Nia @ PASTI (Part II)

Salam...

Lama gile tak update blog ni..bukan apa, malas nak menaip..kalau ada software yang boleh baca apa yang kita karangkan dalam otak then translate into blog..pergh..hebat tu! Ok ,nak sambung kisah Nia dan PASTI..hahaha, cikNia dah exam mid-term dah tapi cerita dia masuk sekolah tak abih2 lagi..

aku cite secara ringkas je la..1st week @ PASTI, Nia masuk kelas 5 Tahun walaupun dia belum pun 4 tahun..sebabnya cikgu yang berjaya memujuk dia masa dia merayon tak ingat tu, ialah cikgu Fiza..cikgu yang mengajar kelas 5 tahun..so Nia telah menjadi ekor cikgu tu selama seminggu..dengan cikgu lain dia tak mau..cikgu  Fiza hari-hari pujuk Nia suh masuk kelas 4 tahun, kitaorang pun hari-hari pujuk, explain kat dia kenapa dia kena masuk kelas 4 tahun..kitaorg ada la cakap," kelas 5 tahun tu kelas budak besar, kakak kecik lagi ".."mama, nape tak boleh?sayang ni dah besar kan?sayang ni kan kakak?" ..kitaorang selalu cakap kat Nia, kakak kena mengalah dengan adik, sebab kan kakak..kakak dah besar..sekarang dia guna point tu plak untuk stay kat kelas 5 tahun..memang la besar sayang, tapi tu antara sayang dengan adik-adik..kalau antara budak 5 tahun, sayang kecik..tapi tak jalan jugak..dia tetap nak stay kat kelas cikgu Fiza..walaupun ada classmate dia dok perli-perli dia "budak kecik, nak dok kelas kita..pergi la kelas 4 tahun!"...dah kena camtu pun, dia wat dek je..

2nd week tu, bila tengok Nia still dok kelas 5 tahun, kami jumpa cikgu...hajatnya begini, kalau cikgu rasa Nia boleh catch up apa yang cikgu ajar, dan kehadiran dia tu tak mengganggu, kitaorang nak Nia proceed je la dok kelas tu..tapi kalau cikgu cakap Nia tak boleh catch up, then kelas tu sangat crowded..then terpaksa la PAKSA gak masuk kelas 4 tahun...Alhamdulillah cikgu cakap Nia boleh catch up, kelas pun tak penuh..so cik Nia Durrany belajar la dalam kelas 5 tahun..yuran pun tambah la skit, sebab ada buku teks..kalau budak 4 tahun tak de buku teks..

sepanjang lebih kurang 4 bulan cik Nia bersekolah ni, alhamdulillah ...banyak la input yang dia dapat ...aku sangat rekomen la pada sesiapa yang tengah mencari-cari tadika untuk anak-anak..PASTI seksyen 15 bangi ni, memang bagus..aku bagi rate 4/5... kenapa aku cakap bagus..ni berdasarkan penilaian aku la ek, orang lain aku tak tau..macam Nia ni, silap kitaorang ialah kitaorang tak ajar dia macam mana nak pegang pensil dengan betul, tak ajar macam mana mewarna dengan betul dan sebenarnya tak bagi dia pegang pensil langsung, sebabnya dia selalu sepah-sepah, then adik-adik dia akan amik dan masuk kn dalam mulut..jadi , Nia dan kami(ibu bapa), terpaksa mengharungi fasa getir untuk Nia belajar cara pegang pensil, cara menulis, mewarna...kami pun terpaksa bersengkata mata , mengajar dia..hadap dia buat keje sekolah  sampai pukul 10/11 malam..serius penat ok!hari-hari kuar rumah pukul 7 pagi, sampai rumah pukul 7 malam..buat keje rumah , ajar Nia lagi, campur 2 lagi Durrany tu..memang la kalau ada homework, Nia akan buat kat rumah oni dia lepas balik sekolah, selalunya balik rumah, aku akan cek balik..bulan-bulan pertama tu, totally wrong apa yang dia buat..huruf E , jadi no 3, huruf d jadi b...weekend memang ada la exercise yang aku akan kasi..pendek kata, Nia ni kena extra work la...sekarang Alhamdulillah, better la penulisan dia..kalau tak, memang menangis la nak baca..

bab mewarna pun dah ok la,walaupun ada lagi yang terkeluar-keluar garisan..kalau dulu , macam buat lukisan abstrak pun ada..Nia ni tak minat sangat tulis dan mewarna..dia lebih suka membaca...alhamdulillah, next week dah nak masuk buku iqra' 2..kat PASTI ni, depa ajar juga hadis dan terjemahan nya..every week ada je hadis baru yang Nia akan baca..Nia akan ulang berjuta kali sampai seisi rumah akan hafal..Hani la anak murid dia yang paling cemerlang ..satu lagi yang aku perasan, kalau student sampai school awal, student boleh nak ngaji @ belajar sementara tunggu perhimpunan depa every morning..cikgu sentiasa je sedia nak ajar, anytime..hari jumaat, semua student akan belajar solat..aku tak tau la macam mana cikgu dia ajar, satu hari je, dah boleh hafal few bacaan dalam solat..bila mak bapak dia yang ajar, susah betul nak ikut..

ok tu je la untuk kali ni, lepas ni aku nak cerita pasal membaca dengan kaedah fonik...

assalam


Followers


up