:: Paris in 1 day - part 1 ::

yes, paris in 1 day..Only 1 day..

sambungan entry yang sebelum ni, since winter baru je start, waktu siang nya pendek..so kena la gunakan masa yang ada dengan sangat bermanfaat..hari plak hari sabtu, time orang pun cuti..mesti la expect orang lain pun akan keluar berjimba - ramba hari tu..

sebelum cerita lebih-lebih, biar aku cerita output research yang aku dah buat pasal Paris ni :

1. tak ramai rakyat perancis yang boleh berbahasa inggeris  
2. signboard mostly in france, macam kita kat malaysia ni dwi bahasa kan ? so proud to be malaysian
3. jika ada orang menghampiri anda dengan bertanya "do you speak english?"..geleng saje..ni semua peminta sedekah ..
4. jika ada orang perancis yang offer pertolongan, baik tak payah terima sebab nanti last-last depa minta duit

ok sambung cerita, kitaorang keluar pagi tu, and check out siap-siap..owner hotel tu baik hati betul, bagi tumpang kan luggage kitaorang FOC...oh sebelum tu nak bagitau, aku dah siap-siap download planning trip..visit paris in 1 day .. sesangat la berguna ok..

 bergambar kat depan hotel

so colourful glove cikNuha

@ station La Chapelle

keluar je dari hotel , masyaAllah..sejuknya walaupun matahari dah keluar..memang jakun la sekejap..bila cakap je, asap keluar ikut mulut..muahhaa..sori ek uolls, myouls baru 1st time pergi oversea...cikNuha still letih lagi, tapi nak buat camne, terpaksa la ikut keluar..hotel yang kami duduk tu tak jauh pun dengan station La Chapelle..so dari station tu kami naik metro untuk ke Triumphal Arch..

sebelum tu nak cerita pasal station kat La Chapelle ni..kotor..serius aku cakap kotor and hancing..ingat tak previous entry aku pasal orang perancis kencing tepi jalan..agaknya budaya depa kot..station metro ni, korang boleh la imagine macam station komuter..bezanya kat Malaysia, kat palang nak masuk tu ada guard jaga ..kat paris tak de..so ramai jugak la orang-orang awam yang tak ikut peraturan, depa selamba je langkah palang untuk masuk...

aku dah tak ingat dari La Chapelle ni kitaorang turun ke station mana untuk ke Triumphal Arch...hahaha, korang google la sendiri ek..tapi aku nak cite, masa aku sampai kat next station tu, aku and cikSuami kena angkat buggy untuk naik tangga ..masa tu aku sangkut handbag aku kat handle buggy..cikNuha tak turun buggy sebab dia letih..cikSuami pegang belah depan buggy, aku pegang belah belakang..tetiba datang 3 orang remaja perempuan perancis dari bahagian belakang aku offer nak tolong..2 orang sebelah kanan, sorang sebelah kiri..

depa budget licik la..2 orang yang sebelah kanan aku offer untuk tolong, so bila dia cakap of course la aku pandang muka depa kan?tapi dalam masa yang sama, budak yang sebelah kiri tu cuba untuk MENYELUK handbag aku...nasib baik aku nampak, terus aku tepis tangan dia..huhu! masa tu dia tengah try bukak zip handbag aku.. bila aku dah tepis, cepat-cepat dia bla..jadi sesiapa yang pergi paris, berhati-hati la ek...

keluar je dari station tu, memang terus sampai ke Triumphal Arch...aku pun tak tahu la apa menarik arch ni..tapi memang cantik la, siapa-siapa yang amik achitecture mungkin lebih menghayati keindahan arch ni..macam aku, tangkap gambar je la..masa kitaorang tengah sibuk-sibuk tangkap gambar tu, tetiba dengar "satu..dua..tiga.."..huhu, ramai jugak malaysian yang tengah berjimba ramba kat paris time tu...


kitaorang dapat tangkap gambar sekeping dua, kami teruskan perjalanan ke next destination.. memang ikut apa yang dicadangkan dalam handout yang kami print tu..dalam handout tu suggest the most places to visit in 1 day..siap ada map dari satu destinasi ke satu destinasi and estimated time if berjalan kaki...so cikSuami suggest suruh jalan kaki je sebab dekat and leceh kalau naik metro, since station depa hanya ada tangga..next destination of course la eiffel tower..

so sambung next entry ek..

4 comments:

mama danish (nak jugakk kan) berkata...

ish nasib baik akak nmpk... sebab tu i xsuke pkai henbeg.. sume disangkut kat leher fit je.. hahaha.. even kat msia pun..

Nur Nabilah Zahari berkata...

Wah, bestnya akak. btw, suka dengan penulisan akak di blog. Keep it up. Jangan lupa untuk singgah blog saya bila dah update next entry about paris ni. Hehe.

Normi Nieza berkata...

owh..paris..:)

sherlina halim berkata...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

Followers


up