:: pemahaman yang berbeza II ::

semalam masa dalam kereta, mama tanya nia satu soklan..nia jawab "mano ado"..mama cakap,"kakak, cakap la guna bahasa yang betul..mana ada..bukan mano ado"..macam biasa, Hani pun mencelah,"kena cakap betul-betulkan mama?kalau tak berdosa..masuk api neraka..."nia balas, "bukan la nanti tuhan amik lidah..ha, camne nak cakap?"..hani tetap dengan hujah nya, "tak la, masuk api neraka!"

wah,dasat nya pembalasan...mama pun gerun cam gini

:: pemahaman yang berbeza ::

waktu : 7.05 malam
hari : khamis
lokasi : dalam kereta, on the way balik rumah

babah : alamak, cite tentang dhia dah start..tak sempat la nak tengok ni..
mama : huh, dah nak abih dah..tak dapat la tengok tentang dhia arini..
nia : babah, boleh tak babah tolong laju skit..laju skit je..
mama : eh, mana boleh laju..nanti eksiden camne?langsung tak boleh tengok esok...
nia : laju skit je, bukan banyak pun..
mama : tak boleh, bahaya..

tetiba , ada plak satu lagi suara..

hani : mama, mana boleh laju kan?dosa..nanti masuk api neraka..kan mama?

mama, babah, nia..terdiam..

:: nia & potty training ::

dah nak dekat sebulan nia free diapers , tapi nak tido malam still pakai..mamaBabah belum yakin nak off diapers waktu tido walaupun bila bangun pagi tengok pampers Nia kering..

entry ni untuk panduan mama Durrany mengajar adik-adik Nia potty training di masa-masa akan datang..

sebenarnya Nia Durrany memang sudah pandai membuang air besar kat toilet sejak beberapa bulan yang lepas, cumanya yang 'kecil' belum pernah diajar lagi..reason why, Nia ni sangat selalu terbocor kalau pakai pampers, sebab dia sangat minat air masak..(botol susu 11oz , sejam refill 2 kali)...jadi mamaBabah sebenarnya belum bersedia untuk menghadapi kebocoran diatas lantai..but since Nia dah 3 tahun (6 Jun lepas), harus la diajar membuang di toilet..lagipun dia memang dah lama request nak membuang kat toilet.


berikut ialah step-step yang saya gunakan untuk train Nia :

1. berbincang dengan cikSuami
cikSuami punya approach dia sendiri, pakaikan je Nia pampers, then remind Nia kalau dia nak kencing, suh dia bagitau mamaBabah..actually dah pernah buat dah kaedah ni, tapi gagal sebab dalam masa nak bukak pampers tu, dia dah terkencing dalam pampers..cikSuami kata, kalau bocor dia tak lap..huh!ok x pe2, saya kata saya akan buat..grrrrrrr..remind cikSuami untuk tanya Nia "nak kencing ke?ada rasa nak kencing ke?" setiap 15 minit..dan harus bersedia dari segi mental dan fizikal sebab saya budget dia akan bocor AT LEAST 15 kali untuk hari pertama..dan remind diri sendiri dan cikSuami jangan marah Nia jika dia terbabas..terima hakikat this is process of learning..enjoy saja k!


2. sediakan tempat yang sesuai
gulung semua carpet..saya juga tak benar kan Nia main dalam bilik dan terlompat-lompat atas katil...dan limitkan tempat dia bermain..agak kejam skit disitu ek..


3. janjikan ganjaran lumayan
kalau dah pandai kencing kat toilet sendiri, tanpa bocor...seluar dalam Minnie Mouse menanti Nia..

4. pujian melangit dan menceritakan contoh -contoh testimoni yang dah berjaya
hahaha, agak letih sebenanrnya cerita benda yang sama..tapi nama lagi kanak-kanak kan, dia tak jemu untuk mendengar, nak-nak dengar pujian untuk dia dan testimoni yang saya gunakan ialah orang-orang yang dia kenal..memuji cik Nia Durrany setiap kali dia berjaya melepaskan hajat di dalam toilet..saya cerita kat Nia, "bagus kakak, dah besar kencing kat toilet macam kak nana (member Nia), nanti boleh pergi sekolah dengan kak nana"..yes i did it ok!repeat the same phase berpuluh kali dalam satu hari..

kak Nana dan Nia Durrany

5. ni yang paling penting..BERTANYA
setiap 15 minit, saya dan cikSuami akan bertanya "Nia , nak kencing tak?ada rasa nak kencing tak?"..sampai Nia pun boring..sampai ke petang tu, tak sempat abih tanya dia dah jawab "tak de rasa nak kencing, tak nak kencing.."

6. istiqamah
bila Nia dah terbabas tu, cikSuami kata pakai kan je pampers..saya cakap "istiqamah b.."..ingat , this is process of learning..untuk Nia belajar benda baru, untuk kami mengajar benda baru

hari pertama latihan start pukul 9 pagi - 5 ptg

jumlah terbabas : 1 kali SAHAJA...huh, sangat impress..itu pun terbabas betul-betul depan bilik air..sangat tak sempat punya kes..



hari kedua pun begitu : 9 pagi - 5 ptg

jumlah terbabas : 1 kali SAHAJA

ada lagi improvement on 2nd day, Nia tak nak membuang langsung dalam pampers ..dia kata sebab dah besar, kena pergi toilet..pakai pampers betul-betul bila nak masuk tidur..



hari ke-3 :

dirumah onni tak terbabas langsung...pakai pampers hanya bila betul-betul nak tidur..



hari ke -4 :

sudah pandai cebuk sendiri...hasil tunjuk ajar dan pertolongan onni


rupa-rupanya bukan susah sangat nak ajar anak ke toilet ni..in my case sebenarnya mamaBabah sebenarnya yang belum bersedia..tak yakin yang Nia sudah bersedia, walhal dia sudah sangat bersedia...bagus kakak!bak kata babah, bila kakak kurang pakai pampers, itu maknanya PENJIMATAN BESAR!..sekarang ni kalau setakat travel ke rumah onni @ jalan-jalan sekejap, tak pakai pampers..kalau jalan jauh baru pakai pampers..tapi malam still pakai pampers..saya dah beli plastik lapik meja tu untuk letak kat bawah cadar Nia..tapi cikSuami kata tak payah la, nanti panas..tiada sokongan ek disitu...huh, tapi insyaAllah, dalam masa terdekat ni, mama akan usahakan jugakan kakak tidur malam tanpa pampers..


cinta hati mamaBabah

:: Nuha & NICU ::

sambungan dari entri ini

lokasi Nuha : Nicu Hospital Pakar Annur
sejam lepas Nuha lahir, nak sangat pegang and breastfeed Nuha..tapi nurse tak kasik, dia kata sebab x settle lagi..tunggu lagi..dan tunggu lagi..dah 3-4 jam tak dapat jugak pegang Nuha..lepas tu nurse datang, bagitau doktor nak jumpa cikSuami..dah cuak ni, mesti ada something wrong ni..

lepas tu cikSuami datang bagitau saya Nuha kena tahan kat NICU sebab nafas dia laju..dan perlu bantuan oksigen..masa ni saya boleh bertenang lagi, sebab pernah dengar kes macam ni..dan doktor plak cakap normal je ni, sebab Nuha border line prem baby..biasanya 2-3 hari dah boleh discaj..Nuha di’puasa’ sepanjang berada diNicu…hari ke-2 Nuha kat nicu, kami datang tengok Nuha..doktor bagi kami harapan yang Nuha getting better, may be esok boleh start feeding guna syringe..Ya Allah seronoknya hati..

pagi-pagi esok, subuh hari lagi saya dah bersiap nak pergi amik Nuha..tak sabar rasanya nak bawa dia balik..tetiba dapat panggilan daripada hospital, Nuha KIV to transfer?sebab dia perlu didiagnose lagi..doktor minta kami datang segera untuk penjelasan lanjut..

sampai kat hospital, doctor kata pernafasan Nuha masih tak stabil..mereka tak cukup equipment untuk diagnose paru-paru Nuha..Nuha perlu di x-ray menggunakan portable x-ray. Bermula lah episode mencari hospital kerajaan, dari Selangor ke KL, ke seremban..semua nicu penuh..kami minta tolong few friend yang bekerja dihospital untuk confirm kan sama ada betul-betul penuh atau tak..tapi result nya sama juga, PENUH

jadi kami terpaksa hantar Nuha ke another private hospital iaitu KPJ kajang..kos nya sangat tinggi, anggaran rm1.5K/day..masa tu cikSuami kata, tak pe la, yang penting Nuha selamat..cikSuami pergi iring ambulans ke KPJ lepas hantar saya ke rumah


Nuha ready to be transfer

lokasi Nuha : NICU KPJ Kajang
lepas register Nuha, cikSuami balik rumah.sampai je rumah, dia terus tunjuk gambar ni


saya terus terduduk, menangis...nasib baik masa tu anak-anak yang lain kat luar bilik..tak mampu rasanya nak bertanya apa-apa…sedih sangat bila tengok anak yang sendiri berselirat tubuh badan dengan wayar..sedih lagi bila kenangkan anak yang tak sempat dipeluk cium lagi..cikSuami carita, Doctor kata “saya takut tengok baby ni masa dia mula-mula sampai..dia biru..kandungan oksigen dalam badan dia masa sampai tadi hanya 20%.nasib baik cepat sampai..sekarang kita dah bagi bantuan oksigen 70%, insyaAllah malam ni boleh dapat result x-ray..

zie, kita pergi tengok baby malam ni ek..jangan sedih , zie kena jaga diri..pandang la anak-anak yang lain..ujian Allah untuk kitaye, ujian untuk kita..terima kasih sebab selalu bagi sokongan dan kekuatan untuk zie..luv so much sayang

Dan malam tu kami pergi tengok Nuha..hasil x-ray mendapati lung Nuha ada kuman..begitu juga dalam darah dia…doctor bagi antibiotic kat Nuha, dan Nuha masih dipuasa kan..
Hari ke-2 ni KPJ, diduga lagi...saya cuba nak pam susu untuk Nuha..cik ‘B’ dah bengkak sangat..saya pam tak mahu keluar..lepas tu saya tuam , dan pam lagi..dan pam lagi..dan pam lagi..tak keluar …badan saya dah mula rasa sejuk..macam nak demam..last sekali saya minta izin suami & mama untuk menyusukan anak kawan baik saya..Alhamdulillah dia faham keadaan saya dan mereka suami isteri bagi anak mereka untuk saya susu kan..cukup la sekadar melegakan bengkak ‘b’..lepas daripada tu, barulah susu keluar bila dipam..

Saya bawa susu yang dipam untuk Nuha, dengan harapan dia dah boleh start feeding..tapi belum lagi..dia masih dipuasa kan dan saya tengok badan dia makin kecik je…waktu ni , dia kena jaundice dan diletakkan bawah lampu…
Hari ke-3 pun begitu jugak..sampai la hari ke-4, dia dah boleh feeding , tapi guna syringe..hari ke-4 , doctor Mahani (paed yang rawat Nuha di KPJ), dah dapatkan tempat untuk Nuha di nicu hospital kajang…doctor kata Nuha dah stabil to transfer…

Lokasi Nuha : Nicu hospital kajang

Sampai je kat sini, Nuha didapati tak stabil balik..masa doctor kata “anak puan terkena Pneumonia yang agak hebat”..huh rasa macam nak tumbang depan doctor tu..waktu –waktu macam tu word;agak hebat @ tak stabil @ kritikal..tu semua word yang boleh membunuh perasaan seorang ibu.. again, Nuha terpaksa dipuasa kan..

Keesokkan harinya kami datang, nuha tak de kat admission area…saya tak terus tanya nurse, saya tengok kat white board yang tulis no bilik and nama baby..nama saya tak ada disitu..saya terus keluar jumpa cikSuami..tanpa cakap apa-apa, terus nangis..

cikSuami : "kenapa?"
Saya : “nama zie tak ada kat white board tu, nuha pun tak ada kat tempat semalam..”
cikSuami : “masuk la Tanya nurse..
saya : “tak nak..takut..”
cikSuami :”ha takut?nape takut
saya :”takut..takut kalau..”..ehm, nangis lagi…
cikSuami : “insyaAllah tak ada apa-apa..tanya je
sebenarnya saya takut kalau jawapan nya Nuha dah tak ada lagi..saya tak kuat untuk itu..sangat tak kuat
saya masuk balik, tapi dok berdiri je kat kaunter tu sambil nangis-nangis..tetiba nurse datang,anak puan kat bilik belakang..sebelah kiri..puan dah boleh breastfeed dia..


buat pertama kalinya...Nuha tanpa bantuan oksigen

Alhamdulillah…saya terus meluru ke bilik belakang..tengok Nuha tengah tidur..saya angkat, peluk , cium Nuha untuk pertama kali nya..sangat kecil, sangat kurus..saya tunggu dia kat situ sampai dia bangun..sangat nikmat bila dapat breastfeed dia..
Begitu la saya dan Nuha di hospital kajang selama 6 hari …sian Nuha kena cucuk sana sini sebab nak masukkan antibiotic, sampai dah tak de tempat nak cucuk lagi dah..
Akhirnya selepas hampir 2 minggu lahir, Nuha dibenarkan pulang…begitu la cerita Nuha dan Nicu..


Nuha : setelah beberapa hari dirumah


Nuha ~ 3 bulan..membesar dengan susu mama


:: Roslan , oh Roslan ::

Siapa roslan?

ceritanya begini..cikNia dan CikHani memang sangat susah bila disuruh tidur ..macam-macam helah depa..bila mamaBabah suruh tidur, ada je alasan.time tu la nak berak la, nak makan la, nak itu la, nak ini la..

sejak cikNuha hadir dalam hidup kami, kakak-kakak nya dah mula dilatih tidur kat bilik sendiri..but of course la kan sebelum tidur tu babah kena tidur kan depa...disebabkan proses nak tidur kan cikNia dan cikHani ni makan masa yang sangat lama, tetiba babah come out dengan satu idea yang agak bernas tentang roslan..ok sebelum tu nak bagitau, cikNia dan cikHani ni memang takut dengan lori..sebab mamaBabah selalu omong-omongkan.."lori bawa budak-budak nakal, sape nakal @ bising-bising, nanti lori amik"..hehehe sian betul jadi budak-budak..ok back to the story, tetiba babah dapat idea nak namakan driver lori tu dengan nama ROSLAN..sebelum ni kalau babah kata "tidor cepat, nanti lori datang amik"..cikHani jawab "lori, amik Hani"..bikin hati babah terbakar ok!..that nite babah kata "ok, semua tak nak tidur, babah tepon roslan, suh datang amik!"..

ciksuami pun telefon la mama, suh mama datang ketuk pintu.."roslan, datang sekarang amik Nia ngan Hani ni..diaorang tak nak tidur"..mama pun datang, ketuk pintu...lepas tu terus dengar suara Hani nangis-nangis.."a nak,a nak" (tak nak, tak nak)..tak sampai setengah jam lepas tu ,ciksuami datang bilik mama ..."huh, panggil roslan baru depa tidur..susah betul"..terima kasih roslan..memang roslan banyak berjasa pada kami..sejak daripada itu, Durranies memang takut kalau mamaBabah sebut ROSLAN..dan ini memudahkan mamaBabah...i lap u la ROSLAN

::Kronologi kelahiran Nuha Durrany ::

sehari sebelum kelahiran Nuha Durrany

pukul 4.30 petang, saya masih dioffice..terasa nak membuang air kecil, g toilet tengok-tengok ada 2 spot darah kat panty liner..terus cuak beb..adakah masa dah time?..huhu..terus call cikSuami, dia kata kalau sakit baru pergi hospital..aish, tapi ni dah kuar darah..masa time Nia and Hani dulu,setitik darah pun tak kuar..then kami decide untuk pergi hospital jugak..pukul 5 ptg, cikSuami sampai office then kami terus ke Annur..

sampai sana, mula la saya create story..

"nurse, saya ada contraction, kerap jugak..every 20-30 min"

sori cikNurse, terpaksa..kalau tidak sure u suh i balik umah..then bila dah sakit betul-betul baru datang kan?so dengan cerita yang tak seberapa tu, depa suruh saya wat CTG..boring sangat tau..after 20 minutes, nurse datang balik and stop kan CTG machine tu..

nurse: "sakit sangat ek puan?"
saya :"boleh la" walhal, tak rasa apa pun.."tinggi ke contraction nya?"
nurse : "tinggi jugak..jap saya panggil doktor"

gulp, serius?awat tak rasa pun?doktor pun tiba, dan operasi seluk-menyeluk pun bermula..

doktor : "mama, dah 3 cm..masuk wad ek.."

ok doktor ,kita settle kan hari ni..huhu..that time saya pun sebenarnya dah tak larat dah nak bawa perut..lebih kurang pukul 7 malam, settle la semua urusan pendaftaran..since wad yang kosong hanyalah 4 bedded and suite, so kitaorang amik suite..sebab tak nak cikSuami balik rumah punya pasal, melayang la duit..request kat cikSuami nak makan pizza..huhu, sebab lepas bersalin lambat lagi baru boleh makan pizza..pukul 11 malam, doktor datang cek..aish, seluk lagi..baru 5 cm..masa ni dah banyak dah darah & lendir yang keluar..sangat-sangat la tidak selesa..nurse kata labour room penuh, so duduk bilik dulu..it's ok sebab belum sakit lagi..jadi boleh ber'fb'..saya dari office kan tadi? so haruslah ada laptop bersama..pukul 2 pagi, nurse datang nak bawa turun g labour room.sebelum masuk labour room, sempat la minta advise doktor..patut @ tak amik epdural..sebab sebelum ni, tak pernah kuar darah sampai gini skali...doktor kata , ikut past history macam tak berbaloi untuk amik epidural..masa bersalin Nia, 3 jam dalam LR,masa bersalin Hani , 2 jam dalam LR..

tapi itu la kan, bukan semua anak tu sama je...untuk kali ini , saya duduk dalam labour room selama 8 jam..amik tu, sampai lenguh pinggang ..dari pukul 2 pagi - 7 pagi..bukaan masih 5 cm dan ketuban masih tak pecah lagi...doktor pun tak pecahkan, may b dia pun nak tdo kot,huhu..pukul 7 pagi tu,dah start contraction yang kuat..doktor datang pecahkan ketuban..mata pun dah tak larat, perut pun dah lapar..saya pun pasrah..saya request epidural..setengah jam lepas amik epidural, bahagian pinggang kebawah dah rasa kebas..perut lapar, then saya request breakfast dalam labour room..huh, makan pun ala kadar je..lepas amik epidural, cikSuami balik rumah, mandi..yela, dari semalam tak mandi..masuk labour room pun pakai baju dan kasut kerja..pukul 9.30 nurse kol cikSuami, nak bagitau saya dah nak bersalin..ingat kan bila amik epidural ni langsung tak sakit, rupanya rasa jugak..tapi skit je la..bila dah tiba masa nak push tu, memang push dengan bersungguh-sungguh..alhamdulillah, dengan sekali teran, lahir la Nuha Durrany kemuka bumi ini...kali ini cikSuami diberi peluang snap few pics kelahiran Nuha...tali pusat Nuha pun babah yang potong..mama nampak bulu roma babah tercacak-cacak je..

cerita Nuha tak berakhir disini ek, Nuha terpaksa ditahan diNicu selama lebih kurang 2 minggu..next entry nanti saya cerita pasal nuha & nicu..








:: Sinopsis telenovela Marimar ::


Terjebak sudah..

SINOPSIS Telenovela ‘Marimar’ Philipine Version (taken from here)

Gustavo Aldama, seorang pengusaha kaya, menikahi seorang wanita bernama Lupita walaupun ketidaksetujuan ibunya tentang hubungan mereka. Hal-hal menjadi lebih rumit ketika Lupita melahirkan anak Gustavo, yang ia namakan Marimar. Dolores, ibu Gustavo, percaya Lupita kahwini anaknya hanya untuk harta mereka dan cuba melakukan segala galanya untuk memisahkan mereka berdua.

Dolores member ubat kepada Lupita dan mengupah seorang lelaki, dan menyiapkan mereka untuk membuatnya terlihat seperti Lupita menjalinkan hubungan dengan lelaki itu. Gustavo terasa hancur mendapati Lupita “tidur” dengan lelaki lain, tidak diketahui bahawa itu adalah rancangan oleh ibunya sendiri. Dolores kemudian menuntut Lupita untuk meninggalkan keluarga mereka dan tidak pernah kembali.

Sudah terlambat, ketika Gustavo tahu pengkhianatan ibunya. Ia tidak boleh lagi mencari Lupita, yang telah bersembunyi bersama-sama dengan putrinya. Lupita ber janji bahawa suatu hari Marimar akan menuntut apa yang menjadi hak miliknya. Sementara itu, Gustavo meninggalkan orang tuanya dan memutuskan untuk tinggal sendirian di Manila, tidak kehilangan harapan bahawa suatu hari, ia akan menemui isteri dan anak perempuannya.

Tujuh tahun berlalu, namun usaha Gustavo untuk mencari Lupita dan Marimar tetap sia-sia. Suatu hari, Esperanza sepupunya mengunjunginya, membawa dengan berita kedua orangtuanya kemalangan. Walaupun perasaan sakit hati terhadap ibunya, Gustavo pulang untuk akhirnya menutup masa lalunya.

Ketika melawat makam orang tuanya, Silva, seorang teman Lupita, datang untuk memberitahu keberadaan Lupita dan Marimar. Gustavo tidak membuang-buang waktu dan pergi untuk menyatukan kembali dengan keluarganya. Lupita mengampuni Gustavo, untuk menyenangkan Marimar yang sangat gembira untuk akhirnya bertemu ayahnya.

Dalam perjalanan mereka kembali ke Manila, pesawat penumpang yang mereka naiki crash ke laut dan memisahkan Marimar dari orang tuanya. Gustavo sekali lagi kehilangan keluarganya setelah dia telah berusaha keras untuk membina semula. Lupita kemudian ditemui mati, tetapi Marimar tidak diketahui.

Marimar yang terdampar di sebuah pulau terdekat. Dia ditemui oleh seorang pasangan tanpa anak, Lola Cruz dan Lolo Pancho, dan setelah mengetahui bahawa Marimar menderita amnesia, memutuskan untuk menjaga Marimar seperti cucu mereka sendiri. Lola Cruz memanggilnya Marimar setelah melihat nama di kalung Marimar. Marimar bertemu dengan Angelika, dan mereka menjadi teman bermain di pantai. Namun, Marimar dan Angelika mulai berkelahi ketika Angelika jatuh dan patah lengannya, dan menyalahkan insiden itu pada Marimar.

Marimar kemudian tumbuh menjadi seorang wanita muda yang ringkas dan naif, yang hidupnya rumit dan tersiksa bermula ketika dia bertemu, jatuh cinta, dan bersetuju untuk berkahwin Sergio Santibañez, untuk alasan membalas dendam terhadap ayahnya Renato dan bekas kekasih Sergio, Angelika, teman masa kecil Marimar, yang telah menjadi ibu tiri barunya. Marimar kemudian menjadi mangsa pada kekejaman Angelika di rumah Santibañez. Ini bermula rasa kebangkitan kenyataan pahit dari cintanya untuk Sergio terhadap dirinya.

Nasib mula menyokong Marimar ketika ia memutuskan untuk meninggalkan San Martin de la Costa setelah menderita banyak dari rumah Santibañez dan kematian datuk-nenek angkatnya dari api di bawah perintah Angelika . Marimar menukar namanya menjadi Bella. Di bandar, ia melahirkan seorang bayi perempuan cantik yang dia bernama Cruzita sempena neneknya Lola Cruz. Marimar tidak membenarkan Sergio, untuk melihat anaknya Cruzita, dan membuat Cruz percaya bahawa Sergio telah meninggalkan dia ketika dia pergi dalam urusan perniagaan.

Setelah bertahun-tahun mencari, Gustavo akhirnya bertemu Marimar, tetapi kerana Marimar telah menukar namanya menjadi Bella, Gustavo tidak mengenalinya. Natalia, seorang gadis gila dan bercita cita tinggi dari Costa dela San Martin yang juga membenci Marimar ketika dia masih tinggal di Villa Santibanez, telah merampas loket Marimar sebelum meninggalkan Villa Santibanez, dan loket itu pula yang akan membuktikan identiti puteri Gustavo yang hilang dan ahli waris. Natalia mula berpura-pura menjadi putri Gustavo yang hilang, namun penipuan nya tidak berlangsung lama sebagai memori Marimar yang hilang kembali dengan Natalia nanti terbukti penipu. Gustavo akhirnya mengakui Marimar sebagai putrinya, namun ia meninggal kerana serangan jantung , meninggalkan kekayaan yang tak terhitung dari Aldamas padanya. Dengan bantuan nya Tia Esperanza dan temannya Innocencia, Marimar pergi ke Amerika Syarikat dan benar-benar mengubah dirinya dari seorang gadis miskin dan naif ke Bella Aldama kaya dan canggih.

Ketika dia kembali ke Filipina, Marimar bertemu Rodolfo San Jinez, seorang pengusaha yang bercadang untuk menikahinya kerana syarikat keluarganya itu kehilangan wang. Rodolfo menjemput dia ke party dirumahnya sebagai tetamu kehormatan. Tidak diketahui Marimar, yang sekarang dikenali sebagai Bella, Sergio juga pergi ke pesta. Sergio tiba-tiba melihat Bella dan mengakui dirinya sebagai Marimar. Sergio mengatakan kepada Rodolfo bahawa Bella adalah isterinya, tetapi Rodolfo berfikir itu tidak mungkin. Marimar kemudian menolak San Jinez pada hari pernikahan mereka dan membuktikan kepada dirinya sendiri bahawa dia masih mencintai Sergio.

Sementara itu, apabila Santibañez Villa mulai jatuh, Angelika kembali dari luar negeri dengan membawa Renato yang memori nya semakin melemah ke rumah mereka di mana dia “mengurus” Renato. Tanpa diketahui Renato, Angelika meletakkan “ubat” dalam makanan Renato, untuk melemahkan ingatannya. Renato menyedari bahawa Angelika bertanggung jawab atas kehilangan wang dari syarikatnya. Angelika pergi ke Manila untuk satu auction tetapi Marimar, sebagai Bella Aldama, muncul dan terjadi konfrontasi. Kerana dendam Marimar , Angelika kehilangan segalanya kepada Marimar. Angelika kembali ke Villa Santibañez dan menghantar suaminya ke rumah sakit jiwa. Namun, Renato sudah melarikan diri dari rumah sakit sebelum Angelika dan kakitangannya itu muncul. Nicandro, seorang pekerja di bawah Angelika, menembak Renato atas arahan Angelika. Namun, Renato dibawa oleh Dra. Rhia untuk disembuhkan. Renato akhirnya bersatu dengan Sergio dan balas dendam pada Angelika. Marimar membeli Villa Santibañez dan menghina Angelika semasa berlawan, Angelika tidak sengaja menusuk mata kanannya sendiri.

Banyak run-in antara Sergio, Marimar, dan Rodolfo berlaku. Akhirnya, Marimar sekali lagi memutuskan untuk meninggalkan negara untuk mengatur hidupnya kembali. Namun, Rodolfo menculik sebelum ia boleh pergi. Sergio kemudian menyelamatkan Marimar dari penculik, tapi Rodolfo tak sengaja menembak Marimar ketika ia bermaksud menujukan kepada Sergio. Secara tidak sengaja akhirnya ketiga tiga mereka tertembak tapi tidak parah. Rodolfo dibawa ke rumah sakit untuk kemudian diadili dan penjara.

Setelah hatinya lama mencari, Marimar memutuskan untuk memaafkan Sergio dan bersatu kembali. Kemudian, Marimar bertemu Vanessa May, iaitu kekasih ayahnya Gustavo sewaktu ia dipisahkan dari Lupita, Vanessa mengatakan bahawa dia ingin mencari putrinya yang hilang itu dan ternyata ialah Angelika – saingan Marimar. Tidak diketahui Marimar, Angelika merencanakan kejatuhan pewaris Aldamas untuk mendapatkan Sergio. Angelika bertanggung jawab atas pembunuhan ibunya sendiri, Vanessa May, dan Esperanza. Dia mengugut Marimar atas pembunuhan Esperanza. Sergio dan yang lain tahu bahawa Angelika adalah yang bertanggung jawab atas pembunuhan tetapi tidak dapat menemukan bukti yang memberatkan terhadap dirinya kerana Angelika mempunyai pisau dengan cap jari Marimar dan blouse dengan darah Esperanza. Angelika menculik Marimar supaya dia boleh membunuh Marimar. Angelika memberitahu Marimar dialah yang membunuh Esperanza. Nicandro dan Diego menyelamatkan Marimar dari rancangan Angelika untuk membunuh Marimar dan mereka berbohong kepada Angelika tentang kematian Marimar .

Rancangan Angelika gagal tapi dia menyediakan perangkap lain untuk Marimar. Angelika mencari Marimar sehingga mereka bersemuka untuk menyelesaikan segalanya. Angelika menembak Marimar berulang-ulang, tapi Maarimar bertahan kerana baju anti peluru nya. Marimar menyedari bahawa Angelika tidak akan berhenti untuk menghancurkan dia dan keluarganya sehingga dia memutuskan untuk akhirnya melawan kembali Angelika. Setelah beberapa siri campur tangan polis, Angelika yang terlibat dalam tembak menembak dan kemudian ditangkap. Dalam insiden itu, Marimar telah dibelasah Angelika dan cedera parah. Setelah pengalaman menjelang kematian yang mengerikan, Marimar tetap bertahan dengan keajaiban. Sementara itu, Renato mengkhianati Nicandro kepada polis dan sekumpulan polis menembak Nicandro sehingga mati sebelum dia boleh cuba untuk melarikan diri dari mereka.
Satu bulan kemudian, selepas Marimar pulih , dia bersama-sama dengan Sergio dan rakannya, pergi ke sidang mahkamah di mana Angelika berada dalam tahanan. Juri mendapati Angelika bersalah kerana melakukan pembunuhan. Sergio dan Marimar mengadakan makan malam syukur dengan keluarga dan teman dekat selepas sidang.

Sementara itu, Renato pergi ke penjara di mana Angelika dihukum dan memberikan hadiah (berupa wang) dan memberi “izin” kepada warden di mana Angelika ditempatkan. Sebuah “izin” dari Renato adalah supaya Angelika disiksa di penjara dan dia memberikan tanda bakar dengan nama Marimar di atasnya di mana Renato mengatakan kepadanya bahawa tanda bakar juga merupakan “hadiah” dari Marimar dan Renato terus menyakitinya bersama-sama dengan banduan wanita yang turut menyertai untuk menyakiti Angelika.

Sergio dan Marimar mengumumkan bahawa mereka akhirnya akan berkahwin dan Marimar memberikan kembali kepada Renato Villa Santibañez. Sementara itu, bapa angkat Angelika melawat Angelika di penjara dan dia merancang untuk melarikan Angelika dari penjara dan Angelika boleh bekerjasama dengan nya untuk merosakkan perkahwinan Sergio dan Marimar. Angelika berjaya keluar bersama-sama dengan banduan lain setelah sebuah bom diletupkan untuk membuka dinding. Tanpa menyedari bahawa Angelika telah melarikan diri dari penjara, Marimar dan Sergio mempersiapkan pernikahan mereka.

Pada hari pernikahan, Angelika memukul Arturo, meletakkannya di dalam Bagasi kereta, dan menyamarkan dirinya sebagai pemandu, menggantikan Arturo. Sergio, bersama-sama dengan Cruzita, memandu kereta yang kini dipandu Angelika untuk pergi ke gereja. Angelika menculik Sergio dan Cruz kemudian memberikan Marimar pilihan dari dua “hadiah khas”. Dia telah menyuruh Marimar pergi ke sebuah pantai di mana dia memanggil Marimar di telefonnya. Dia memberitahu Marimar untuk memilih hadiahnya: Kehidupan Sergio atau Cruzita . Angelika telah meletakkan Sergio dan Cruzita dalam dua perahu yang berbeza dengan bom diikatkan ke dada mereka. Marimar ke laut dengan sebuah perahu ketiga yang disediakan oleh Angelika dan akhirnya memutuskan untuk menyelamatkan Cruzita. Begitu dia mendapatkan putrinya, Marimar menembak orang suruhan Angelika dan mendapatkan Cruzita dan melompat ke dalam air saat bom yang diikat ke dada Cruzita hampir meletup . Mereka berenang ke pantai tanpa diketahui oleh Angelika. Marimar dan Cruzita terkejut dengan apa yang baru saja terjadi pada Sergio. Marimar Cruzita mengatakan bahawa dia harus berani dan kuat walaupun tanpa Sergio, kemudian Marimar menyembunyikan Cruzita dan mengatakan bahawa dia akan kembali untuknya.

Sementara itu, Sergio tidak mati dalam letupan . Tepat sebelum waktu yang ditetapkan di bom habis dia mampu menjatuhkan orang suruhan Angelika , lepaskan bom dari badannya dan melarikan diri dari perahu. Marimar pergi untuk menghadapi Angelika. Orang suruhan Angelika tidak dapat mengesan Marimar dan akhirnya Marimar datang menemui dan bergaduh dengan Angelika. Tidak diketahuinya , Sergio juga di daerah tersebut dan melawan orang suruhan Angelika yang masih berlegar. Ketika bapa angkat Angelika telah mendapatkan Sergio dan mengacu senjata, Renato menyelamatkan anaknya dengan menembak Bapa angkat Angelika itu. Sergio diberitahu Renato bahawa Marimar ada di daerah itu dan Sergio segera pergi untuk menemuinya. Sementara itu, Marimar dan Angelika berjuang di helikopter Angelika yang mahu berlepas . Sergio mampu mencapai helikopter sebelum ia benar-benar berlepas. Marimar menolak Angelika keluar di mana ia jatuh ke bawah di sungai di penuhi buaya. Angelika yang berdarah dipaparkan diseret dan tampaknya dilahap oleh buaya. Sergio naik ke helikopter, dia dan Marimar bertemu kembali.

Episode itu diambil pada hari perkahwinan itu sendiri. Setelah patah hati dan kesedihan, air mata dan penderitaan dan kematian Angelika, dua kekasih akhirnya berkahwin di tengah teman-teman dekat mereka dan orang-orang tercinta.

Hmm untuk pengetahuan anda, Episode akhir Marimar, “Perkahwinan Sergio dan Marimar “, penggambaran hari perkahwinan mereka disiarkan secara langsung pada tarikh 14 Mac 2008. tempat itu di San Agustin Church, LIVE SHOW gitu walaupun cerita ala ala novel dan tak lupa juga mereka ada episode special iaitu farewell TV special sempena Finale week untuk telenovela ini serta permintaan peminat di phillipines.. Hmm apapun berbaloilah sebab cerita ni ramai peminatnya sehingga ditayangkan di negara Philippines, China, Hawaii, Singapore dan Malaysia.

:: Labour Day ::

Tiap kali labour day, saya mesti ingat conversation masa start bercinta dengan cikSuami..masa tu kira nak berkenalan dengan lebih lanjut la..saya tanya birthday dia bila..cikSuami jawab sama dengan hari guru..masa tu dalam hati dah merungut dah..mamat ni ingat aku pernah ingat ke hari guru brape hb?adeh la..dia tanya lagi, tau ke?disebab kan nak tunjuk pandai, dengan confident nya saya jawab "tau, 1 mei.."huhu..nasib baik masa tu baru nak start bercinta, cikSuami pun tak tunjuk kan belang dia lagi..kalau sekarang la, tersilap skit je, mau kena gelak 2-3 hari...tapi that time, cikSuami buat muka cool je...dia kata "1 mei tu hari pekerja la..16 mei hari guru"..oh yeke?hehehe..by the way, selamat hari pekerja untuk semua yang bergelar pekerja!

:: Nuha Durrany ::

The latest edition of Durrany..

Nuha Durany Binti Noor Muhammad
08.04.2011 ~ Jumaat ~10.20 Pagi ~ Hosp Pakar Annur ~ 3.2 Kg
Normal Deliver @ 36 weeks 3 Days


:: Hani Durrany ::

tak lama lagi, dah nak jadi kakak dah cikHani..tapi manja sangat dengan mama..manja time nak tidur je, kalau tak tidur, wat tak tau je dengan mama...tapi kalau tidur malam sure dengan mama..pastu menyempit kat ketiak la, belakang badan la..kalau terjaga tengah malam, sanggup bangun cari mama..kalau mama dalam toilet, tunggu mama depan toilet...sangat manja dan sangat garang ok!..nasib baik cikNia tak kisah dengan mama, tapi sangat kisah dengan babah plak...sorang dengan babah, sorang dengan mama..nanti no 3 dengan sape plak?


:: Cuti-cuti Malaysia : Edisi utara Part 1::

Rentetan daripada majlis Yana dan Shimin..balik kenduri tu kami bermalam di Penang,2 malam..since waktu CNY celebration, kedai pun banyak tutup..pulak tu susu Durrany abih, punya la payah nak cari susu depa..cikSuami and Nia je yang pergi pusing kat town cari susu..saya and Hani dok hotel...mak buyung tak larat nak lama-lama..perjalanan jauh tu pun dah nak patah pinggang rasanya..memang agak susah la misi mencari susu Durrany sampai cikNia naik boring..dia boleh suruh babah dia anta dia balik hotel, biar babah pergi cari sorang-sorang


My two angels , seronok betul dapat pergi jalan - jalan

Next day nya still kat Penang..hajat hati nak naik Bukit Bendera..alih-alih sampai sana tutup plak..terus lost, tak tahu nak kemana..kesudahnya balik je hotel, tidur..tapi dah janji dengan Durrany, petang nya nak mandi pantai kat Batu Feringgi..sebelum tu kami tapau lunch dari Line Clear..mak ai, ramai betul orang beratur..cikSuami beriya promote makan kat sini sedap...jangan
la suruh saya review, sebab tekak saya bukan tekak yang minat sangat makanan spicy ni..kalau
tanya saya, saya akan jawab..lagi sedap makan kat Hakim sek 7 shah alam..sori ek, Line Clear

Petang tu seperti yang dijanji kan, kami bawa Durrany mandi kat Batu Feringgi..kejap je pun..ni pengalaman pertama cikHani jejak pasir pantai..ingatkan takut-takut, rupa-rupanya kemain galak lagi..menonong je nak berjalan ke tengah laut...cikNia plak takut-takut..asyik nak berpegang je..cukup masa, bila ajak balik,cikNia laju je la bertindak mengikut arahan...cikHani plak boleh melalak sampai kat hotel..adeh, kronik la budak kecik ni, suka benar main air..last sekali, sampai je hotel, sambung mandi dalam bath tub..

Posing sat..

Maintain cute ek CikNia

Huh, mama cuak tengok babah hayun Hani..tapi Hani suka je

Suka sampai tak nak balik..sanggup patah balik ke laut


ok sampai sini je dulu ek, nanti update yang part 2 plak..chow cin cow

:: Selamat Pengantin Baru Yana - Shimin ::

Yana ialah bestfriend saya since uitm...dia juga ialah pengapit saya masa saya kawin..saya janji nanti dia kawin, insyaAllah saya akan ke Grik..jadi untuk menunaikan janji saya 4 tahun lalu..CNY aritu kami sekeluarga bergerak ke Grik, untuk meraikan majlis Yana..secara jujurnya, saya sangat happy bila Yana kawin..tak tau la kenapa, may b sebab saya rasa Yana ni sangat perfect @ nearly perfect untuk dijadikan seorang isteri..hehehe, jangan kembang ek yana..

kami suami isteri memang dah reserved date tu untuk attend wedding Yana, walaupun ada undangan lain..kalau sejalan ke semua majlis konpem attend..ni masalahnya ada yang di utara, ada yang diselatan..minta maaf la banyak-banyak pada yang dah menjemput...

Kami bertolak dari Putrajaya pukul 7 pagi...berhenti jugak beberapa kali..kat R&R tapah untuk breakfast..lepas tu stop kat kawasan rehat Tasik Raban untuk mandikan cikDurrany...kami sampai di rumah pengantin just nice je..tunggu beberapa minit je, pengantin sampai..yana n shimin look white..hahaha..semua cantik dan sweet je..semoga kekal keakhir hayat..cepat-cepat produce baby yang comel ok!




:: Cukur jambul anak amalan bidaah ::



:: Perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya..::

Taken from Pakarhowto.com

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

  • Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini.

:: nak kena bagitau jugak ke? ::

pagi tadi masa tengah mandi..lokasi :dalam bilik air

Nia : mama..mama..sambil ketuk pintu
mama : ye sayang, nape?
Nia : babah mana?
mama : babah mandi
nia : kat mana
mama : bilik air bilik sana..
nia : bilik mana?
mama : bilik kakak ..
nia : nape kakak tak nampak pun?
mama : nak nampak camne?babah dalam bilik air..
nia: nape babah tak bagitau kakak?
mama : mandi pun nak kena bagitau jugak ke?

nia diam ...mama sambung mandi...keluar je dari bilik air

nia: nape babah tak bagitau kakak nak mandi?
mama : aik?nak kena bagitau jugak ke?
nia: ish mama ni, ye la..kakak cari babah tau!
mama : huh!pergi la tunggu babah depan pintu air tu

nia pun berlari pergi ke bilik air babah..teruk betul la, mandi pun nak kena bagitau..


:: my-giveaway : Jom Follow KainLampinSaya ::

jom join giveaway ni..


Syarat-syarat:


2. BUAT SATU ENTRY "JOM FOLLOW kainlampinsaya"

3. JEMPUT 2 ORANG RAKAN UNTUK SERTAI GA KLS.

4. COPY & LETAKKAN BANNER diatas ni pada sitebar blog anda dan linkkan kepada http://kainlampinsaya.blogspot.com

nak jemput :


join this giveaway

:: Hani ::


best jugak layan cerita ni..to be honest, saya mula suka tengok cerita ni , bila tengok watak pelakon Bell dalam cerita ni..selasa lepas, kami satu famili tengok cerita ni...sekarang dah sampai part Ummu Hani nak dibedah..semua family members dia sedih...masa scene kat hospital tu, drama tu pasang la lagu sedih..ye la, scene pun scene sedih kan..tetiba cikNia jadi sebak..dah bergenang air mata..oh anakku..

tetiba babah cakap :

babah: kakak, kalau babah sakit, kakak nak tak jaga babah?
Nia: nak..dengan confidentnya menjawab..
babah : nak tak cebuk kan berak babah?
Nia : nak..
babah : tapi berak babah busuk..kakak nak ke cebuk?
Nia : nakk...tak pela babah, kakak tolong...

babah plak sebak...dah nampak mata cikSuami berair..

mama : kalau mama?
Nia : kalau mama sakit cam ni...Nia buat gaya mulut senget macam kena stroke...kakak cakap, mama, nah mammam!
mama : mak ai, garang nya..lembut la skit
Nia : ye la, kakak nak suap mama..bagi mama makan..
nanti kalau mama makan, mama baik la
babah : ye la, tapi jangan la garang sangat ek!ok?
Nia : ok!

dah besar anak mamaBabah ni..mamaBabah selalu doakan supaya Durrany menjadi anak yang solehah..amin..

:: Resepi ketam masak cili special ::


Ketam masak cili special?apa yang special nya?special la sebab saya yang masak..hehehe..tak de la, specialnya sebab ditambah dengan pelbagai jenis sos dan telur.sesape yang berminat, boleh la cuba..senang je..15 minit dah siap..

Bahan - bahan:

Ketam
Halia,
bawang merah
cili kisar
sos cili
soso tomato
sos tiram
sos ikan
telur
minyak
garam
gula
air

Cara- cara :

1. Goreng ketam sehingga masak, dan asing kan
2. tumis kan bawang & halia sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar.Tumis sehingga cili masak.
3. Masukkan sedikit semua jenis sos tadi. dan masak sekejap. kalau agak-agak kering sangat, tambah air skit.
4. Masukkan garam dan gula. kemudian gaul
5. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan pecah kan telur..
6. gaul sehingga rata..dah agak-agak telur dah masak, ketam sudah ready untuk dihidang..

selamat mencuba!

:: Contest the sexiest baby ::

dah lama rasanya tak join contest, masa bw tadi terjumpa plak blog mayaqarmyla..teringat plak gambo sexy cikHani..saje la join , mencuba nasib..harap-harap ada luck la..


Nama : Hani Durrany Binti Noor Muhammad
Umur : 1 tahun 3 bulan
Tarikh Lahir : 25 Sept 2009

:: kisah ketubanku yang bocor ::

rabu lepas on the way balik dari lunch, masa tengah jalan terkedek-kedek dengan Maria, terasa macam basah je kat bahagian tutt..risau jugak..naik je idec, terus pergi check kat toilet..instinct rasa macam air ketuban..cuak dah masa ni..cepat-cepat telefon cikSuami..cikSuami datang UPM, kitaorang balik umah dulu amik buku rekod kesihatan then gerak g Annur..

ingatkan bila cakap emergency, boleh la dapat cepat..3 jam jugak la menunggu...check punya check...doktor kata may be air ketuban.. masa tu dah stop leaking ..kuantiti air ketuban pun less than minimum (min=10)...and as the result..MC 1 week..yahoo!!

so apa saya buat waktu cuti ni..rehat-rehat kan diri dirumah..bersama-sama anak-anak..2 hari je pun jaga depa...lebihnya antar rumah onni depa...cikSuami memang suruh berehat mental dan fizikal..rehat sampai bosan ok!

hari ni saya sudah kembali bekerja..pesan cikSuami, monitor kot-kot ada leakage lagi..mana tau boleh MC sebulan..cit!

rindu sama 2 orang budak kecik ni

Followers


up