:: Flight A380, Eurostar & Paris::

Assalam,

Sambungan entry yang lepas..walaupun lambat, akan di ceritakan jugak.. 

perjalanan kami bermula dari KL ke London menaiki MAS; business class...ramai cakap , wah bestnya naik business class...banyak nya duit...marilah akak cerita kan perkara sebenarnya...cikSuami disponsor oleh kerajaan Malaysia..kalau nak beli tiket business class ke london, harga tiket untuk return hampir Rm 17k/ seorang..belum mampu lagi kalau nak keluarkan duit sebanyak tu..so cikSuami telah me'redeem' point enrich yang dia kumpul selama ini..tapi point tu lepas harga tiket je..so kami terpaksa bayar harga tax, lebih kurang rm 5K... so ok la kan 1 adult & 1 infant, return KL- LONDON , business class..

so apa enrich tu?senang cite enrich tu macam tesco card la..kalau tesco card pun tak tau , google sendiri...penat akak nak cite..so berbalik kepada cerita enrich ni, cikSuami kan selalu outstation naik MAS, so setiap kali naik flight, dia akan dapat point ..point tu berdasarkan miles (kalau tak silap aku la, kalau silap mahap kan diriku yang hina ni)

ok pagi nak bertolak tu, adik , kakak , mama aku and cikNia & cikHani , hantar kami sampai ke ERL putrajaya..sedih wei rasa, nak tinggal anak lama-lama..masa kiss Nia tu , menitik juga la air mata, sampai Nia tegur , "mama nangis?"...dia and Hani rilek je..yela, mak long depa dah janji nak bawa gi jalan..aku pun senang hati skit, bila depa happy and tak sedih2.. ok, lepas check in, kami lepak kat golden lounge @ airport..passenger yang naik business / first class @ gold card enrich member je yang boleh masuk sini...kat dalam ni semua ada, nak mandi boleh, makan boleh, ada games room, ada playland room..nak buat keje pun boleh...nak tidur pun boleh..semua kemudahan tersedia, tinggal bawa badan je...kalau cikNuha terberak, cuma bawa dia bersama hasil kumbahan nya masuk dalam nappy changing room tu..dari pampers, towel, lotion and etc..semua disedia kan..so kitaorang  lepak la dalam golden lounge ni sampai tiba masa masuk flight...



ok, tiba masa masuk kapal terbang..ni kira 1st time la cikNuha naik flight..aku plak dah beberapa kali, tapi beberapa kali tu less than 10 kali..huhu! tapi 1st time jugak aku and cikSuami duduk kat business class...

Seat business class 


tengok kaki anak dara..baik punya landing

overall memang best la naik business class ni..ye la, harus la best kan..harganya pun best.. walaupun pramugari and pramugara yang bertugas nya 'kertu', tapi layanan sangat memuaskan la..cuma masa perjalanan pergi selama 13 jam ni, flight bising sebab ada bocor kat bahagian belakang.. kitaorang tak dapat minta bassinet masa ni, sebab dah full..so cikNuha kena la dok atas pangkuan kitaorang.. tu yang tak best tu, seat business pun dah macam seat economy..sebabnya anak dara ni bila dia nak tidur, dia nak tidur baring, macam atas katil...pasal makan plak, memang awal penerbangan tu MAS bagi makan sampai nak muntah, lepas tu 2 jam sebelum mendarat baru dia serve lagi..tapi andai kata lapar lagi, boleh je minta makanan...sepanjang 13 jam ni, cikNuha dah membuang hasil kumbahan 'besar' dia, 4 kali..tension myols!oh, pampers dibekalkan oleh MAS, tapi cap ayam la..toilet dalam flight ni, pergh...ok , kecik memang la kecik kan?what u expect?dalam flight kot..tapi dari sabun, lotion, perfume yes perfume, dalam toilet ada perfume..semua brand aigner..so setiap kali aku masuk toilet , bukan cikNuha je aku sembur perfume, toilet tu pun aku sembur juga..cikSuami kata, ni 1st time la dia jumpa orang yang keluar toilet, wangi..muahaha..

so sepanjang 13 jam perjalanan, kami buat apa?selain makan & minum, membuang & membuta..kami juga main games and tengok movie...tapi tidur pun tak berapa nak lena la sebab macam aku cakap tadi la, seat aku tetiba bertukar jadi seat economy dek kerana cikNuha...

setelah 13 jam dalam flight, sampai la kami dia airport yang diomong-omongkan paling sibuk didunia...Heathrow Airport..masa kami sampai ni, hampir tengah malam waktu UK..so bermula dari ini, sepanjang cerita aku ikut waktu UK...malang nasib kami, kami jalan menonong je pergi tempat amik luggage tanpa amik stroller cikNuha...so masa amik luggage tu, lama juga la kami stay situ, sebab nak tunggu staff airport bawa turun stroller budak kecik..masa dalam airport tu dah rasa dah sejuk, so kena la keluarkan semua coat yang tebal-tebal tu...so lepas dah dapat luggage and stroller, terpaksa rushing skit nak catch up train untuk ke paris..yes, PARIS uolls..keluar je dari airport, naik underground tube untuk ke King's Cross St. Pancras tube station...station ni ala-ala kl sentral...(train)eurostar pun stop kat sini..

@ airport.. ngantuk dah ni

masa ni tengah tunggu stroller turun

so dari sini, kami naik eurostar untuk ke paris..train yang kami naik tu, is the last train for that day,masa tu pukul 11 malam, dan dijangka tiba di paris pukul 1 pagi..penat betul + sangat sejuk..rasa macam muka ni kena tepek dengan ice cube..so disebab kan sangat penat, memang tak de la gambar dalam train..aku dengan cikNuha membuta je sepanjang perjalanan...tiket ni kami beli online dari Malaysia..harganya??total rm1.5K/ 2 person, class biasa je , yang paling murah..seat kecik, lagi besar seat komuter..sempit..masa aku datang tu winter baru start...mat saleh yang sama train dengan aku, mostly berbau..tak mandi kot..pening aku kejap..sian sangat kat cikNuha, penat betul dia...

perjalanan dari London ke paris amik masa 2 jam..sampai ke kat station gare du nord..terus cari signboard exit..tapi sebelum tu,  kami pergi ke information kaunter , nak tanya direction ke hotel kami..1 la masalah kat paris ni, aku rasa semua orang tahu kot..orang paris ni tak ramai sangat yang tahu berbahasa inggeris..even staff yang keje kat information kaunter tu pun tak reti nak cakap english, tapi dia paham apa cikSuami cakap..cikSuami bagi nama and map hotel yang kami booking ..then dia printkan nama station yang patut kami drop..so kami pun beli tiket and naik la train metro (nama underground @ paris)..dia suggest kami turun kat station la chapelle..rupa-rupanya station tu 5-10 minutes walking distance dari gare du nord..tu pun kami dapat tahu keesokkan harinya.. facilities kat metro ni sedih skit la..masa ni aku teringat malaysia and i'm proud to be malaysian..train ni kan kat bawah tanah, masalahnya setiap station depa ni, TAK  ADA lift @ eskalotor ek..so korang imagine la camne nak bawa luggage and stroller dalam masa yang sama untuk turun tangga..susah betul..ada je orang nak tolong, tapi aku prefer tak ditolong, sebab research yang aku buat sebelum pergi ke sini, jangan terima apa pun pertolongan orang paris ni, sebab at the end of the day, depa hanya nak duit..

malam tu bila aku masuk je dalam train ada couple perancis yang agak tua, pandang aku semacam je..aku senyum je kat depa, tapi entah kenapa, yg silelaki tu macam nak bangun nak terkam aku, tapi ditahan oleh bini dia (aku agak bini dia la..) then aku tengok keliling dalam gerabak tu, oh, aku sorang je yg pakai tudung...then aku pegang kuat-kuat tangan cikSuami.. turun je train, aku cite kat cikSuami, dia kata ada sesetengah orang perancis sangat benci pada muslim..so may be dia salah sorang nya..

setibanya kitaorang kat station La Chapelle ni, kitaorang keluar station and tetiba lost..tak tau nak pergi kiri @ kanan, just imagine pukul 2 pagi di paris...for the first timer...risau cuak takut..tawakal je amik kiri and just go straight...signboard semua dalam bahasa perancis..dalam few meters tu, kami nama orang cina, baru berani nak tanya direction..then orang cina tu tunjukkan direction...on the way cari hotel tu ada la aku jumpa 2-3 orang , orang perancis kencing tepi jalan..selekeh gila!!sampai je kat pintu hotel, owner hotel tu tengah kunci hotel..cuak jugak tu..then tak sempat tanya owner tu dia dah cakap , "noor muhammad?"..huh!lega...finally, sampai juga...dah check in terus naik bilik...hotel ni kami book thru hotel.com...mahal juga la, katanya 3 bintang, aku tengok, macam layak dapat taik bintang je..nasib nak tidur je, bukan lepak berhari-hari...so malam tu , rasanya pukul 3 pagi baru dapat rest..

ok, next entry cerita jalan-jalan kat paris..bye!


3 comments:

Lieya VoN JaY berkata...

saya pon teringin nak pegi london. ada kawan tinggal kat sana. tapi tengok harga tiket flight mahai gila.. terpksa la pendam kan saja cita2.

Tanpa Nama berkata...

Kalau duduk di America atau Europe, kalau financial ok memang seronok.

sherlina halim berkata...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

Followers


up