:: Nia @ sekolah PASTI ::

assalam..

lama betul rasanya tak update blog ni..banyak benda nak dikongsikan, tapi malas benar nak taip..sampai kengkadang terpkir nak cipta software yang boleh baca pkiran kita, then convert kan to text ..ok, poyo ek zie! apa lagi la yang menggembirakan seorang ibu selain bercerita tentang kisah anak2..aku tulis ni blog ni untuk tatapan sesiapa yang sudi membaca..tak sudi sudah! 

ok, sebelum ni Nia dan Hani dah sekolah kat alimkids playgroup @ sek 3 bangi..kelas ni every saturday sahaja, selama sejam seminggu..yuran nya, rm100 untuk registration and rm200/module..1 module cover in 8 weeks (total ada 6 module) ..lebih kurang rm100 la sebulan..tu bayaran untuk seorang anak..kalau 2 orang, kira la sendiri ek..no discount..mulanya kami attend free class..bila tengok anak2 enjoy je..so kami pun decide hantar depa..

pada parent yang mengharapkan anak2 depa nak belajar ABC, 123..tak usah la hantar ke playgroup ni..korang hantar je la kat preschool..sebab objektif kelas ni nak ajar anak2 build self confident, art and craft and bersosial..macam cik Durrany yang 2 orang ni, kengkawan depa pun limited..sebab budak-budak ni bukan dok taska..i guess kalau dok taska ramai kot kawan..tapi ada je budak yang dok taska masuk kelas tu.. sebabnya budak tu sendiri susah nak make friend..so mak bapak depa hantar la situ..dalam playgroup ni, parent pun kena involve sekali ok..dalam erti kata lain, kalau anak menari, parent pun menari sekali la..every saturday memang Nia and Hani sangat la tak sabar nak g school..tapi kelas depa ni start pukul 11 pagi..masalah skit untuk depa ni..anak2 aku ni lain skit jadual nya..hari2 biasa depa bangun waktu subuh..sama macam mamaBabah depa..mandi (kengkadang tak mandi) dan pergi umah onni..kalau pukul 11 ni, Hani (terutama sekali) dah start mengantuk..so bila dah sleepy tu, less focus la...masa kat kelas nak tidur la.. nak itu la, nak ini la..selalunya bila balik kelas je, on the way balik umah tu, depa dah pengsan dalam kereta..

selama lebih kurang sebulan depa sekolah kat situ, apa ek perkembangan nya?...hahaha..jap2 ingat balik..making friend?OK la..nyanyi lagu?huhu, tu part yang paling depa suka..macam2 lagu..anak2 aku ni memang suka menyanyi..boleh hafal lagu dengan gaya sekali...art and craft..ehm, boleh la..bila sesi bercerita tu, depa pun suka ..boleh bercerita dengan teacher and kelas..kira OK la tu..total result = average je..

bila berakhirnya modul 1, teacher tanya sama ada kitaorang nak proceed dengan next module ke tak?tapi kami kata KIV dulu....plan asalnya nak hantar Nia ke darul huffaz...nak suh dia blaja iqra..aku tak harap la dia kenal ABC,123 dalam umur yang belum pun 4 tahun...tapi aku sangat berharap la dia dapat kenal huruf jawi supaya dia cepat boleh baca Quran...sebabnya pada pendapat kami , kalaulah dapat baca ayat Quran, terang skit hati...ye la selain daripada hafalan doa2 yang kami ajar secara tidak langsung..tapi aku masuk website darul Huffaz ni , rasa pening nak tengok...aku rasa admin website ni kena ubah la website ni, buat bagi user friendly skit..aku ni plak jenis nak cepat je..nak tengok benda penting2 je..info dia pun entah kat mana dia letak..so lupakan sahaja..ada juga niat nak g usha tempat tu, tapi niat tu terkubur je la dalam hati..asyik lupa je..al-maklum la, i kan ibu kepada 3 orang anak...huh, alasan sungguh zie!

lepas tu cikSuami suggest nak hantar smart reader..tapi aku membangkang dengan agak keras dengan alasan sebab tak kena la dengan objektif kami..dengar kata harga nya mahal..aku tak survey pun, sebab aku  tak de cita2 pun nak hantar anak ke situ...so aku pun start la menggoogle..baca pendapat parent lain kat forum...ramai la agree hantar anak kat PASTI ni bagus..macam2 doa depa belajar + belajar solat lagi..tapi dari segi penggunaan bahasa inggeris ni kureng skit la..tapi aku agree la dengan sesetengah pendapat parent dalam forum tu. kalau nak anak pandai cakap bahasa inggeris , mulakan la dari rumah..jangan la kat sekolah je speaking, balik cakap bahasa melayu..ada parent tu, kat umah cakap english, pastu hantar anak dia kat PASTI..ok je..pucuk pangkal berbalik pada ibu bapa juga..ni pendapat aku je la ek..pendapat korang?

berbalik kepada cerita sekolah Nia ni..aku pun bagi la hujah2 aku kat cikSuami , kenapa Nia harus bersekolah di PASTI....setelah ditimbang tara, cikSuami pun setuju...kami pun pergi la ke salah sebuah sekolah PASTI dibangi...cikgu pun explain method pengajaran nya untuk budak 4 Tahun..pastu kami add kelas iqra..kelas iqra ni optional ye cik2 semua...then ingat nak hantar nia kat day care kat situ, tapi bila tanya dia nak ke dok kat day care lepas class? dia kata tak mahu..ok la tu ..kalau tidak, lagi la mati kutu la cikHani ...so ok, mamaBabah akan bayar duit transport untuk pulang ke rumah Onni..

seminggu Nia disekolah,  macam2 cerita..dia kan anak sulong, jadinya ni pengalaman pertama hantar anak g sekolah..masa kat rumah pagi tu, punyala excited dia..aku layan kan aje la..1 day before tu, dah sibuk pergi beli beg sekolah, pencil case and stationary dia..masa shopping tu punyala excited..kalau boleh 1 kedai tu dia nak,dia ingat mak bapak dia cop duit kot..si Hani pun sama, bila tengok dia sibuk pilih beg, alahai ..sedihnya mamaBabah rasa..dah explain banyak kali, kakak pergi school, Hani dok umah onni..dia buat tak reti je..budak yang belum pun 2 tahun setengah..apa la yang dia paham..

then pagi tu, mamaBabah hantar la cikNia pergi school..aku sebenarnya dah rasa aku akan EL hari tu..
sebab 1: cikNuha kena demam campak yang halus tu..
sebab 2: sebab Nia la..

on the way pergi sekolah tu, kami sibuk la bercerita dalam kereta, betapa bestnya life sekolah ni..harus la kan..nak bagi motivasi...lepas hantar cikHani dan cikNuha kat rumah onni, kitaorang hantar Nia plak..dah cakap2 dengan cikgu, kitaorang pun gerak pergi opis..aku hantar cikSuami dulu..sampai je kat opis cikSuami, cikgu Nia telefon.."puan, Nia suruh call.." then nia plak cakap "mama, amik la sayang, sayang tak nak dok sini.." adoi la drama dah mula..dia tak boleh dikawal dah kat sana..dok menangis melolong siap melompat2 lagi..cikSuami dah masuk meeting, aku je la yang masih dok dalam kereta..aku cakap kat Nia, diam dulu, then baru mama cakap...pastu bila dia diam, aku suh dia tarik nafas dalam2..lepas balik..hahaha, pandai tak aku? sebenarnya aku tengah nak pkir ayat nak cakap apa..aku ngaku la, aku ni memang tak pandai nak pujuk anak compare to cikSuami..tapi namanya ibu kan..boleh le jugak skit2..

aku cakap camni "ok2, duduk situ kejap..kejap je..nanti tengahari mama datang amik..mama janji..tapi jangan nangis..kalau nangis, mama tak nak amik..mama janji tengahari nanti mama datang amik sayang.." aku sebenarnya dah berpkir2 nak letak je telefon kalau dia meraung lagi..hati kena keras beb! ..kalau dilayan sangat pun susah juga..tapi nasib baik dia diam..then dia bagi telefon tu kat teacher dia..aku cakap dengan teacher dia "kalau lagi sejam setengah dia nangis dia still menangis lagi..call saya ek"..aku cakap call je ek, bukan aku cakap, nanti saya datang amik..aku memang tak nak la amik, melainkan dia pengsan ke..aku datang la amik..bila letak je telefon, ciksuami SMS, "kalau setengah jam lagi dia nangis, zie pergi la jenguk"..huh, babah dia ni lagi la saripah aini..tak boleh2, jangan datang!jenguk pun tak boleh..karang kalau dia nampak aku, mau meroyan budak tu..sometimes we have to be cruel , to be kind..then aku pun SMS hr, bagitau aku EL harini..

aku pun patah balik ke rumah Mama..on the way back umah mama tu, teacher SMS, "puan, Nia dah diam..dia dah start colouring.."huh, lega..see, i know my daughter very well although we always fight 24/7..

1st day lepas balik school

cikHani ni mati kutu kat rumah onni bila kakak tak de

                                                          cikNuha kena campak halus


ni masa kat alimkids playgroup 

sambung next entry...see ya!


0 comments:

Followers


up