:: Updating ::

sapu - sapu skit, banyak plak daun kering yang sepah-sepah..lama rasanya tak update blog ni..ntah apa la yang disibukkan sangat..

bulan ni (bulan Jun), ada beberapa perkara yang berlaku...nak cerita panjang lebar pun tak larat, jadi cerita yang penting-penting je la ek..penting ke?..


6 Jun

Nia Durrany genap 2 tahun..kami buat birthday party skit, jemput sahabat-handai dan jiran terdekat je..maaf pada sesiapa yang terasa sebab tak dijemput..jujur nak bagitau, plan majlis nya kecik je, kos pun kecik je...jadi paham-paham je la ek.kalau nak puas kan hati semua orang, tu dah macam misi mustahil la..ada yang cakap, tak kisah la kecik pun, jemput je la..tapi secara rasionalnya kami sebagai tuan rumah, memang la boleh nak jemput sekampung orang datang majlis tu, tapi nanti kalau tak cukup makan minum , camne..diulangi sekali lagi, budget nya kecik je..insyaAllah, kalau ada rezeki lebih nanti, lagi besar la majlis nya..ok!



Ni hadiah dari mamaBabah..Memang dia minta nak basikal..dan basikal tu pun dia sendiri yang pilih..




Gambar pooh yang tengah bersedih


Perkahwinan Kauthar & Asyiqin

Saya dapat biras baru kerana adik ipar sudah berkahwin..dapat orang Subang, dekat je..semoga bahagia, kekal ke akhir hayat..cepat-cepat la ek menimbang cahaya mata..takut kakak dan abang mu meninggalkan kamu berdua jauh kebelakang..hehehe



Perkembangan Durrany

ni part yang paling best..bercerita mengenai anak-anak dan cikSuami adalah perkara yang sangat membahagiakan..tak dapat nak bayangkan hidup tanpa mereka semua..

Nia Durrany, macam biasa, sangat kepochi..lagu dah macam-macam siap bergaya dengan mic lagi kalau nyanyi..mic nya ialah botol susu, pin bowling mainan dia..makan pun dah macam-macam, sudah makin bijak untuk request macam-macam jugak..ehm, yang paling tak tahan, "jom mama, g beyi apan.."= jom pergi beli sarapan..nampak sangat mama dia malas masak..uwaaa..

Hani Durrany begitu juga, cuma bulan ni selsema agak lama..masih dalam stage nak berdiri tanpa pegang apa-apa..masih lagi tak boleh ditinggalkan kalau kat rumah onni (menangis 24/7)..aduyai adik..tapi sudah pandai bergaduh dan cari gaduh..aksi rebut-merebut barang antara 2 Durrany ni dah biasa..kalau Hani yang menang, siKakak mula la ngadu..kalau kakak yang menang, adik?adik buat muka tak de perasaan..hahaha..pernah sekali tu, depa berdua berebut permainan piano..piano tu kecik je..sorang tarik, sorang tarik balik..last sekali, Hani menggunakan cara kotor untuk menang dengan baring atas piano tu..jadi kakak payah la skit nak tarik..oh Hani masih belum pandai sebut mamaBabah..dia tau sebut ji-ji..tak tau la amende maksudnya..

bulan depan anniversary kami yang ke-3..3 tahun sudah, dan anak masih 2..hahaha..mulai bulan depan, kami bercadang untuk menambahkan bilangan ahli keluarga..harap-harap kali ni dapat la seorang hero..semoga murah rezeki kami sekeluarga..insyaAllah, kalau ada rezeki dan dipermudahkan semua urusan, sesuatu akan berlaku bulan hadapan..apa dia?tunggu...

3 comments:

Nur Su'aidah berkata...

selamat hari lahir :)

owhh ya kak. happy anniversary :) semoga bahagia selalu yaa. insya'allah.

Salbiah bt Karim berkata...

oh zie, nampaknya sal akan ketinggalan sorang anak. hehe. 2014 nanti br plan nk anak lg. tapi syyyhhh (diam2 tau). nanti shidi x luluskan plak. nk buat anak mengejut, haha.

yahaya berkata...

comel comel..suka la tgk

Followers


up