:: baby sales lagi ::


Products Offered

Kidswear (Age 1 – 14)

Location (Tel: 603 8068 8888)

KIKO Garments Sdn Bhd

No. 1 Jalan Industri PBP13

Taman Industri Pusat Bandar Puchong

47100 Puchong

Selangor Daru Ehsan

Malaysia




Products Offered

Baby, Kids & Adult Fashion

Brands Offered

Disney

Coccon

Little Polo

Anakku

BearHug

Carter’s

and more

Time: 12pm – 12am

Location (Tel: 6016 666 0316)

Dewan Serbaguna Precinct 16

Alamanda Putrajaya

(near Alamanda Shopping Centre)


Saya dah pergi yang kat Putrajaya tu..best..nak pergi lagi kalau ada duit..bilakah?

:: pregnant..pregnant lagi ::


no..no..no..saya tak pregnant..tapi saya nak dan sudah bersedia untuk pregnant kali ke-3..cikSuami pun dah ready nak jaga 3 orang anak..ehm, bunyi agak gelojoh..tapi tu la, nak capai target, 4 orang anak sebelum @ pada 30 tahun..pastu stop pregnant sehingga dapat satu tarikh yang akan ditetap kan kelak..ececeh

seronok bila pregnant ni..sebab akan ditatang bagai minyak yang penuh..hehehe..tapi paling tak seronok bila dah lepas pregnant, waktu pantang..jalan terkepit-kepit, pantang makan, nak kuar umah pun tak boleh..adeh..

kepada rakan -rakan ku :

Nana dan siti :
semoga selamat melahirkan anak kedua kalian..best of luck!


Effa :
akhirnya..setelah sekian lama...jaga diri and kandungan baik-baik...long way to go..


si A:
jadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran ok..please take care of yourself and
baby
dalam perut tu..


Si B :
walaupun ko kata tak approve lagi..aku tahu sebenarnya +ve..jaga diri
baik-baik..kalau
boleh, suh baby keluar pada waktu yang sesuai ok!


Makngah Nana : good luck!


:: padah bila dah terjebak ::



Tak tahu la apa nama permainan ni ..tapi yang pastinya Durrany sudah terjebak dengan benda alah ni..kalau sebelum ni, Nia setakat pandang je..tak pernah minta nak naik , apatah lagi nak main..sebelum ni kalau pergi kedai Manjaku, Nia akan cakap "tu adik punya mainan kan mama?"..hehe..sekarang tidak lagi..ni semua gara-gara masa jalan-jalan @ jusco last weekend..mulanya Nia nampak beberapa orang kids lebih kurang besar dia, dok main happy-happy kat situ..Nia pun mencuba kaedah cuba & berjaya..mungkin that day Allah dah bukak kan pintu hati mama nak bagi Nia main ni..hehehe..1st time dalam idop..seronok gila..tapi yang kecik tu paling seronok..dia yang dok putar stereng dengan bersungguh-sungguh sekali..

Esokkan harinya, mama request nak breakfast kat restoran chaiyok sebab nak makan bubur..lepas breakfast, saja-saja la merayau kat alamanda..berbekalkan pengalaman semalam, bila nampak je mainan ni, Nia terus meluru mendapatkan nya..dapat main kejap, jadi la..nasib baik la Nia bukan jenis budak yang akan berguling-guling kalau tak dapat..tapi dekat public je, kat rumah berguling-guling jugak..sure lepas ni, kalau nampak je mainan ni, Nia akan request nak main..so mamaBabah kena selalu prepare syiling la..ni la akibat nya bila dah terjebak

video

Followers


up