedih, terasa seperti sudah gagal..sudah berputus asa untuk terus berjuang.."ok kita try lagi, kalau tak boleh jugak, kita forsep..tapi husband kena duduk luar"..duduk luar?oh no!!!!"ok sayang tengok tangan abang.."siSuami menunjuk kan penumbuk nya..."tahan nafas ok...bila abang lepas, zie hembus nafas perlahan-lahan"..lama cikSuami menunjukkan penumbuknya, dan selama itu la siIsteri menahan nafas..gengaman itu terlerai perlahan-lahan, sama seperti hembusan nafas siIsteri dan dalam masa yang sama baby keluar perlahan-lahan dari rahim siIbu untuk melihat dunia..for a few second, baby tidak menangis & siIbu panic sekejap...tapi lepas tu dia terus menangis dengan kuatnya..Ya Allah, satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata..cikSuami tak putus-putus mencium dahi siIsteri...wink..syukur tak terhingga dengan kelahiran Nia Durrany..tangisan itu berterusan sehinggalah Nia diqamat kan..syahdu sangat waktu tu dan itulah the very first cry of Nia Durrany..

dan itu lak kenangan saya yang ingin saya kongsikan bersama untuk menjoin kan diri dalam contest THE FIRST CRY..agak skema & letih jugak mengarang..hehehe..anda pun ada pengalaman?jom la join , memeriahkan contest..

cara-caranya seperti ini:

  • Make a new post on your blog, titled THE FIRST CRY and share your first baby birth experience.
  • Must put the contest banner and link back to this contest page.
  • Leave the URL to your entry in the comment box below.

2 comments:

Aidi-Safuan berkata...

la, ingatkan tak update blog. rupanya atas tuh sticky post. hehehe... btw, kenapa tiada doktor dalam story nih? semua nurse je. aneh nih...

Norfazidah Binti Saari berkata...

x tau la..may be sebab tgh pagi sangat beranak n x serius sgt pun kes nya..tu pasal la x de doktor..ada 2 nurse je..sob..sob.

Followers


up