:: paris in 1 day - part 2 ; Ada apa dengan eiffel tower ? ::

jawapan aku, susunan besi-besi yang cantik...muahaha..

sambungan dari entry yang lepas, dari Triumphal Arch, kami berjalan kaki ke eiffel tower..kalau ikut handout yang dia kami print tu, estimated time jalan kaki dari Triumphal Arch ke eiffel tower tu 30 minit.. tapi aku rasa aku jalan nak dekat 45 minit kot..sebabnya : 
1. sesat...aku rasa skill aku and cikSuami membaca peta tak de la teruk sangat , tapi ntah macam mana boleh sesat..walhal pakai google map tu..
2. kami kena cari jalan alternatif sebab ada jalan yang ditutup sebab construction & deco untuk christmas...
 3. memang aku jalan slow, sebab kaki sakit pakai kasut..aku tak suka pakai kasut, rasa kaki tak dapat bernafas..


along the way dari Triumphal Arch tu, kami lalu dekat deretan kedai- kedai yang berjenama..masa time aku pergi sana, tengah musim sale..ibarat macam kita la, masa bulan puasa kan sale raya sana sini.. kat sana, bulan december ialah bulan sale sebab bulan raya depa..tapi aku setakat lalu dan tengok je la kedai -kedai tu, sebab pertama aku memang tak berminat nak shopping ni..aku bukan kaki shopping...satu lagi, memang tak de budget pun nak bershopping...masa ni la kami dihampiri dengan peminta sedekah.."do you speak english?"..aku geleng je..pastu apa ntah dia cakap, yang aku dengar fisabilillah..ehm, orang muslim kot, sebab peminta sedekah tu pakai tudung..


berlatar belakang kan deco yang dibuat di tepi jalan

berjalan dengan slow dalam keadaan yang sejuk memang penat la, tapi nak wat camne, kaki sakit...memula aku pelik gak tengok  orang france ni, musim sejuk pun rilek je berjoging..pastu cikSuami cakap tu cara depa nak panaskan badan...bagus betul la..kalau kat malaysia, tak lari pun panas..muahhaa..selain kedai barang berjenama, banyak juga kedai souvenir..tapi aku prefer beli souvenir yang jual kat stall / van bergerak kat tepi jalan..sebab pada aku, may be harga nya lagi murah sebab kos sewa tapak lagi murah..kot la, aku agak je...kedai souviner pertama yang aku singgah  kat tepi jalan  je...aku beli fridge magnet je..cuba juga tawar- menawar..since depa pun tak pandai english, cakap pun basic-basic je la..hahaha, aku pun bukan pandai sangat speaking ni..kalau dia letak situ contoh : 4 fm for 10 euro, aku cakap la "5 fm, 10 euro"..lebih kurang gitu la..nasib baik dapat murah ..then masa aku bayar tu, dia tanya aku ,"malaysia?kuala lumpur?"..hahaha, walhal aku dari putrajaya..tapi aku ha kan je la..kang kalau aku jawab malaysia, putrajaya pening plak dia..aku tanya dia, "have you been there?" dia jawab "one day, klcc"..glamour jugak malaysia, klcc..satu lagi kedai yang aku singgah, aku cuba tawar jugak, mula-mula aku speaking, pastu orang kedai tu balas "empat, sepuluh"..pastu aku balas balik in malay, dia jawab "kalau mahu kasi lebih, saya amik, kurang tak de"..ceh! aku sengih je, and terus keluar..tak pe banyak lagi choice..

sebenarnya tak susah nak cari eiffel tower ni, sebab bangunan tu kan tinggi, dari jauh dah nampak..bila sampai je kat eiffel tower tu, memang kagum la sekejap..melihat keindahan bangunan yang selalu dikaitkan dengan perkataan romantik...kat tepi eiffel tower tu, ada taman untuk duduk rilek-rilek..ada juga askar yang jaga kawasan keliling eiffel tower tu, ronda-ronda kawasan sekitar sambil pegang senapang...

kami tak naik pun eiffel tower ni sebab ramai gila orang ...memula aku rasa macam frust la sebab tak dapat nak tangkap gambar berlatar belakangkan eiffel tower in full view..mungkin sebab skill fotografi aku tak de kan, so tonggeng telungkup camne pun tak dapat..lepas tu, cikSuami kata yang mana ada je sudah la..banyak lagi tempat nak pergi..so, kitaorang pun mula la gerak menjauhi eiffel tower...

rupa-rupanya kat depan eiffel tower tu, ada space yang lapang yang disediakan untuk sesiapa yang nak tangkap gambar berlatar belakang kan eiffel tower (full view, maksudnya  nampak tower tu dari atas sampai bawah)..kat sini jugak ramai orang france yang jenjalan dating  @ bawa anjing jalan-jalan..memang ramai la orang nak snap photo, tu pun kena tunggu giliran nak amik dapat tempat yang best view..masa cikSuami tengah snap photo aku, kitaorang dengar "hang amik ke kiri skit!"..muahaha, again ada malaysian..so apa lagi, bila dia lalu je depan kitaorang, kitaorang minta la tolong dia tangkap gambar kitaorang..so ini lah hasilnya..

dari eiffel tower ni, kami bergerak musee du louvre..so sambung next entry ye..

4 comments:

Ibu Amirul berkata...

Wahhh.
Seronoknya

mama danish berkata...

woww u pndai speaking laa.. "have u been there"... kih3..

yayanlalah berkata...

waaa syoknye.
teringin nak pegi paris =)

sherlina halim berkata...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

Followers


up